Wednesday 5 March 2014

'PENJENAYAH BUNUH POLIS ITU TIDAK MENGHAIRANKAN...' KATA YB PEMBANGKANG

MiM terpanggil untuk memberi komen kepada twitter YB Dr Afif Bahardin, pemimpin muda PKR di Pulau Pinang. 



Twitter beliau : 

Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang - undang membunuh tahanan, itu masalah


1. Kenyataan beliau itu mungkin akan disalah ertikan oleh rakyat dan beliau juga yang terpaksa 'bersilat' menjawab terutamanya part '..membunuh tahanan...' kerana ianya boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak polis?

2. Seperti twitter MiM, adalah lebih elok untuk Dr Afif bertweet menyatakan simpati beliau kepada arwah dan keluarga polis yang terkorban untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

3. Beliau mungkin sudah berbuat demikian tetapi tiada ruginya untuk beliau bersimpati sahaja and just stick with the sympathy dan tidak mencampuradukkannya dengan isu lain.

4. Malah, berapa kerat pemimpin Pembangkang yang begitu lantang mempersoalkan kredibiliti pihak polis yang tampil bersimpati kepada anggota polis yang terkorban?

5. Bagaimana dengan kes terbaru ini :
Empat suspek warga asing termasuk tiga wanita dan seorang lelaki ditahan polis berhubung serangan ke atas dua anggota polis di Klang. 
Sebilah parang dan pisau rambo turut ditemui di tempat kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Selasa.
Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 
Seorang anggota polis ditikam sehingga mati dan dua warga asing ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan lima warga asing di Taman Sentosa, Klang, awal pagi Selasa. 
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Selasa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.  

6. Tetapi MiM percaya Dr Afif Bahardin mempunyai hujah beliau sendiri tentang twitter beliau itu. 

7. Dan walau pun berlainan ideologi politik, MiM respect Dr Afif ini. Mungkin beliau boleh beri ulasan beliau. MiM bersikap terbuka.


0 comments :

Post a Comment