Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Monday 22 August 2016

Chong Wei Mempunyai Kembar?


Sama tak? Macam kembarkan? Gadis ini, Ika Syazwani, 24, yang juga seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memuatnaik entri dalam Facebooknya `Congrats my twin! #DatoLCW”, dan tidak lama kemudian, posting berkenaan menjadi viral serta dikongsi oleh netizen.
Memang betul seperti yang dikatakan oleh Ika, mukanya memang macam `kembar’ Datuk Lee Chong Wei.
“Siapa sangka orang akan kata saya seperti Datuk Lee Chong Wei. Mungkin disebabkan kami mempunyai struktur wajah sama,” kata Ika yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Nenek Ika berketurunan Cina.
Ini bukan kali pertama Ika mendapat perhatian, pada 2013, wajahnya juga menjadi viral gara-gara Chong Wei memenangi pingat Perak dalam sukan Olimpik.
“Saya rasa nak ketawa kerana...

Lanjut : TV14

Friday 19 August 2016

Pengajaran Buat Zaharin

Gambar Hiasan

Zaharin merengus keseorangan. Ini tempat terakhir yang mahu dikunjunginya di muka bumi.
Jabatan Kecemasan hospital kerajaan ini memang sentiasa sesak nak mampus kerana perkhidmatan yang lembab.

Zaharin tidak ada pilihan lain. Yang sakit adalah ibu mertuanya. Ibu mertuanya tidak mempunyai insurans. Mahu bawa ke hospital swasta Zaharin tidak mampu. Mahu tidak mahu, hospital kerajaan yang cabuk ini jugalah yang terpaksa dia hadap.

Segalanya terjadi selepas ibu mertuanya tiba2 pengsan di meja makan. Hingga kini tidak sedarkan diri. Ibu mertuanya memang mengidap darah tinggi dan degil tidak mahu makan ubat. Ibu mertuanya hanya amal ubat homeopati yang dipercayai zaman berzaman. "Ubat di hospital adalah ubat kimia dan racun, jangan diamalkan," teringat Zaharin akan kata2 duktur homeopati yang merawat ibunya. Duktur tersebut memang amat terkenal kerana merupakan duktur perubatan pada asalnya sebelum menjual produk homeopati. Malangnya bila ibunya pengsan, duktur homeopati enggan merawatnya dan menyuruh dibawa ke hospital. Suspek kurang gula dalam darah katanya. Zaharin kecewa. Takkan tiada ubat homeopati yang boleh membangunkan ibunya semula. Selama ni dok kata jangan percaya ubat spital, kini suruh juga pergi ke sana.

Zaharin bertambah bengang dengan hospital kerajaan. Parking menjadi satu masalah yang tak pernah diselesaikan. Apa salah bina saja parking bawah tanah bertingkat macam di Pavillion Bukit Bintang tu? Lalu Zaharin pun berzikir memaki hamun pemerintah dalam hati.

Zaharin lebih geram apabila dia cuba parking keretanya, ada pengawal keselamatan yang datang menghalang.
Zaharin hanya menjerit pada pengawal tersebut, " Ko nak makan penumbuk? Mak mentua aku masuk kecemasan tu. Ko nak saman kereta aku ko samanlah! Bodoh punya guard!" Guard tersebut terkedu mendengar kata2 Zaharin. Dia sedar siapa dirinya. Nak lawan Zaharin pun dia sudah tua berbanding Zaharin yang muda dan sado.

Seorang dressar menegur Zaharin dengan berkata, "Encik tak boleh park di situ."
Zaharin terus masuk ke jabatan kecemasan tanpa menghiraukan dressar tersebut. Ibu mertua Zaharin sudah dimasukkan ke zon kritikal untuk rawatan. "Bangang betul depa ni semua, tak boleh nak faham yang mak mertua aku sakit kritikal," Zaharin berbisik di dalam hatinya yang sedang marak menahan marah.

Zaharin melihat jam di tangannya. Sudah hampir 2 jam ibunya dimasukkan ke zon kritikal. Zaharin telah mendapat berita buruk bahawa ibu mertuanya telah koma kerana mengalami pendarahan di dalam otak. Dia menelefon duktur homeopati kepercayaannya zaman berzaman tapi tidak berangkat. Zaharin bertambah resah.

Semuanya serba tak kena. Hospital beri perkhidmatan lembab. Parking sukar diperolehi. Ruangan menunggu sesak dengan manusia dan bising. Setiap kali Zaharin hendak masuk melihat ibu mertuanya, akan ada guard yang datang meminta Zaharin menunggu di luar kerana doktor sedang melakukan rawatan.

Hati Zaharin semakin membara ibarat bom jangka yang menunggu masa saja untuk meletop. Doktor2 kerajaan ni semua lembab. Konon mengutamakan kes kritikal tapi dah 2 jam, masih tiada apa2 tindakan dan keputusan rawatan. Doktor muda yang memberi penerangan pada Zaharin memaklumkan bahawa rawatan awal dan CT scan sudah dilakukan namun hanya menunggu doktor pakar saja untuk memeriksa pesakit dan membuat keputusan.

Zaharin kini sudah tidak boleh menahan sabar. Kesabarannya ada had dan kini had itu sudah dilangkaui. Zaharin telah update di facebooknya akan betapa teruk dan kejinya perkhidmatan di hospital kerajaan tersebut. Sekejap sahaja status tersebut telah mendapat beratus likes dan shares. Rata2 rakyat bersetuju dengan Zaharin dan menceritakan pula kisah2 'ngeri' sejak zaman nenek moyang mereka berurusan di hospital. Zaharin puas hati. Dia tidak berseorangan. Dia mempunyai sokongan rakyat hakim negara.

Zaharin tidak tahan lagi. Dia terus meluru masuk ke dalam zon resusitasi dan menjerit sekuat hatinya. "Apasal lembab nak mampus korang ni? Berapa lama lagi nak tunggu? Takkan nak tunggu sampai mak saya ni meninggal baru nak operate?"

