Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Monday 2 October 2017

Rafizi Pecat Rafizi, Selepas Kantoi Rafizi Bayar Rafizi


Apa lagi boleh dibuat Rafizi selepas kantoi membayar dirinya sendiri. Derma saman NFC yang dikutip daripada orang ramai sejumlah RM1.5 juta disalurkan kepada Rafizi juga menerusi KEIP Resources. Kemudian dari KEIP Resources disalurkan pula ke Invoke yang juga dipunyai oleh Rafizi.

Bertukar tukar poket dari poket baju di atas yang juga berada di badan Rafizi masuk ke poket kiri dan kemudian masuk ke poket kanan. Semuanya masuk poket Rafizi sahaja.



Pihak yang kena tipu dan kena perdaya adalah orang ramai yang sanggup memberi derma kepada Rafizi itu. Kena tipu hidup hidup dengan Rafizi. Inilah yang dinamakan “Keip-Tokrasi Rafizi”.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di KEIP Resources, Rafizi ada saham sejumlah 10,500 unit dan di Invoke ada saham sejumlah 250,000 unit.

18 April 2017, Rafizi bukan main lagi tunjuk satu carta alir mempertikaikan tentang 1MDB. Mencetus persepsi yang tidak baik terhadap 1MDB sedangkan isu itu telah pun diselesaikan oleh PAC dan Peguam Negara. 1MDB sendiri pun sudah selesai membayar semua hutangnya.

Carta alir  tipu yang dibuat oleh Rafizi itu tidak ke mana, tidak ada bukti dan asas pembuktian pun. Hanya tuduhan semata mata. Hari ini aliran carta wang itu kena balik kepada batang hidungnya sendiri.

Pakar ekonomi kesayangan Anwar Ibrahim yang kuat memfitnah ini berdepan cemuhan dan kutukan daripada orang ramai bila  menyalahguna wang hasil derma orang ramai untuk bayar saman NFC kepada  membayar gaji sukarelawan yang berkerja di bawah INVOKE.

Rafizi terkantoi bila KEIP Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik untuk menguruskan pembayaran gaji tenaga pekerja dalam INVOKE juga dimiliki oleh Rafizi sendiri. KEIP juga dipunyai oleh Rafizi.

Mengikut senarai yang didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan itu, INVOKE tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.

Hanya selepas Rafizi berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, INVOKE  didapati membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos lalu. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10.

Kemudian invois untuk gaji pekerja INVOKE pada bulan Oktober sudah pun dikeluarkan oleh KEIP pada 11 September 2017. Invois bernilai RM175,304.32. Bermakna sesatunya perniagaan yang  dijalankan oleh KEIP adalah bayar gaji kepada INVOKE.

Malah turut mengenakan caj pengurusan sebanyak 5% iaitu sejumlah RM8,347.82. Caj pengurusan ini pun masuk poket Rafizi juga. Pelik sungguh, syarikat Rafizi bayar kepada syarikat Rafizi pun kena caj pengurusan. Hendak urus apalah sangat kalau keluar poket kiri masuk poket kanan Rafizi. Orang yang sama juga tandatangan cek. Ini berniaga cara “Keip-tokrasi Rafizi”.

Jika dikumpul semua jumlah ini, jumlahnya terkumpulnya adalah RM491,786.37 nilainya hanya untuk tiga bulan sahaja. Kalau caj 5% pengurusan sudah jadi RM24,589.31. Duit ini berlegar masuk dari poket Rafizi sahaja. Dekat setengah juta, patutlah Laathefa Koya cakap Rafizi kaya raya.

Maksudnya, duit derma hampir setengah juta dari orang ramai telah digunakan untuk bayar gaji pekerja-pekerja Rafizi sahaja. Rafizi mendedahkan dalam tempoh 10 hari dia berjaya mengumpul RM1,585,014.49. Maknanya ada lagi baki sejuta duit derma orang awam.

Ke mana baki wang sejuta ini hendak disalurkan? Disalurkan untuk ceramah atas trak dan cakap sorang sorang atau masuk poket sendiri juga? Hampir setengah juta duit derma rakyat digunakan untuk bayar gaji pekerja untuk membantu Rafizi buat fitnah setiap bulan.

Bila terkantoi, Rafizi mula gelabah. Mulanya dalam blog rasminya, Rafizi sendiri mendedahkan perincian gaji yang Invoke terima dari orang awam dalam satu artikel di blognya pada 21 September 2017. Senarai sejumlah 194 muka surat dana derma dari orang awam itu telah pun dipadam oleh Rafizi bila terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”.

