Tuesday 10 January 2017

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...


JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Menurut pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.

 "Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot.

Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini,

Semalam. Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tak apa kalau saya tak dapat pakai baju Melayu di sini, Insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti," jelas Faiz.

Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

Malah, Faiz mengambil peluang dapat menghadiri majlis berprestij tersebut dengan bergambar bersama legenda-legenda bola sepak dunia seperti Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan ramai lagi.

MOHD. FAIZ SUBRI bergambar bersama Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan Michel Solg

Dia juga mengambil kesempatan bergambar bersama jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson. -SO

0 comments :

Post a Comment