Semua orang di zon resusitasi terdiam. Hanya bunyi beep mesen2 infusion pump dan ventilator saja yang berbunyi. Doktor2 dan staf kelihatan terkejut dan sedikit gentar.

Doktor muda kembali cuba menerangkan kepada Zaharin bahawa mereka masih menunggu pakar untuk memeriksa dan membuat keputusan.

Zaharin bertambah bengis dan hampir mahu mencarut apabila secara tiba2 seorang lelaki meluru masuk dan terus bergegas merawat ibu mertua Zaharin. Zaharin mendapat tahu kemudian bahawa itulah doktor pakar yang dinanti2kan sejak hampir 40 minit yang lepas.

Doktor pakar akhirnya tiba berjumpa Zaharin dan apa lagi, Zaharin terus menghamburkan kata2 hikmatnya kepada doktor tersebut. Merah telinga doktor pakar tersebut menahan bisa panahan kata2 tajam dari mulut azab Zaharin.

Doktor pakar tersebut meminta maaf kepada Zaharin. Dia memberikan alasan bahawa dia lambat kerana tidak dapat parking keretanya.
Zaharin bertambah berang dan makiannya kini turut mencakupi pihak hospital, kerajaan hingga ke Perdana Menteri.

Akhirnya Doktor Pakar tersebut meminta diri untuk terus bekerja. Puas hati Zaharin. Segala isi hatinya telah dimuntahkan. Biar padan muka semua yang terlibat. Padan muka kena maki free2.

Notification telefon Zaharin semakin bingit. Hati Zaharin berbunga2. Ni mesti dah viral habis status FB Zaharin yang memaki hamun hospital tadi.

Zaharin pun buka facebooknya.
Ada 25 notification. Statusnya sudah mendapat 300 likes dalam tempoh 3 jam.
Dalam banyak2 notification, dia ternampak namanya ditagging oleh sahabatnya pada sebuah status. Zaharin menekan dan membacanya.

Sahabatnya menulis di ruangan komen dengan kata2 begini, "Bro, ini bukan kereta kau ke?!!!"

Zaharin membaca status tersebut.
Status tersebut berbunyi, "Lahanat manalah parking kat tempat aku. Pasal mamat seekor ni, habis aku kena maki hamun dengan waris pesakit sebab lambat sampai kerana jenuh cari parking." Zaharin melihat gambar profile empunya status...sah ia adalah doktor pakar yang Zaharin maki hamun tadi.

Dan Zaharin melihat gambar yang diupload oleh doktor tersebut di statusnya...tertera gambar kereta Zaharin siap dengan nombor plate.

....tunggu Bahagian 2.

Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir

Thursday 18 August 2016

"Saya Totok UMNO" - Muhyiddin

Monday 15 August 2016

Akhirnya Mahathir Bertemu Lawan yang Sekuatnya, Iaitu Najib

Pernah suatu ketika dahulu, Tengku Razaleigh Hamzah menggambarkan Tun Dr Mahthir Mohamad sebagai beruk. Sebabnya adalah kerana, seperti yang dia terangkan, lebih kuat ribut, lebih kuatlah genggaman beruk pada pokok kelapa menyebabkannya tidak jatuh. Bagaimanapun, bila takde angin takde ribut, beruk akan jatuh dengan sendirinya. Jadinya, cara untuk menjatuhkan Mahathir, menurut Razaleigh, adalah dengan membiarkannya sahaja dan jangan berlawan dengannya. Dia kemudiannya akan jatuh dengan sendiri tanpa sebarang sebab.

Memanglah ketika itu Tengku Razaleigh sedang melawak dan penonton gemar akan kenakalannya. Tetapi, Pak Wan, bapa Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pernah berkhidmat untuk Mahathir, berkata yang orang tua itu gemar kontroversi dan suka berlawan. Jika tiada kontroversi atau sebarang perkelahian, dia akan menjadi bosan dan seterusnya memulakan satu. Mahathir tidak boleh bertahan lama tanpa terlibat dengan sebarang jenis pertelingkahan.

Ya, inilah Mahathir, apa yang dahulu kita gelarkan sebagai ayam sabung (yang mana masih wujud di sebahagian Malaysia – iaitu sabung ayam). Siapa yang belum Mahathir cabar?

Mahathir bertelingkah dengan orang Cina pada 1969 (dan kalah pilihan raya umum pada tahun yang sama apabila orang Cina mengundi untuk Yusuf Jawa daripada PAS sebagai pengajaran untuk Mahathir). Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang digulingkan pada 1970. Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn, dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri keempat. (Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, meninggal dunia pada tahun 1976 sebelum sempat Mahathir bertelingkah dengannya – jadinya dia bertelingkah pula dengan anak Tun Razak).

Mahathir bertelingkah dengan orang Amerika, British dan Australia, sama seperti yang dilakukan oleh Idi Amin Dada semasa dia memerintah Uganda. Malah, ramai yang menggelar Mahathir sebagai Idi Amin Malaysia, yang mana bukanlah satu pujian memandangkan Idi Amin dikatakan seorang yang gila dan berada di tangga kedua selepas Adolf Hitler.

Mahathir bertelingkah dengan Ketua Hakim Negara dan juga hakim-hakim yang lain. Mahathir bertelingkah dengan Seri Paduka Baginda Agong dan sembilan raja-raja negeri yang lain. Rasanya senarai dengan siapa yang Mahathir tidak bertelingkah adalah lagi pendek berbanding dengan yang dia bertelingkah dengan.

Satu musuh kesayangan Mahathir ialah Singapura. Dia menggelar Singapura sebagai Israel Asia dan orang Singapura tiada bezanya dengan Yahudi (ya, Yahudi, satu lagi golongan yang dibenci oleh Mahathir). Jadinya, sesiapa yang bertolak ansur dengan Singapura secara automatik menjadi musuh Mahathir (termasuk juga semua Perdana Menteri selepasnya).

Benda yang Mahathir paling benci dalam dunia ini adalah kekalahan. Dia mesti menang dengan cara apa sekali pun, sama ada dengan adil ataupun tidak. Jika dia kalah, dia akan mati, secara literal mahupun kiasan. Pada Mahathir, kekalahan lebih teruk daripada kematian.