Terbaru carian yang dibuat mendapati nama Rafizi sudah dikeluarkan daripada KEIP Resources. Invoke juga sudah tidak lagi menggunakan KEIP sebagai syarikat sumber manusianya. Bermakna Invoke sudah pecat KEIP, Rafizi sudah pecat Rafizi sendiri.

“Rafizi Bayar Rafizi’ adalah sesatunya teori ekonomi Rafizi yang menjadi. Duit rakyat termasuklah ada kakitangan awam yang menderma sudah disapu oleh Rafizi untuk bayar gaji pekerjanya dalam Invoke. Bukannya sedikit wang itu, RM1.5 juta. Ada lagi baki sejuta. Ke mana pergi duit itu?

Inilah “Keip-trokrasi” sebenar yang sedang berlaku dalam pembangkang. Dulu Rafizi pernah kata Mahathir macam macam mengenai syarikat arak dan rasuah. Kini bila Rafizi terang terang songlap duit rakyat untuk Invoke, Mahathir sepatah pun tidak berani tegur atau jentik Rafizi.

Kes rasuah Guan Eng pun, Mahathir tidak berani jentik sikit pun. Takut sungguh dengan PKR dan DAP. Ini bukti Mahathir bukan sesiapa pun dalam pembangkang. Hanyalah alat sahaja bagi PKR dan DAP. Isu rasuah Rafizi dan Guan Eng, Mahathir tidak berani kata apa apa.

Penyelewengan yang dibuat terang terang oleh Rafizi ini adalah bukti bahawa PKR adalah parti yang langsung tiada integriti. Tidak layak lagi pembangkang cakap soal hipokrasi, kleptokrasi dan demokrasi. Cakaplah soal “Rafizi Bayar Rafizi” ini, bila dah kantoi jadilah “Rafizi Pecat Rafizi”. Inilah dia “Keip-Tokrasi Rafizi”.

Bila Mahathir terkantoi hilang RM32 billion di Bank Negara, dia kata ‘tidak tahu’, pakar ekonomi Mahathir pun kata ‘tidak tahu” sebanyak 15 kali semasa perbicaraan RCI Forex. Bila pakar ekonomi Anwar Ibrahim terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”, dia cakap “bodoh” dekat 50 kali.

Rafizi kata bodoh dekat siapa sebenarnya. Telinga Rafizi yang dengar dulu apa yang Rafizi sebut itu. Ayat bodoh itu sebenarnya kena pada Rafizi balik. Rafizi lah bodoh itu.


Tulisan:
Beruang Biru
BB596, Isnin
2 Oktober 2017

Tuesday 7 February 2017

Video : 10 Lelaki Handsome Di Malaysia


Video : Najib Razak Antara 10 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia






PERDANA MENTERI, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sahaja berjaya memacu negara kita Malaysia bagi menghadapi sebarang cabaran dan rintangan, malah sumbangannya terhadap dunia luar turut disanjung tinggi.

Khususnya dalam dunia Islam, Najib, anak kelahiran negeri Pahang ini telah berjaya menerpa nama sebagai pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia sekitar tahun 2016.

Corak kepimpinan dan suaranya mula digeruni apabila Najib memperjuangkan isu penempatan haram Zionis di Palestin. Bagi Najib, penempatan haram tersebut wajar dihalang bukan sahaja atas prinsip agama, malah disebabkan agenda hak asasi manusia.

Najib juga semakin digemari dunia Islam apabila memperjuangkan isu nasib etnik Rohingya walaupun diberi amaran keras oleh pihak kerajaan negara berkenaan. Dengan amalan wasatiyyah (sederhana) mengambil contoh dari sifat Baginda Rasulullah SAW, Najib...

http://www.tv14.my/2017/02/02/najib-razak-diiktiraf-sebagai-pemimpin-islam-kedua-paling-berpengaruh-di-dunia/

Kadir Defensif, Takut Apabila Skandal BMF, Forex Melibatkan Tun M Dibuka Semula


1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya diungkit dan didedahkan semula.

2. Dalam tulisannya Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan 'laporan palsu' dan tersasar berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi "boss"nya.

3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.

4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Dr Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

5. Banyak "cover up" berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.

6. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit.

