Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Thursday 31 December 2015

Zulkifli Bunuh Perompak : Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni?



Perkongsian ini adalah hasil nukilan En Mufarwa Farid melalui laman Facebook beliau


"Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!"

1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.

Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.

2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?

Ya. Kau akan didakwa.

Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia.

3) Jadi, masa kau sedang dibicarakan, kau akan berhujah bahawa tindakan kau membunuh pencuri tu sebab kau nak pertahankan diri. Kau cakap kau pertahankan diri, sebab kau nak yakinkan bahawa, yang kau tak bersalah bunuh pencuri tu.

Tapi...

4) Mahkamah akan persoalkan, adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?

Mahkamah akan persoalkan juga, sebab apa kau tikam? Kenapa tak pengsankan? Kenapa tak tikam bahagian kaki je supaya dia tak lari?

Kemudian dipersoalkan pula adakah kau bunuh dia dengan niat yang baik? Kalau memang sebab dendam, atau kau baru tahu yang dia bekas pakwe crush kau, memang mahkamah tak layan.

Ok, tu satu hal..

5) Lagi satu hal, adakah tindakan kau tu adil?

Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau pencuri masuk ke rumah kau tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi kau, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah kau semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi kau pulak bunuh dia.

Kalau pencuri tu mati, kau kena berusaha untok buktikan tindakan kau bunuh pencuri tu semata-mata nak pertahankan diri sahaja. Kau kena berusaha buktikan kalau kau bunuh sebab nak pertahankan diri dan harta kau.

Kalau kau dapat buktikan yang kau membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untok kau didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.

Jadi pointnya adalah kau tetap akan dihukum tapi bukan dihukum gantung.

6) Kalau kau bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan kau hadapi.

i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan kau tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru kau akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.

ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, kau akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untok pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.

7) Yang penting, kalau kau dah bunuh orang, kau wajib dihukum. WAJIB. Kau ikutlah hukum apa pun, malah hukum Islam pun, kalau kau ambil nyawa orang, kau akan dihukum.

Tapi hukuman tu berbeza-beza, macam yang aku senaraikan tadi.

8) Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan. Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga kau dan kau YAKIN dia memang akan bunuh mereka, kau tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family kau.

Yang ni, mahkamah akan pertimbangkan, untok lepaskan kau. Tapi ingat, kau kena buktikan yang perompak tu betul-betul ancam nyawa kau. Kalau tak terbukti, susah la kau.

Tu sebab kena pilih Lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan benda-benda ni.

9) Kalau pencuri masuk, lepas tu kau pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman kau. Boleh tak?

Boleh. Memang boleh.

Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara mahkamah.

Dan kau akan berhujah bahawa tindakan kau pukul pencuri sebab nak pertahankan diri.

Sekali lagi, mahkamah akan tengok sama ada tindakan kau pukul dia ni setara atau tidak?

Adil atau tidak?

Kalau pencuri tu dah lari, tapi kau kejar jugak dan langgar pakai kereta sampai lumpuh satu badan pencuri tu, benda ni tak setara. Jadi, senanglah pencuri tu ada sebab nak saman kau.

Tapi..

10) Kalau betul tindakan kau tu setara dan adil, contohnya kalau kau tak pukul pencuri tu, pencuri tu akan bunuh kau, mahkamah akan lepaskan kau dan pencuri tu tak boleh saman.

Tapi ingat, tindakan kau tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.

11) "Undang-Undang sekular ni tak adil! Kalaulah hudud dijalankan, mesti tak jadi camni!"

Rileks beb.

Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni.

Sebab apa?

Kau kena faham, Hudud ni cover 8 jenayah je.

Bab bunuh-bunuh ni, semua under hukum Qisas.

Haaa.. Tengok tu, nak condemn undang-undang tapi sendiri tak faham undang-undang.

12) Dalam hukum Qisas pun, kau bunuh orang, akan dihukum. Kalau pun hukum Islam dilaksana kan, tetap juga cara mahkamah tengok kes kau, sama macam hukuman sivil.

Mahkamah hukum Islam ini akan persoalkan sama ada adil atau tidak tindakan kau bunuh pencuri yang masuk rumah kau. Kalau tak adil dan tak setara, kau akan dihukum.

Ingat, apa-apa hukuman kat dunia ni, once kau dah ambil nyawa orang, kau wajib dihukum cuma berbeza-beza hukumannya ikut niat kau.

13) Sama macam hukum Islam, tetap juga akan mahkamah tengok tindakan dan niat kau. Hukumannya mungkin berbeza dengan hukum Sivil, tapi cara nak cari salah tu sama.

14) "Dah tu, pencuri masuk, kena bentang karpet merah semualah? Kena sambut dan bagi minum-minumlah kan? Macam tu?"

Bukan bang.

Kalau pencuri masuk, kau boleh je buat sesuatu untok hentikan pencuru tu. Kalau berani, lawan. Kalau tak berani, menyorok.