Itulah yang terjadi kini. Mahathir sedang kalah. Dan dia tidak boleh menerima kenyataan itu. Dan Perdana Menteri Najib Tun Razak tahu akan itu. Oleh itu, Najib tahu cara yang terbaik untuk mengecewakan Mahathir. Setiap kali Najib mengecewakan Mahathir, dia akan melenting dan dia akan menjadi gementar.

Semasa dia membuat keputusan untuk menggulingkan Perdana Menteri kelima pada Jun 2006, Mahathir mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kini telah lebih daripada 3 tahun, dan Najib masih lagi kukuh. Bukan itu sahaja, Najib juga kini lebih kuat berbanding sewaktu mula-mula proksi Mahathir bertindak ke atasnya 2 tahun dahulu pada 2014.

Sejak 2 tahun yang lepas pada tahun 2014 sehingga kini, Mahathir masih memperkatakan isu 1MDB, tetapi Najib masih lagi kukuh. Najib sepatutnya jatuh setahun yang lepas pada Julai 2015, tetapi itu tidak berlaku. Dan ia nampaknya seperti tidak akan terjadi, tidak kiralah betapa bersungguhnya Mahathir mengungkit isu 1MDB.

Mungkin Mahathir tidak mendengar apa yang sepatutnya Albert Einstein pernah berkata: “Gila ditakrif sebagai melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza” (“The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results”).

Jika isu 1MDB sehingga kini masih lagi tidak mampu untuk menjatuhkan Najib, ia bermaksud isu itu tidak akan menjatuhkan Najib sehingga bila-bila pun. Sesungguhnya sangat jelas sekarang, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa 1MDB tidak boleh melakukan apa yang diharapkan oleh Mahathir. Adakah ianya tidak gila untuk Mahathir  melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza?

Mahathir risau ini akan menjadi titik akhirnya. Secara realistiknya, Mahathir tidak mempunyai masa kerana usianya dan juga masalah kesihatannya dan Parti Pribumi barunya juga memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya – jikalah ianya mampu sekali pun.

Semangat 46 Tengku Razaleigh mempunyai peluang kejayaan yang jauh kebih tinggi tetapi walaupun selepas 8 tahun, ianya masih tidak mampu  berbuat apa selain menguasai Kelantan. Selepas 8 tahun ‘berkeliaran’, akhirnya Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno bersama-sama penyokongnya. Semangat 46 Tengku Razaleigh jauh lebih kuat daripada Parti Pribumi baru Mahathir.

Sebenarnya, kebimbangan Mahathir sama ada ini mungkin pengakhirannya adalah tidak kena pada tempatnya. Permulaan kepada pengakhiran Mahathir sebenarnya datang kira-kira pada tahun 2013 apabila anaknya Mukhriz gagal untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno. Mahathir sepatutnya sedar ketika itu, tetapi dia tidak berbuat demikian, bahawa kegagalan Mukhriz mencerminkan hakikat bahawa era Mahathirisme telah sampai ke penghujungnya.

Sudah tentu, Mahathir menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz. Jika Najib telah mengarahkan sepupunya, Hishammuddin Hussein, untuk berhenti maka Mukhriz akan menang tempat ketiga dan bukannya keempat. Tetapi jika seseorang diperlukan untuk menawarkan Mukhriz kemenangan percuma sebelum dia boleh menang, ini bermakna nama Mahathir tidak lagi membawa apa-apa kesan.

Inilah realiti yang patut Mahathir sedar, tetapi tidak. Sebaliknya, dia menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz dan bukannya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah meninggalkan Mahathirisme sebagai nota kaki dalam sejarah.

Oleh kerana kekalahan Mukhriz pada tahun 2013, Mahathir mula merancang serangan ke atas Najib sama seperti bagaimana Jepun merancang serangan ke atas Pearl Harbour. Dan Mahathir akan menggunakan 1MDB sebagai serangan hendap. Rancangannya mudah sahaja. Sabotaj IPO dan sekat pinjaman yang diperlukan 1MDB. Tiada syarikat di dunia yang mampu selamat daripada serangan jenis ini.

Ia mungkin kesilapan Najib, sama seperti kesilapan yang dibuat Amerika pada Disember 1941 apabila tidak menjangkakan pengkhianatan Jepun. Najib tidak menjangka akan dikhianati oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Khas (SB), Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri (Muhyiddin Yassin), Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) , Peguam Negara (Gani Patail), T. Ananda Krishnan (yang sedang berurusan dengan 1MDB, termasuklah IPO), dan sebagainya.

Selepas serangan hendap itu – sama seperti selepas serangan hendap Jepun ke atas Pearl Harbour pada Disember 1941 – Najib melakukan serang balas. Sebagai contoh, Khairuddin Abu Hassan, atas arahan Mahathir, membuat laporan polis terhadap 1MDB pada bulan Disember 2014. Dalam tempoh sebulan Khairuddin telah diisytiharkan muflis dan rumahnya telah dilelong. Beliau kemudian hilang kedudukannya dalam Umno Bahagian Batu Kawan.

Tamparan ini ditujukan buat Mahathir dan bukannya pada muka Khairuddin. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa Mahathir bukanlah sekuat yang diingatkan dan dia tidak mampu untuk melindungi orang-orangnya. Najib kemudiannya menyerang Muhyiddin, Gani, Shafie, Mukhriz, dan banyak lagi. Akhirnya, semua orang-orang Mahathir ditumpaskan dengan Mahathir yang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja.

Apabila Mahathir sedar yang perjuangan ini akan menjadi tegang dan akan berakhir dengan kekalahannya sendiri, dia dengan senyap memberitahu Najib yang dia ingin menggantung sementara peperangan mereka pada 20 Januari 2015. Najib bersetuju walaupun Boffin Boys-nya merasakan ianya hanyalah supaya Mahathir mempunyai masa untuk merancang strategi seterusnya.