7. Jalil dibunuh supaya pinjaman yang besar kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera. Perdana Menteri ketika itu adalah Dr. Mahathir.

8. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

9. Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah 'bail-out' menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

10. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

SKANDAL FOREX

11. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank untuk membuat keuntungan.

12. Isyarat bahawa Bank Negara akan berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran.

13. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai “market bully". Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

14. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

15. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB.

16. Dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion 'lesap' dalam konteks wang yang digunakan sebagai 'bail-out', manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.

17. Mengambil kira jumlah wang yang hilang dan yang 'lesap' kerana digunakan untuk mem'bail-out' skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Dr. Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan? Terutamanya apabila skandal-skandal inilah yang telah menjadi punca krisis kewangan tahun 1997-1999 iaitu krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah Malaysia yang telah menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat hilang pekerjaan dan ramai menjadi papa kedana kerananya?

18. Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika "perkara lama" ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Oleh: TUN FAISAL ISMAIL

Tuesday 10 January 2017

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...


JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Menurut pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.

 "Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot.

Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini,

Semalam. Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tak apa kalau saya tak dapat pakai baju Melayu di sini, Insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti," jelas Faiz.

Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

Malah, Faiz mengambil peluang dapat menghadiri majlis berprestij tersebut dengan bergambar bersama legenda-legenda bola sepak dunia seperti Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan ramai lagi.

MOHD. FAIZ SUBRI bergambar bersama Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan Michel Solg

Dia juga mengambil kesempatan bergambar bersama jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson. -SO

Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?


TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.
Mengambil kira faktor cuaca sejuk di Zurich yang mencecah 0 darjah Celsius, memilih mengenakan pakaian tajaan Kinslager itu adalah pilihan terbaik buat pemain berusia 29 tahun tersebut.

Malah, Faiz mengambil peluang dapat menghadiri majlis berprestij tersebut dengan bergambar bersama legenda-legenda bola sepak dunia seperti Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan ramai lagi.

MOHD. FAIZ SUBRI bergambar bersama Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan Michel Solg

Dia juga mengambil kesempatan bergambar bersama jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson. -UTUSAN

Monday 9 January 2017

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?



TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Walaupun lagu dan laman sesawang rasmi itu tidak akan banyak membantu memperbaiki imej PPBM yang tercalar, namun kewujudannya menampakkan pemimpin PPBM ingin benar berentap pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Apatah lagi pada 8 Januari 2017, PPBM telah melengkapkan senarai kepimpinan sayap pertamanya iaitu Armada PPBM yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan dibantu oleh timbalannya, Mohd Aizad Roslan dari Kedah.

BACA : SENARAI KEPIMPINAN ARMADA PPBM

Namun demikian, PPBM tidak akan beroperasi dengan baik seperti dirangka. Bukan sahaja kerana terpalit dengan pelbagai isu dan skandal melibatkan moral para pemimpin tertingginya sahaja, namun satu lagi sayap parti berkenaan masih lumpuh buat masa ini.

Kununnya seperti seekor Helang Merah membelah awan dan laut Andaman untuk menangkap mangsa di persada bakau Langkawi, parti serpihan Umno itu sebenarnya sekarang sekadar ‘mengepak’ di sarangnya sahaja.

Mana tidaknya, hanya satu sahaja sayap yang berfungsi, manakala sebelah lagi sayap parti tersebut sudah dicemari dengan kejijikan ‘4 kali klimaks’ sehingga patah sayap tak mampu paruh menongkat bumi.

Mahu ataupun tidak, kepimpinan PPBM harus segera menggantikan ‘permata yang hilang’ dari sayap Srikandi PPBM itu dengan pucuk yang baharu untuk berentap secara gentleman di gelanggang...

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?


"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

1. Minggu lepas, saya terkejut bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menafikan bahawa jumlah lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah disebabkan oleh penjualan tanah negeri. Saya telah menyediakan pelbagai perangkaan untuk membuktikan perkara itu dan telah meminta beliau untuk mengajar saya matematik istimewanya.

2. YAB Lim nampaknya telah begitu terasa dengan ini dan mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menyerang saya dengan mengatakan bahawa saya tidak faham akaun dan memberikan pelbagai angka yang mengelirukan untuk mewajarkan serangannya.