Kalau lawan, jangan melebih-lebih sangat lawan dan pastikan setimpal. Sebab yang nak menjawabnya kat mahkamah nanti tu kau. Asalkan pencuri tu tak boleh lari, sama ada kau ikat kaki atau pengsankan, itu dah cukup baik. Jangan belasah macam nak gila sampai mampos pencuri tu. Nanti kau yang susah.

15) Kenapa hukumannya jadi macam ni?

Sebab:

i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.

ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya lah kan, kau benci dengan member kau. Satu hari dia datang rumah, lepas tu kau bunuh dia. Then kat mahkamah, kau cakap yang kau bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.

Camtu senang la bang oi. Jadi, mahkamah perlu make sure yang kau betul-betul takdak mens rea (niat jahat buat jenayah).

16) "Eleh...Tapi camne nak cerita yang pemimpin curi duit rakyat tak kena hukum dan ahli politik buat jenayah terlepas? Tapi rakyat biasa buat, kena hukum pulak! Haaa? Adil sangat ke?"

Serius, bang. Part ni bukan bidang kuasa aku. Tapi Islam kata dah, Hakim yang tak adil ni confirm jadi ahli neraka.

Kalaupun ada keputusan mahkamah yang tak adil, aku sendiri pun marah. Tapi kita pun tak tahu kalau sebenarnya kes tu kekurangan bukti atau ada sebab yg meragukan sehingga menyebabkan hakim jatuhkan hukuman sebegitu rupa. Tapi kalau memang betul tak adil, maka masuklah hakim tu ke dalam neraka.


17) Harapnya kau sebarkanlah benda ni. Sebab ramai antara kita yang tak faham, dan kalau tak faham, banyak fitnah berleluasa terutamanya daripada kita sendiri.

Sumber

Saturday 19 December 2015

Surat Terbuka Untuk Tun M Dari Pekerja Proton



YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

Thursday 17 December 2015

Mahathir Tidak Membelanjakan Banyak Untuk Subsidi


Bertentangan dengan apa yang sering dipercayai, Mahathir tidak membelanjakan banyak untuk subsidi kerana harga global beras, makanan, minyak dan lain-lain tidak meningkat naik sehinggalah awal tahun 2000 - seiring dengan kemunculan ekonomi China yang tumbuh dengan pesatnya.  

Malah pada tahun 1990an dan awal 2000, kebanyakan daripada kita masih lagi memandang rendah terhadap China ketika itu.

Kerajaan Pak Lah dan Najib menghadapi cabaran yang lebih getir untuk mengekalkan harga rendah disebabkan kenaikan harga global yang berpunca daripada ekonomi China yang dinamik ketika itu.

Lim Sian See

Polis Malaysia Menyoal Siasat Justo Di Penjara



Polis Malaysia telah menyoal siasat Xavier Justo di sebuah penjara di Bangkok semalam berkenaan skandal yang melibatkan firma pelaburan milik kerajaan Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia, Datuk Amar Singh, diiringi oleh dua rakan sepasukan dari Malaysia, bertemu dengan Justo di Penjara Reman Bangkok seperti yang telah diatur sebelum itu. Polis Thailand turut berada di situ untuk menyambut mereka.

Justo merupakan bekas eksekutif PetroSaudi International yang telah mendedahkan maklumat sulit syarikat tersebut kepada media berkenaan dakwaan rasuah dalam firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PetroSaudi terlibat dalam kegagalan usahasama dengan 1MDB pada tahun 2009. Pihak media telah melaporkan tentang dakwaan penyalahgunaan dana di 1MDB, di mana Perdana Menteri Najib Razak yang mengetuai Lembaga Penasihat.

Justo, 49 telah ditahan di Koh Samui pada 22 Jun yang lalu. Beliau menghadapi hukuman penjara selama tiga tahun di Bangkok kerana memeras ugut.

Pihak polis Malaysia mahu menyoal siasat beliau disebabkan kes yang diterima terhadap pihak media.

Wednesday 16 December 2015

Tun Mahathir Takut Dengan Bayang-bayang Sendiri


Setelah 5 hari berdiam diri, Chedet akhirnya menulis berkenaan krtikannya terhadap ucapan Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib. (lihat sini: http://chedet.cc/?p=1941 )

Tiada apa yang baru berkenaan post tersebut, hanya dikitar semula dengan dakwaan-dakwaan berkenaan RM2.6 bilion dan billion ringgit yang hilang dari 1MDB. Agak luar biasa untuk Tun M beralih daripada RM42 bilion lesap kepada RM27 bilion, dan kemudian berbilion-bilion lagi dikatakan hilang.

Berbanding dengan post beliau sebelum ini, post ini agak lebih mengecewakan – sehingga ke tahap menganalisa terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan ‘Tolong’ dan apa yang beliau percaya dengan maksud perkataan tersebut.

Tun M juga mengadu mengapa TPM Zahid mengarahkan hanya beliau yang perlu disoal dan tidak menyoal penyokong BERSIH yang lain dan penyokong bola sepak yang juga mahu Najib meletakkan jawatan sebagai PM.

