Friday 16 October 2015

Video : RoBoHoN – Robot Ganti Telefon Pintar


Syarikat gajet dari Jepun, Sharp kini mengeluarkan telefon pintar yang turut berfungsi sebagai robot yang dikenali sebagai RoBoHoN.

Menurut laporan daripada portal berita Gadget 360, menerusi penghasilan peranti berkenaan, ia sekali gus telah menambahkan ciri-ciri unik yang telah dilengkapi bersama telefon pintar atau robot itu.

Jelasnya, RoBoHoN didatangkan bersama fungsi kamera, projektor, mikrofon dan skrin paparan LCD yang berada di belakang robot tersebut. Selain itu, ia juga diperkemaskan bersama sistem pengecaman wajah dan suara serta mempunyai pelbagai fungsi yang lain.



“Selain fungsi-fungsi seperti kamera dan fizikal, RoBoHoN juga masih mempunyai fungsi asas untuk membuat panggilan dan apabila pengguna mendapat panggilan luar, ia akan mengeluarkan bunyi seolah-olah ia bercakap,” katanya.

Tambahnya, untuk menjawab panggilan, RoBoHoN akan menjadi lebih fleksibel agar ia mudah dan selesa untuk dipegang sepanjang panggilan berlangsung.

Jelasnya, robot berkenaan juga faham akan arahan suara dan pengguna boleh mengarahkan RoBoHoN untuk menelefon penerima mengikut arahan yang diberikan.



RoBoHoN menggunakan sistem Android versi Lollipop serta menyokong teknologi 3G dan 4G LTE bagi pilihan sambungan internet.



Antara kelebihan RoBoHoN lain yang menarik, ia juga mampu untuk berjalan, menari dan duduk serta berkeupayaan untuk mengambil gambar pemiliknya menerusi pilihan paparan skrin LCD.
Sharp menjelaskan syarikat terbabit akan melancarkan RoBoHoN itu pada tahun hadapan dan akan berkongsi lebih banyak maklumat lagi berkaitan gajet itu pada bulan yang akan datang.

– See more at: Utusan

0 comments :

Post a Comment