Thursday 1 October 2015

Azan dan Iqamah: Sekatan Penggunaan Speaker Di Pulau Pinang Strategi Awal DAP??



Menghakis, itulah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam mengenalpasti apakah yang sedang dilakukan oleh negeri yang ditadbir DAP ke atas norma-norma kehidupan orang Islam di negara ini.

Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa dan mengapa tidak diharamkan terus azan dan iqamah dari berkumandang di corong-corong pembesar suara. Inilah kelicikan kerajaan negeri dalam berpolitik. Strategi diatur dengan sabar, dan tidak menghasilkan keputusan dalam sekelip mata. Namun, penamatnya tetap sama; iaitu menghapus.

Lee Kuan Yew, samada ada anda bersetuju atau tidak, adalah pengasas kepada strategi yang sedang digunapakai oleh DAP. Terbukti berkesan, penampilan Lee Kuan Yew bersongkok, di samping rakaman ucapannya dalam bahasa Melayu berjaya menyakinkan orang Melayu ketika itu untuk memberi undi kepadanya. Sungguh simple dan berbaik sangka, itulah orang Melayu.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu kerana mereka kenal siapa Melayu itu. Masakan tidak, di dalam kamus Oxford sahaja boleh kita dapati perkataan “amuk”, yang maksudnya merujuk terus kepada orang Melayu.

Penjelasan secara logik tentu akan digunapakai dalam usahanya untuk menghadkan penggunaan pembesar suara oleh surau dan masjid. Pasti mereka akan bersungguh berkata bahawa kerajaan negeri tidak sekali-kali akan mengharamkan azan dan iqamah kerana menghormati Islam. Penulis juga tidak akan berasa hairan jika pihak berkenaan selepas ini menuduh UMNO kononnya UMNO memfitnah dengan menakut-nakutkan orang Islam bahawa kerajaan negeri telah melarang azan dan iqamah di pembesar suara.

Dengan membenarkan perkara ini berlaku, maka pada waktu itu, umat Islam telah pun dihakis norma kehidupannya. Kalau dahulu kita boleh mendengar ceramah agama di majlis-majlis ilmu hanya dengan berada di kawasan sekitar, selepas ini segalanya hanyalah kenangan. Alunan merdu bacaan kitab suci Al Quran juga tidak lagi boleh berkumandang untuk menjadi santapan halwa telinga.

Alunan ayat-ayat suci bukanlah sekadar alunan semata, kerana sirah Islam sendiri membuktikan watak dan kekuatan alunan-alunan tersebut dalam menyebarkan syiar Islam.

Penggunaan pembesar suara untuk rutin-rutin keagamaan di surau dan masjid bukanlah perkara baru. Ia telah terpatri dan difahami oleh semua sejak dahulu lagi. Mengapa perlu dirungkai sesuatu yang terpatri rapi?

Maka, ia adalah bersifat menghakis, sebelum menuju matlamat utamanya iaitu menghapus. Bertepatan dengan slogan “ubah”, tentu mereka tahu Melayu itu jangan dilawan, tetapi “diubah”, sedikit demi sedikit. Maka, untuk ubah, carilah orang-orang Melayu sendiri untuk mengubah masyarakat Melayu itu sendiri

Demi Allah, Melayu tidak akan menyerah kalah.

0 comments :

Post a Comment