Jadi jangkakan lebih banyak pengkhianatan, kata Boffin Boys Najib, tetapi sementara itu, layankan sahaja orang tua itu dan lihat apa yang dilakukannya. Mahathir tidak mahu peperangan secara terbuka. Dia mahu perang gerila di mana dia boleh membaling batu tetapi tangannya tidak dapat dilihat. Mahathir mahu menampar Najib tetapi dia tidak mahu ditampar kembali. Itulah sebabnya dia perlu menggantung sementara peperangan mereka, untuk merancang langkah seterusnya.

Mahathir sedar bahawa serangannya perlu di lakukan secara senyap-senyap dan bukannya secara terang-terangan. Apabila dia menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi dia melakukannya secara terbuka. Tetapi dia tidak boleh melakukannya untuk kali kedua. Pertama sekali, dia menyerang Abdullah dan kini dia menyerang Najib. Orang akan berkata masalahnya ialah Mahathir dan bukannya Najib dan Umno akan menyokong Presidennya merangkap Perdana Menteri dan bukannya dia. Jadi perlakuan Mahathir tidak boleh dilihat dan dia perlu menggunakan proksi untuk melawan bagi pihaknya.

Dan yang lebih penting adalah bahawa ia mesti dilihat seperti Umno mahu Najib keluar. Jadi Mahathir memerlukan orang dalam Umno untuk menyerang Najib. Jika pembangkang menyerang Najib maka Umno akan bersatu dan berdiri teguh di belakang Najib. Dan kuasa-kuasa anti-Najib dalam Umno tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang atau dilihat berkhidmat demi kepentingan pembangkang. Ini adalah sangat penting untuk plotnya berjaya.

Apabila Tengku Razaleigh, Musa dan separuh daripada Umno, iaitu Team B, menentang Mahathir, Mahathir membalas tentangan itu dengan menutup Umno, membuka parti baru (yang juga dipanggil Umno), dan tidak membenarkan lawannya menyertai parti baru itu. Oleh itu, Tengku Razaleigh dan pasukannya terpaksa menubuhkan parti mereka sendiri dan terus menyerang Mahathir dari luar Umno atau sebagai sebuah parti pembangkang yang bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Itulah sebabnya Tengku Razaleigh gagal dan selepas lapan tahun, beliau menyerah kalah dan menyertai semula Umno.

Najib, bagaimanapun, jauh lebih bijak. Daripada melakukan apa yang Mahathir lakukan pada 1987-1988, Najib memerangkap Mahathir menyebabkan dia menggelabah sehingga dia sendiri meletakkan jawatan daripada Umno dan menyertai pembangkang. Apabila Mahathir melakukan hal itu, dia akan melakukan hara kiri dan tidak akan lagi menjadi ancaman kapada Najib mahu pun Umno.

Dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan juga pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan bahawa Najib adalah betul. Dengan meninggalkan Umno dan dengan bekerjasama dengan pembangkang, Mahathir di jamin berada di jalan yang membawa kepada kemusnahan diri.

Apa yang Mahathir tidak sedar adalah dia melakukan dengan tepat apa yang Najib mahu dia lakukan. Sebab itulah Najib hanya berdiam diri selama dia diserang. Pengkritik Najib mengatakan bahawa Najib mesti bersalah jika dia hanya berdiam diri. Kebenarannya adalah tindakan berdiam diri adalah terbaik untuk Najib dan tidak baik untuk Mahathir. Adakah Jepun membuat bising sebelum mereka menyerang Pearl Harbour? Mereka hanya menyerang tanpa sebarang amaran.

Bagaimanapun, Mahathir bercakap terlampau banyak.  Dia juga bersuara sebelum dia bertindak. Pada mulanya, dia berlakon seperti tidak tahu-menahu tentang 1MDB. Menurutnya, apa yang dia tahu hanyalah apa yang dia diberitahu. Menurutnya, dia menentang Najib kerana terlampau ramai pemimpin Umno yang meminta pertolongannya secara rahsia. Sekarang dia nampak seperti tahu begitu banyak dan memberi sebab-sebab lain mengapa dia bertindak terhadap Najib.

Mengetahui bahawa cubaan untuk menjatuhkan Najib dari dalam Umno akan gagal, Mahathir menukar taktik dan kini cuba untuk menjatuhkan Najib dari luar Umno, dengan bantuan pembangkang, seperti apa yang Tengku Razaleigh cuba selama lapan tahun dan gagal.

Pertama sekali, Mahathir mendapatkan sokongan pembangkang dengan melancarkan Deklarasi Rakyat (People’s Declaration),  dan juga kempen Selamatkan Malaysia (Save Malaysia). Pada mulanya, ia menerima sambutan yang baik daripada pembangkang yang merasakan mereka boleh menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Umno. Tetapi apabila mereka sedar Mahathir yang cuba untuk menggunakan pembangkang, dan sebenarnya untuk menjatuhkan Umno tetapi Najib supaya anak lelakinya dapat diselamatkan, pembangkang mula memalingkan diri.

Kemudian, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Mahathir telah ‘hilang taringnya’. Malah, Mahathir mungkin menjadi liabiliti jika dia dibenarkan menyertai salah satu parti pembangkang.

Pembangkang kemudiannya mengumumkan yang mereka sedia bekerjasama dengan Mahathir jika dia menubuhkan partinya sendiri. Ini cara halus pembangkang untuk menghapuskan Mahathir. Mereka tahu yang jika Mahathir dibenarkan untuk menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan membawa kesan yang buruk.

Pembangkang mahu menjauhkan diri daripada Mahathir, tetapi dalam masa yang sama masih dekat kerana mungkin boleh digunakan untuk menjatuhkan Umno. Ianya seperti mendapat kesemua kelebihan yang ada.

Pembangkang tidak pasti sama ada Mahathir boleh membantu mereka ataupun dia akan gagal dan kemudiannya menyebabkan pembangkang gagal bersama. Jadinya, ia lebih baik jika Mahathir mempunyai partinya sendiri daripada menyertai parti pembangkang yang sedia ada. Kemudian, jika parti baru Mahathir tidak berjaya, mereka boleh mebuangnya sama seperti yang mereka lakukan ke atas PAS tidak lama dahulu.