3. Kenyataan beliau, yang penuh dengan penghinaan, nampak seperti satu serangan yang paling peribadi sejak bermulanya kerjaya politik YAB Lim. Ini membuktikan bahawa kenyataan saya adalah tepat dan telah mendedahkan pembohongan beliau.

4. Meskipun menerima serangan secara peribadi itu, saya gembira kerana YAB Lim telah mengesahkan beberapa perkara yang telah saya katakan yang membuktikan bahawa propaganda DAP yang selalu diguna semula itu adalah pembohongan secara terang-terangan.

5. Perkara pertama adalah bahawa YAB Lim telah mengesahkan bahawa perbelanjaan operasi kerajaan Pulau Pinang telah meningkat 3 kali ganda sejak tahun 2008 hingga 2015. Peningkatan yang besar ini akan berterusan kerana perbelanjaan operasi di bawah bajet Pulau Pinang untuk 2017 dijangkakan menjadi 5 kali ganda daripada perbelanjaan pada tahun 2008.

6. YAB Lim berkata bahawa saya sepatutnya memuji beliau kerana masih mempunyai lebihan walaupun peningkatan 3 kali ganda dalam perbelanjaan. Beliau berkata ini adalah hasil daripada prinsip CAT kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah membawa kepada "kawalan kos yang dicapai melalui tender terbuka yang berdaya saing yang memberikan kita harga yang terbaik".

Walau bagaimanapun, saya tidak faham apa yang dimaksudkannya kerana kawalan kos dalam dunia sebenar bermakna bahawa perbelanjaan operasi akan berkurangan dan bukannya meningkat sebanyak 300%.

7. Perkara kedua ialah YAB Lim akhirnya mengakui bahawa "BN Pulau Pinang menjual lebih banyak tanah tetapi mendapat kurang daripada DAP" yang sering digunakan itu adalah mengelirukan. YAB Lim bersetuju bahawa kebanyakkan "tanah" yang BN jual dalam propaganda mereka ini sebenarnya adalah hak penambakan tanah - dan bukannya tanah sebenar.

8. Walau bagaimanapun, YAB Lim terus mengelirukan dengan mengatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menjual hak penambakan ini hanya sebanyak RM1 psf seperti dalam kes projek penambakan Tanjung Tokong.

Beliau nampaknya telah lupa bahawa hak RM1 psf ini juga datang dengan syarat bahawa sebaik sahaja dituntut semula, pemaju perlu menyerahkan 10% daripada tanah yang ditambak secara percuma kepada Kerajaan Negeri.

9. Ini adalah tanah yang sama yang kerajaan Pulau Pinang gunakan untuk membiayai projek Terowong Pulau Pinang RM6.34 bilion mereka yang kontroversi itu dan laporannya yang sangat mahal yang berharga RM305 juta itu.

Ini membuktikan bahawa dakwaan bahawa BN Pulau Pinang menjual tanah atau hak tanah dengan harga RM1 psf itu sememangnya adalah tidak benar kerana tanah yang diserahkan sebagai sebahagian daripada perjanjian jualan kami adalah jelas lebih tinggi daripada itu.

Media perlu bertanya tentang kebenaran perkara ini kepada YAB Lim.

10. Perkara ketiga yang YAB Lim lakukan adalah bahawa beliau telah mengakui bahawa saya adalah Pengerusi SPAN yang baru yang bermula pada 1 Disember 2016 walaupun beliau tanpa sebab telah menyalahkan saya untuk pelbagai masalah air pada masa lalu sebelum saya mula bertugas.

Disebabkan jawatan terkini saya inilah menyebabkan saya boleh mengesahkan propaganda DAP yang banyak kali digunakan iaitu "DAP Pulau Pinang telah mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% kerana CAT".

11. Apa yang sebenarnya berlaku ialah SPAN dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih RM655 juta hutang kerajaan yang sedia ada dan menukarkannya kepada pajakan tahunan sebanyak RM14.56 juta yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar kepada Kerajaan Persekutuan selama 45 tahun, yang mana kembali kepada jumlah yang sama.

12. Oleh itu, daripada pinjaman, ia ditukarkan ke dalam bentuk pajakan. Sebagai balasan, kerajaan negeri Pulau Pinang mencagarkan pelbagai aset air dan tanah negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

13. Dalam kenyataannya minggu lepas, YAB Lim mendakwa bahawa pendapatan yang digunakan untuk membayar 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan itu datang dari cukai tanah dan yuran tanah yang lain.

