Thursday 15 October 2015

Surat Buat Muhyiddin Untuk Pulihkan Ingatan...


Di Zaman Mahathir, Mereka Sudah Tentu Ditahan Dibawah ISA

Khairuddin Abu Hassan dan pengikut setia Tun M, Matthias Chang hari ini secara rasminya didakwa atas Seksyen 124K dan 124L pertuduhan dalam cubaan melakukan sabotaj terhadap ekonomi malaysia serta perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Perancis, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong dan Singapura, antara 28 jun dan 26 ogos tahun ini serta kemungkinan mempunyai bukti bergambar berkenaan kes ini.

Penahanan Khairuddin di bawah Sosma bukanlah kerana beliau lantang bersuara mengkritik 1MDB sebaliknya atas tindakannya membuat laporan polis di beberapa buah negara ini.

Fasal 3(b) akta Sosma juga memberi tafsiran berkenaan maksud perkataan ‘maklumat sensitif’ iaitu perkara yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam, dan hubungan antarabangsa sama ada atau tidak dikelaskan sebagai rahsia besar, rahsia, sulit atau terhad.

Jika kebenaran yang mereka mahukan, mereka sepatutnya membuat laporan polis di dalam negara, dan mungkin hanya satu atau dua di luar negara, bukannya dengan melaporkan sebanyak yang mungkin diluar negara dimana tindakan mereka itu membawa persepsi negatif untuk malaysia dan melemahkan ekonomi negara, mereka pula tidak ditahan serta merta dan PDRM hanya bertindak berikutan rancangan mereka untuk membuat laporan seterusnya di Amerika Syarikat.

Tindakan beliau membuat laporaan polis di luar negara bukan sahaja mengundang campur tangan pihak luar terhadap hal ehwal dalaman negara malah mampu memudaratkan kedaulatan negara sekaligus menjejaskan hubungan antarabangsa antara Malaysia dan negara-negara terbabit.

Sementara itu, dalam usaha akhir untuk menyelamatkan kedua-dua individu tersebut, Tun M mengadakan sidang media di Perdana Foundation untuk menyuarakan pendapat mengenai betapa kejamnya undang-undang SOSMA ini.

Jika Di Zaman Mahathir, Orang seperti ini sudah tentu akan di tahan di bawah ISA di atas pertuduhan Cubaan Melakukan Sabotaj Terhadap Perkidmatan Perbankan & Kewangan Negara..

Persoalan juga timbul mengapa Laporan polis oleh Khairuddin yang dibuat di Perancis, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong dan Singapura tidak pernah dipamer atau ditunjukkan?

-Barisan Merdeka

0 comments :

Post a Comment