Dan inilah apa yang Najib mahukan. Jika Mahathir dan orang-orangnya menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Itu bermakna dia telah diterima. Tetapi jika Mahathir dan orang-orangnya tidak diterima ke dalam pembangkang dan terpaksa menubuhkan parti sendiri, itu adalah situasi yang lebih baik untuk Najib dan Umno. Rentetan Semangat 46 telah membuktikan ini dan tiada siapa yang boleh melawan sejarah.

Parti baru Mahathir hanya mempunyai satu tujuan, iaitu untuk menggulingkan Najib. Persoalannya ialah: apa yang akan mereka lakukan jika dan apabila Najib digulingkan? Memandangkan tujuan Parti Pribumi Mahathir adalah untuk menggulingkan Najib, adakah parti ini akan terus wujud atau adakah ianya akan dibubarkan (seperti Semangat 46 pada tahun 2006) jika dan apabila Najib digulingkan?

Pribumi berharap ia akan dapat bertahan dengan merampas undian daripada Umno. Bagaimanapun, Lim Kit Siang tidak merasakan yang ia akan terjadi. Pribumi sebenarnya ‘memancing dalam kolam yang sama’ dengan pembangkang, bukannya dalam ‘kolam’ Barisan Nasional. Jadinya, setiap undian yang Pribumi dapat menyebabkan satu undian kurang untuk pembangkang.

Pribumi hanyalah sebuah parti politik sama seperti Semangat 46 dan PKR. Umno, bagaimanapun, adalah lebih daripada sebuah parti politik. Ianya sebuah institusi Melayu. Dan itulah yang membezakan Umno dengan mana-mana parti Melayu atau parti dengan asas sokongan daripada orang Melayu.

Sekurang-kurangnya semasa Semangat 46 dan PKR ditubuhkan, mereka berjaya menarik ramai ahli dan pemimpin Umno. Bagaimanapun, Pribumi bergantung kepada sokongan pembangkang. Akan tetapi, terdapat 7 parti pembangkang utama yang juga sedang ‘memancing dalam kolam yang sama’. Di situlah permasalahannya.

Mahathir bukanlah ancaman yang sama seperti tiga tahun yang lepas iaitu 2013. Parti Pribumi barunya memastikan yang Umno setaraf dengan musuh luaran. Apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa Mahathir mahupun Umno tidak mempunyai sebarang isu yang boleh digunakan untuk menentang Umno.

Mahathir dan Pribumi hanya mempunyai satu isu, iaitu 1MDB. Mereka berharap isu ini akan menjatuhkan Najib dan Umno. Tetapi jika ianya boleh berbuat sedemikian, tentunya ianya sudah pun terjadi semasa pilihan raya negeri Sarawak atau pun pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini mengingatkan kepada strategi Mata Lebam pada tahun 1999. Strategi itu hanya elok digunakan untuk satu tahun ataupun bagi satu pilihan raya sahaja. Menjelang 2004, isu itu sudah pun basi. PKR telah pun diberi amaran tentangnya pada 2001 tetapi mereka tidak mengendahkannya. Jadi, pada 2004 mereka dihapuskan kerana mereka masih lagi bercakap tentang Mata Lebam apabila pengundi sudah bosan dengan isu itu.

Adakah Mahathir dan Pribumi akan belajar daripada perkara itu? Atau adakah mereka, bersama-sama dengan PKR dan DAP, akan terus mengetengahkan isu 1MDB yang telah basi dan kemudiannya merana dengan nasib yang sama seperti tahun 2004, pilihan raya umum yang paling teruk bagi pihak pembangkang dalam sejarah Malaysia?

Mahathir perlu sedar yang dia tidak boleh terus memperjuangkan perkara yang sama dan berharap untuk terus kekal relevan dalam tempoh yang lama. Lagu hit pun tidak akan kekal nombor satu dalam carta dalam jangka masa yang lama. Tetapi Mahathir seakan tidak akan menukar agendanya walaupun agendanya sudah lapuk.

Kebiasaannya, jika anda mahu tahu kebarangkalian hasil mana-mana pilihan raya umum, anda akan bertanya kepada ‘bookies’. Sejak 1980-an lagi, kebarangkalian yang diramalkan ‘bookies’ adalah petanda baik untuk mana-mana pilihan raya. Pilihan raya negeri Sarawak dan juga pilihan raya kecil berkembar itu juga telah diramalkan dengan tepat oleh ‘bookies’. Dan kebarangkalian ‘bookies’ ke atas Parti Pribumi Mahathir adalah tidak baik. Itu sahaja telah menggambarkan kemungkinan masa depannya.

Dan dengan kes penceraian Nika Gee yang bakal terjadi yang melibatkan Muhyiddin, saya tidak merasakan masa depan Parti Pribumi Mahathir cerah. Pribumi sebenarnya telah diserang sejak ia mula dikhabarkan sebelum ia ditubuhkan lagi.

Malaysia today

Nasib Muhyiddin Dijangka Lebih Teruk Dari Musa Hitam

Tun Musa Hitam pernah keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri kerana melantik Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam Kabinet selepas pemilihan UMNO 1984.

Tengku Razaleigh dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, walaupun tewas kepada Musa dalam pemilihan jawatan timbalan presiden UMNO pada 1984.

Tetapi selepas itu, Musa  tidak menganggu pentadbiran Mahathir dan menjaga legasinya dengan baik. Musa hitam juga ada kalanya agak kritis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, namun Musa tidak mahu terseret dengan dengan Mahathir, kerana beliau mengenali siapa Mahathir.

Berbeza dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas dipecat, beliau bersama dengan Mahathir telah menubuhkan parti baru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dengan mengikut acuan UMNO, semata-mata untuk mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tuduhan, tohmahan dan serangan terhadap Najib berterusan dilakukan dan ia bukan sesuatu yang pelik kerana perkara itu pernah dilalui oleh Mahathir sendiri ketika Perdana Menteri selama 22 tahun.