14. Laporan Ketua Audit Negara jelas menunjukkan bahawa pendapatan cukai tanah kekal statik. Ia hanya meningkat daripada RM93 juta pada tahun 2008 kepada RM104 juta pada tahun 2015 - jelas tidak mencukupi untuk membayar peningkatan besar dalam perbelanjaan.

15. Apa yang telah menunjukkan satu pertumbuhan yang besar adalah item yang dipanggil "Premium Tanah - Pemberian Hak Milik" yang telah meningkat setiap tahun daripada RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM324 juta pada tahun 2015.

16. Ketua Audit Negara juga telah menjelaskan bahawa item ini adalah hasil daripada jualan tanah. Antara tahun 2008 hingga 2015, ia berjumlah RM1.22 bilion - jelas lebih tinggi daripada lebihan negeri terkumpul iaitu RM574 juta.

Angka-angka ini tidak termasuk aset-aset lain yang dijual oleh PDC Pulau Pinang dan tanah yang telah diniagakan seperti tanah RM6.34 bilion untuk Terowong Pulau Pinang dan tanah untuk membayar projek Pelan Induk Pulau Pinang sebanyak RM46 bilion di mana kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah berkata bahawa mereka akan meminjam berbilion-bilion yang jumlahnya tidak ditentukan dari bank-bank.

17. Dalam item perakaunan yang berasingan, kerajaan Pulau Pinang juga telah menerima bayaran untuk jualan tanah daripada PDC sebanyak RM173.5 juta di antara tahun 2013 dan 2015 - bermakna jumlah hasil daripada penjualan tanah negeri kini akan berjumlah kira-kira RM1.4 bilion.

18. Pemeriksaan kami ke atas akaun itu juga menunjukkan bahawa antara tahun 2010 dan 2014, Kerajaan Pulau Pinang telah menutup pelbagai akaun pemegang amanah negeri seperti "Akaun Perumahan Awam Kos Rendah" dan "Pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar" dan memindahkan bakinya kepada dana gabungan Negeri dan mengiktirafnya sebagai pendapatan negeri - yang mana membantu untuk menampakkan peningkatan lebihan negeri ini.

Jumlah pemindahan ini adalah sekurang-kurangnya sebanyak RM240.19 juta.

19. Dengan mengabaikan kesan penjualan tanah negeri dan helah perakaunan yang berkaitan dengan pemindahan akaun pemegang amanah untuk diiktiraf sebagai hasil negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berada dalam defisit bajet yang semakin teruk untuk setiap tahun sejak tahun 2010.

Daripada lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta dari tahun 2008 hingga tahun 2015, ia akan mengumpulkan defisit sebanyak RM1.057 bilion.

20. Beberapa bulan yang lalu, saya telah mencabar YAB Lim dan Institut Pulau Pinang untuk mengesahkan 12 perkara tentang kemerosotan ekonomi dan kewangan Pulau Pinang atau saman saya jika saya salah.

Antara lain, ia termasuklah penemuan bahawa Pulau Pinang mengalami pertumbuhan yang terendah dalam gaji median antara tahun 2010 hingga 2015, pertumbuhan ke-4 terendah dalam pendapatan isi rumah median antara tahun 2009 hingga tahun 2014 dan bahawa Pulau Pinang mempunyai pertumbuhan KDNK per kapita ke-4 paling teruk bagi tempoh 2008 hingga 2015 - dengan negeri-negeri lain telah mengatasi Pulau Pinang.

Malangnya, cabaran saya tidak disahut oleh kedua-dua YAB Lim dan Institut Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan yang mengatakan ia enggan untuk menjawab saya.

21. Saya telah menegaskan sebelum itu bahawa menjual aset negeri untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran tahunan yang melambung tinggi bukanlah sesuatu yang bijak dan sama dengan menjual kepentingan negeri - satu trend yang berterusan dengan jualan saham negeri baru-baru ini dalam syarikat Pulau Jerejak untuk RM156 juta dan satu tender lain untuk menjual tanah daripada jualan kepada EcoWorld Bhd yang dibatalkan.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Pulau Pinang terus bergantung kepada propaganda palsu untuk memberi gambaran palsu berkenaan prestasinya untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang.

Kenyataan YAB Lim yang ditujukan kepada saya minggu lepas sekali lagi membuktikan perkara ini.


Liang Teck Meng.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

9 Januari 2017.

Email

budakoptimis@gmail.com