Di sinilah bermulanya kekeliruan.

Tun M sendiri sudah jelas kerana telah diberitahu beberapa kali bahawa beliau telah disoal oleh pihak polis disebabkan apa yang telah beliau katakan dalam kenyataanya di BERSIH, di mana beliau telah mendakwa semua Ketua Cawangan UMNO telah mengambil rasuah. (Baca selanjutnya: http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysian-police-to/2094204.html )

Beliau tidak disoal oleh PDRM kerana beliau mahu Najib letak jawatan.
Mengapa Tun M tidak faham jawapan mudah ini?

Malah, apabila disoal oleh polis berkenaan dakwaannya tentang ketua cawangan UMNO mengambil rasuah, Tun M enggan menjawab soalan-soalan pihak polis!!

Dan kemudian apabila ditanya mengapa beliau tidak mahu membuat laporan polis apabila mengatakan berbilion-bilion telah hilang daripada 1MDB dan pergi kepada Najib, Tun M mengatakan beliau tidak mempunyai bukti.

Sungguh menarik orang yang bernama Tun Mahathir ini.

Walaubagaimanapun, dalam post di blognya, beliau turut mengesahkan bahawa presiden-presiden UMNO telah menerima derma sejak dahulu lagi tetapi beliau mengatakan bahawa derma-derma tersebut diletakkan di bawah Tabung UMNO.

Tetapi, ia pasti menarik untuk melihat sekiranya RealMild (yang memiliki MRCB, NST dan TV3) yang mempunyai saham bernilai billion dipegang oleh proksi atas namanya sendiri dan saham UEM-Renong ketika itu diletakkan di bawah Tabung UMNO dan sama ada Tun M telah mendedahkan asset-aset tersebut dalam buku UMNO atau mengumumkannya kepada Majlis Tertinggi UMNO pada waktu itu tentang nilai saham-saham tersebut yang sebenarnya.


Saya pasti terdapat peruntukan dalam ROS dan Perlembagaan UMNO yang membenarkan tindakan seperti itu di bawah undang-undang atau Mahathir boleh dimasukkan ke dalam penjara ketika itu.

Walaubagaimanapun, rancangan rasionalisasi 1MDB telah berjalan malah Bloomberg dan pasaran kewangan merasakan bahawa kemelut 1MDB telah diselesaikan. (Baca selanjutnya: http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-12-10/1mdb-fix-leaves-oil-as-malaysia-debt-risk-with-najib-digging-in )

Risiko mungkir kredit dan kadar bon Malaysia juga telah dinormalkan memandangkan pasaran kewangan akhirnya menyedari bahawa 1MDB hanyalah gangguan politik dan telah diyakini bahawa telah diselesaikan.

Tambahan pula, siasatan PAC terhadap 1MDB telah berjalan dengan pantas. Arul Kanda, Sharol Halmi, Jho Low, Suboh, Nik Faizal, dan beberpa orang lagi – malah Najib juga telah disoal siasat oleh pihak berkuasa.

BNM telah menyiasat dan tidak menjumpai sebarang bukti pengubahan wang haram, kecuali BNM tidak mendapat maklumat penuh dalam borang yang diisi oleh 1MDB ketika pemindahan tertentu dalam masa enam tahun lalu.

Ketua Audit telah hampir tamat dengan audit khas ke atas 1MDB dan sepatutnya menghantar laporan akhir ke PAC dalam masa terdekat.

SPRM juga telah menyiasat dan komited untuk menghantar laporan dalam masa dua minggu sebelum akhir tahun.

Oleh itu, sekiranya terdapat undang-undang yang telah dilanggar dan billion ringgit telah hilang daripada 1MDB, saya pasti semua itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini telah menunjukkan sokongan yang hebat terhadap Najib, manakala “undi tidak percaya” baru-baru ini oleh proksi yang mengundi untuk menolak Bajet 2016 dalam Parlimen Malaysia telah gagal buat Pakatan, di mana hanya 20 Ahli Parlimen daripada 87 yang hadir untuk mengundi – menyebabkan malu besar buat Pakatan.

Malah Pakatan telah berputus asa untuk menjatuhkan Najib melalui undi di Parlimen. Tetapi Tun Mahathir, beliau masih gagah.

Ini adalah kerana beliau mahukan seorang PM yang patuh dan akan mendengar arahan ‘Council of Elders’ – kemungkinan dipengerusikan oleh beliau.

Dalam banyak negara di dunia, hanya Iran yang mempunyai ‘Council of Elders’ untuk menasihati Presiden mereka – dan saya tidak pasti sama ada saya mahu Malaysia diperintah seperti Iran kerana sistem Iran turut mempunyai ‘Grand Ayatollah’.

Soalan saya yang seterusnya:
Siapakah calon sesuai yang akan menjadi Ayatollah untuk Malaysia, sekiranya kita perlu mengikut sistem Iran?

Oleh Lim Sian See