Namun berdasarkan kepada sejarah, parti-parti baru yang diwujudkan selepas pemimpinnya keluar UMNO tidak akan kekal lama. Contohnya adalah pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar.

Beliau menubuhkan parti baru, Parti Ke­merdekaan Malaya (IMP) pada 1951 sebaik keluar UMNO namun IMP hanya bertahan tiga tahun lebih.

Kemudian pada 1954, beliau menubuhkan Parti Negara dan kemuncak kepada kejayaan Parti Negara hanyalah memperolehi satu kerusi di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 1959.

Dato Onn meninggal dunia pada 1962 dan Parti Negara kemudiannya terkubur. Malah ketika beliau meninggal dunia, Dato Onn dikatakan hanya mempunyai wang kurang RM50 dalam sakunya.

Apa yang pasti UMNO sudah berdepan dengan banyak krisis sebelum ini justeru serangan bertubi-tubi untuk menjatuhkan Najib tidak akan berjaya, berdasarkan pengalaman UMNO mengatasinya dan kerana anggotanya sentiasa menunjukkan taat setia yang tinggi.

Apa guna bersama dengan parti baru yang tidak mempunyai perjuangan yang kukuh, hanya menjadikan agenda peribadi sebagai perjuangan.

Beruang Biru

Mahathir Berpura-pura?

Beza Onn Jaafar pengasas 3 Parti Dengan Mahathir Pengasas 2 Parti


Personaliti berbeza datang diwaktu yang berbeza. Itu lah kehebatan Allah.


Jika Mahathir menjadi Presiden UMNO yang pertama , kita mungkin belum merdeka lagi atau tidak akan dapat kemerdekaan kerana sifat suka bergaduh dan sikap ego Mahathir. Tentu sekali sifat ini akan membuat British berurusan dengan Malaya secara lain pula.


Malah atas sebab sama lah Mahathir dijadikan Perdana Menteri dikala rakyat hanya berjumlah 18 juta orang dan perebutan barangan, tanah , kuasa hanya berkisar sekitar 18 juta orang.


Ds Najib pula menjadi Perdana Menteri dikala rakyat sudah mencecah 28 juta lebih dan kini sudah 30 juta pula.


Maka perebutan kepada kuasa , tanah, barangan bersekitar kepada jumlah yang lebih besar.


Mahathir menjadi Perdana Menteri diwaktu rakyat dalam keadaan bisu, tiada laluan untuk bercakap , untuk memberi komen dan menekan butang “like”.


Yang ada ketika Mahathir jadi PM adalah surat akhbar yang dikuasai oleh “pendedak” nya dan juga media eletronik yang akur kepada nya.


Najib menjadi Perdana Menteri sehingga diwaktu rakyat secara individu dan sendirian seperti  Mat rempit yang tidak tahu apa apa serta mereka yang kerja jadi guard pun boleh tekan butang “like” kepada kisah kebencian dan boleh komen “mampus lagi elok” pada ruang komen.


Maka tuhan datangkan personaliti berbeza di waktu berbeza.


PM yang tidak berapa baik didatangkan diwaktu rakyat belum boleh bersuara dan tiada laluan bersuara, dan PM yang baik didatangkan diwaktu rakyat boleh bersuara dan ada laluan bersuara dimana ayam mereka di langgar kereta pun mereka boleh salahkan PM kerana mereka miliki laluan bersuara melalui media sosial.


Kembali kepada topik diatas, Datuk Onn Jaafar sebagai Pengasas UMNO , memiliki personaliti yang baik, kerana ketika ahli UMNO enggan turut bersama nya untuk sokong idea parti terbuka kepada semua kaum , dia tidak menjadikan UMNo bahan hentaman nya sepeti yang dilakukan oleh Tun Mahathir di hari ini.


Setelah Allahyarham Onn Jaafar “direject” oleh ahli UMNO beliau bawa diri dan mengasas kan parti Independence of Malaya Parti (IMP) , namun parti ini tidak diterima oleh rakyat dan seolah olah tiada sambutan kerana rakyat terutama nya orang Melayu sudah terbiasa dengan UMNO.


Atas kegagalan parti ini untuk bertapak Onn Jaafar kemudiannya menubuhkan Parti Negara pula. Dan parti ini dapat lah kecapi sedikit kejayaan dalam satu  pilihanraya pada tahun 1959.


Maka dari kisah diatas kita boleh lihat betapa Pengasas UMNO dalam kerjaya politik nya mengasaskan 3 parti politik , tetapi tidak menyerang UMNO secara membabi buta dan luar batasan seperti Tun Mahathir lakukan hari ini.


Tun Mahathir pula sehingga umur 91 tahun pada hari ini telah mengasaskan 2 buah parti dan melahirkan 2 parti lain untuk menyusahkan UMNO.


Tun Mahathir secara sistematik telah mengasaskan UMNO Baru untuk menerajang keluar ahli ahli UMNO yang tidak sebulu dengan nya yang menyokong Tengku Razaliegh Hamzah.


Sesuatu yang memalukan setelah berkuasa hampir 7 tahun Tun M hanya menang dengan jumlah undi 43 sahaja menetang ahli kabinet nya,


Tun Mahathir seolah olah merancangkan kesemua musuh nya di tolak keluar , dari UMNO ketika membiarkan UMNO diharamkan, Tun  Mahathir tidak pun cuba “challenge” keputusan Mahkamah.


Setelah UMNO sejati dan asli dibubarkan , maka tercipta lah UMNO milik Mahathir dengan keahlian nombor siri 0000001, bersama nya tersisih hampir separuh ahli UMNO.


Kini Tun Mahathir memasuki Guiness Book of Record sebagai pengasas parti yang paling Tua didunia.


Setelah kecewa dan tidak dapat memeras ugut Presisen UMNO untuk ikut selera dan kehendak dia dan kroni nya, maka Tun M mencipta parti Pribumi Bersatu.


Maka jadi lah Tun M sebagai pengasas dan pencipta 2 parti.


Selain mencipta 2 parti untuk diri nya, Tun juga mencipta 2 parti lain tanpa sengaja sebagai musuh UMNO yang menyusahkan ahli UMNO ia itu Semangat 46 dan juga PKR.


Kedua parti tercipta hasil ketidak bijaksanaan Tun M menanangi masalah kerana menjaga kepentingan nya.


Maka tercatit lah dalam sejarah Onn Jaafar telah  melahirkan 3 parti dan Tun melahir kan 2 parti.


Cuma perbezaan ketara antara mereka berdua ada lah Allahyarham Onn Jaafar hanya tinggal RM35 sahaja dalam poket nya ketika meninggal dunia  dan Tun Mahathir pula ketika masih hidup miliki para kroni dan anak beranak nya yang ada ratusan billion.


Onn Jaafar tidak menghina UMNO walaupun UMNO tidak mengkaya kan nya dan enggan turut kehendak nya, Tun Mahathir mencaci UMNO walaupun parti ini lah yang memberi dia kuasa untuk menyerah kan projek , konsensi , kekayaan dan  bailout kepada anak dan kroni nya.


Tanpa UMNO tentu Tun sedang memberi ubat batuk dan panadol kepada pesakit di sebuah klinik di Alor Setaq.


Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Onn Jaafar , pengasas UMNO ASAL.

-Beruang Biru

Sunday 14 August 2016

Adakah Mahathir memperjudikan legasinya dengan menentang Najib?

Dalam Bahasa Malaysia, frasa sakit hati bermaksud “sakit dalam hati” (“pain in the heart”).

Sakit hati, sama ada secara literal atau kiasan, menggambarkan kehidupan seharian bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad minggu lepas. Dia berada di hospital untuk rawatan penyakit berkaitan dengan jantungnya apabila landasan politik barunya – Parti Pribumi Bersatu Malaysia – ditubuhkan. Parti baru ini merupakan hasil rasa sakit hati yang diakibatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak, yang terperangkap dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahathir bersara pada 2003, selepas 22 tahun menyandang jawatan Perdana Menteri. Dia juga banyak mengkritik pengganti pilihannya, Abdullah Badawi, tetapi hanya dengan Najib beliau berperang berhabis-habisan. 

Kegagalan 1MDB telah menyebabkan Malaysia kehilangan berbilion dolar dana, kejatuhan mata wang dan penghinaan antarabangsa. Serangan terbaru datang daripada DoJ AS, di mana ia menyerang orang terdekat Najib. Kroni-kroni telah didakwa menggunakan dana itu sebagai pendapatan peribadi untuk membeli penthouse, lukisan Monet dan Van Gogh dan juga menbuat rawatan anti-penuaan.

Menurut seorang pengkritik, Mahathir menghadiri perhimpunan tahun lepas menggesa PM untuk meletak jawatan. Mac ini, beliau keluar parti yang berkuasa, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Dia mungkin berharap tindakan simbolik ini dapat menguatkan ahli politik dalam UMNO hingga berani untuk melancarkan satu cabaran dalaman terhadap Najib.

Najib, bagaimanapun, telah terbukti mempunyai daya tahan yang tinggi. Dia seperti ahli politik yang sekuat bank-bank besar yang “terlalu besar untuk gagal” (“too big to fail”). Setelah berhadapan dengan terlampau banyak cabaran, beliau seperti boleh menstabilkan kepercayaan yang goyah, dan dengan pantas menghancurkan pihak lawan. Wang orang Cina telah pun menyelamatkan 1MDB dan dia tidak mungkin akan hilang keyakinan diri.

Cabaran kuat daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, telah ditangkis sebaik sahaja ia bermula.

Hanya Mahathir sahaja yang cukup berkuasa untuk menyatukan kuasa-kuasa anti-Najib dalam satu kuasa yang kuat di kalangan orang Melayu, blok pengundi terbesar di negara ini. Pihak pembangkang telah kehilangan kuasa. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dipenjarakan atas tuduhan seks.

Parti baru ini  tediri daripada Mahathir sebagai pengerusi, Muhyiddin sebagai Presiden dan anak Mahathir sebagai Timbalan Presiden.

Pada satu tahap, ia sangat mengagumkan melihat seorang yang berusia 91 tahun mengambil tindakan sebegitu. Pada tahap yang lain, langkah yang diambil Mahathir meletakkan risiko ke atas legasinya sendiri.

Daripada dia bersara atas termanya sendiri, seperti yang dilakukannya pada 2003, dia mungkin akan akan bersara sebagai ‘loser’.

Bukannya keseluruhan anti-Najib menyokong tindakannya yang terkini itu. Banyak jijik dengan keputusannya menubuhkan parti barunya berasaskan politik perkauman. Parti Pribumi Bersatu menggambarkan masyarakat peribumi (“sons of the soil”)  - iaitu bangsa Melayu yang sama yang membentuk asas UMNO. Ini berlawanan dengan Parti Keadilan Rakyat Anwar yang merupakan cubaan – yang diakui mempunyai kejayaan yang terhad – untuk merentasi demografi Malaysia yang mempunyai pelbaga etnik.

Untuk memahami Mahathir, kita haruslah melihat masa silamnya. Dia merupakan “raja kebangkitan semula” semasa eranya. Pada 1969, sebagai penyokong muda, beliau menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan, yang hanya menyebabkan dirinya ditendang keluar dari UMNO. Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun di berpolitik sebelum membuat keputusan pulang ke parti pemerintah, akhirnya merangkul jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981.

Semangat juangnya mengingatkan kepada musuh lama, Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang meninggal dunia tahun lepas. Lee dengan terangnya menampakkan naluri campur tangannya, pernah sekali dia memberi amaran bahawa jika sesuatu berlaku kepada Singapura,  “walaupun saya akan dikuburkan, saya akan bangkit jika saya rasa ada sesuatu yang salah.”

Selepas bersara sebagai Perdana Menteri pada 1990, beliau kekal dalam kabinet selama 21 tahun lagi. Mungkin Lee lebih mengetahui dirinya, tidak seperti Mahathir – Lee tidak berpura-pura beliau boleh bersara sepenuhnya. Daripada campur tangan dengan cara tidak rasmi yang kotor, Lee sentiasa lebih suka campur tangan secara formal dan jujur.

Hanya pada tahun 2011, selepas pilihan raya yang berkesan, yang beliau dipujuk untuk meninggalkan kabinet untuk memberi isyarat kesediaan parti pemerintah untuk berubah. Dalam kempen pilihan raya, kenyataan beliau bahawa pengundi akan menyesal dan "bertaubat" jika mereka mengundi pembangkang memakan diri apabila pengundi jenis baru yang tidak menerima dengan baik berasa terancam.

Mengetahui masa untuk mengundurkan diri adalah satu pertimbangan yang kritikal mana-mana pemimpin perlu buat, dan sejarah penuh dengan pemimpin yang bagus tetapi gagal dalam hal itu.

Sudah tentu, apabila pemimpin bersara mempunyai semangat politik yang berkobar dalam diri mereka, seperti Mahathir atau Lee, ianya boleh difahami jika mereka mahu kembali apabila mereka berasa sakit hati dengan cara negara mereka berjalan. Semangat mereka, dan kepercayaan diri yang kuat yang menjadikan mereka menarik kepada penyokong mereka.

Persoalan sebenar ialah mengapa ahli politik generasi muda perlu atau mahu perkhidmatan yang sudah lama. Apabila yang lama di perlukan semula, jelaslah masyarakat kini ketandusan jawapan. Dan ini bukanlah petanda baik sesebuah negara.

Musuh Parti Pribumi Adalah UMNO Dan PAS

Parti Pribumi yang ditubuh oleh Mahathir adalah berdasarkan "malay base party". Parti Mahathir itu dilihat tidak akan memusuhi DAP, PKR dan PAN.

Semalam, 11 Ogos 2016, Anwar Ibrahim seolah semacam tidak setuju dengan Mahathir. Anwar hanya sebut Muhyiddin.  Anwar berkata "Sekarang beliau (Muhyiddin) harus gerakkannya".

Nampaknya, Anwar lebih tidak berapa selesa jawatan Ketua Umum beliau diambil alih Mahathir.  Agaknya bagaimana agihan kerusi akan berlaku jika DAP, PKR, PAN dan Pribumi berada dalam satu pakatan pembangkang?

Dalam pilihanraya yang ke-13, PKR bertanding di 99 parlimen, DAP bertanding di 41 parlimen dan PAS pada waktu itu tanding 73 parlimen. Itu pun sudah ada pertembungan sesama sendiri antara PKR dan PAS di beberapa kerusi.

Dalam PRU14, parti Pribumi Mahathir ini dijangka akan bertanding kurang daripada 20 kawasan parlimen sahaja. Kebanyakannya di Kedah.

Belum tentu menang semua lagi, oleh itu jangan seronok sangat dengan bancian syok sendiri akhbar Sinar. Parti pun belum dilulus ROS, ahli pun belum ada sudah syok sendiri dah.

Kawasan parlimen DAP dan PKR yang mana akan dikompromi kepada Pribumi? PAN sudah tentu dapat bertanding di 73 kerusi yang PAS tandingi. Pribumi juga dijangka akan bertembung di 73 kerusi majoriti Melayu ini.

Jika itu berlaku, sudah pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pribumi, PAS dan BN. Itu belum lagi diambil kira parti dari Berjaya yang juga bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.

 Itu belum dikira lagi ada parlimen yang PKR juga mahu bertanding, sudah pasti akan jadi 5 penjuru dicampur dengan PKR dan Berjaya.

Bagaimana pula jika ada calon bebas? Dalam pilihanraya ke 13 yang lepas, ada 79 orang calon bebas bertanding di parlimen. 190 orang lagi calon bebas bertanding di DUN. Kalau calon bebas masuk sekali, akan jadi lebih dari 5 penjuru.

Keputusan PRU14 sudah boleh diagak jika jadi situasi begitu. Dalam pakatan pembangkang, DAP masih akan mendahului senarai kerusi parlimen yang dimenangi diikuti PKR.

 Manakala PAN dan Pribumi hanya menjadi serpihan sahaja dalam pembangkang. Dua parti ini dijangka sukar hendak menang biar pun satu kerusi parlimen.

Jika ini berlaku, buat apa buang masa hendak sokong parti Pribumi Mahathir ini? Membazir sahaja undi parti yang hanya akan jadi serpihan sahaja dalam pembangkang. Kalah semua dan tiada wakil pun dalam parlimen.

Baik beri kekuatan kepada BN untuk mentadbir negara ini. Jika ikut perkiraan semasa, BN akan masih lagi parti yang menguasai Putrajaya. Menjaga ekonomi negara dengan stabil lebih utama dan prioriti dari melayan desakan agenda peribadi Parti Mahathir.

Isu rasuah Guan Eng, ketidak sepakatan pembangkang dan "governance issue" di Selangor lebih utama bagi pengundi. Rakyat sudah tahu bahawa 1MDB bukanlah lagi satu isu bila jawapan demi jawapan telah pun diberikan. Pembangkang hanya "recycle" soalan yang sudah pun dijawab.

Pribumi akan menyerang UMNO dan PAS untuk pilihanraya ke-14 ini. Sebab itu timbul isu dana RM90 juta kepada PAS oleh Sarawak Report. Sengaja direka untuk memudahkan "binding" antara PAS dan UMNO.

Pribumi hanya akan memecahkan lagi undi Melayu yang hanya 56% di negara ini. Penubuhan Pribumi adalah kerana agenda peribadi Mahathir.

Kita lihat bagaimana bentuknya Perhimpunan Agung Pribumi (PAP) diadakan. Kalau boleh buatlah Perhimpunan Agung itu dahulu, ramai yang tidak sabar melihat berapa ramai ahli Pribumi yang ada dalam dewan. Katanya ada 6 juta orang, muatkah satu dewan?

Tulisan :
Beruang Biru
12 Ogos 2016