Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Thursday 31 December 2015

Zulkifli Bunuh Perompak : Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni?



Perkongsian ini adalah hasil nukilan En Mufarwa Farid melalui laman Facebook beliau


"Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!"

1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.

Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.

2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?

Ya. Kau akan didakwa.

Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia.

3) Jadi, masa kau sedang dibicarakan, kau akan berhujah bahawa tindakan kau membunuh pencuri tu sebab kau nak pertahankan diri. Kau cakap kau pertahankan diri, sebab kau nak yakinkan bahawa, yang kau tak bersalah bunuh pencuri tu.

Tapi...

4) Mahkamah akan persoalkan, adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?

Mahkamah akan persoalkan juga, sebab apa kau tikam? Kenapa tak pengsankan? Kenapa tak tikam bahagian kaki je supaya dia tak lari?

Kemudian dipersoalkan pula adakah kau bunuh dia dengan niat yang baik? Kalau memang sebab dendam, atau kau baru tahu yang dia bekas pakwe crush kau, memang mahkamah tak layan.

Ok, tu satu hal..

5) Lagi satu hal, adakah tindakan kau tu adil?

Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau pencuri masuk ke rumah kau tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi kau, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah kau semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi kau pulak bunuh dia.

Kalau pencuri tu mati, kau kena berusaha untok buktikan tindakan kau bunuh pencuri tu semata-mata nak pertahankan diri sahaja. Kau kena berusaha buktikan kalau kau bunuh sebab nak pertahankan diri dan harta kau.

Kalau kau dapat buktikan yang kau membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untok kau didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.

Jadi pointnya adalah kau tetap akan dihukum tapi bukan dihukum gantung.

6) Kalau kau bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan kau hadapi.

i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan kau tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru kau akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.

ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, kau akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untok pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.

7) Yang penting, kalau kau dah bunuh orang, kau wajib dihukum. WAJIB. Kau ikutlah hukum apa pun, malah hukum Islam pun, kalau kau ambil nyawa orang, kau akan dihukum.

Tapi hukuman tu berbeza-beza, macam yang aku senaraikan tadi.

8) Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan. Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga kau dan kau YAKIN dia memang akan bunuh mereka, kau tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family kau.

Yang ni, mahkamah akan pertimbangkan, untok lepaskan kau. Tapi ingat, kau kena buktikan yang perompak tu betul-betul ancam nyawa kau. Kalau tak terbukti, susah la kau.

Tu sebab kena pilih Lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan benda-benda ni.

9) Kalau pencuri masuk, lepas tu kau pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman kau. Boleh tak?

Boleh. Memang boleh.

Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara mahkamah.

Dan kau akan berhujah bahawa tindakan kau pukul pencuri sebab nak pertahankan diri.

Sekali lagi, mahkamah akan tengok sama ada tindakan kau pukul dia ni setara atau tidak?

Adil atau tidak?

Kalau pencuri tu dah lari, tapi kau kejar jugak dan langgar pakai kereta sampai lumpuh satu badan pencuri tu, benda ni tak setara. Jadi, senanglah pencuri tu ada sebab nak saman kau.

Tapi..

10) Kalau betul tindakan kau tu setara dan adil, contohnya kalau kau tak pukul pencuri tu, pencuri tu akan bunuh kau, mahkamah akan lepaskan kau dan pencuri tu tak boleh saman.

Tapi ingat, tindakan kau tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.

11) "Undang-Undang sekular ni tak adil! Kalaulah hudud dijalankan, mesti tak jadi camni!"

Rileks beb.

Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni.

Sebab apa?

Kau kena faham, Hudud ni cover 8 jenayah je.

Bab bunuh-bunuh ni, semua under hukum Qisas.

Haaa.. Tengok tu, nak condemn undang-undang tapi sendiri tak faham undang-undang.

12) Dalam hukum Qisas pun, kau bunuh orang, akan dihukum. Kalau pun hukum Islam dilaksana kan, tetap juga cara mahkamah tengok kes kau, sama macam hukuman sivil.

Mahkamah hukum Islam ini akan persoalkan sama ada adil atau tidak tindakan kau bunuh pencuri yang masuk rumah kau. Kalau tak adil dan tak setara, kau akan dihukum.

Ingat, apa-apa hukuman kat dunia ni, once kau dah ambil nyawa orang, kau wajib dihukum cuma berbeza-beza hukumannya ikut niat kau.

13) Sama macam hukum Islam, tetap juga akan mahkamah tengok tindakan dan niat kau. Hukumannya mungkin berbeza dengan hukum Sivil, tapi cara nak cari salah tu sama.

14) "Dah tu, pencuri masuk, kena bentang karpet merah semualah? Kena sambut dan bagi minum-minumlah kan? Macam tu?"

Bukan bang.

Kalau pencuri masuk, kau boleh je buat sesuatu untok hentikan pencuru tu. Kalau berani, lawan. Kalau tak berani, menyorok.

Kalau lawan, jangan melebih-lebih sangat lawan dan pastikan setimpal. Sebab yang nak menjawabnya kat mahkamah nanti tu kau. Asalkan pencuri tu tak boleh lari, sama ada kau ikat kaki atau pengsankan, itu dah cukup baik. Jangan belasah macam nak gila sampai mampos pencuri tu. Nanti kau yang susah.

15) Kenapa hukumannya jadi macam ni?

Sebab:

i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.

ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya lah kan, kau benci dengan member kau. Satu hari dia datang rumah, lepas tu kau bunuh dia. Then kat mahkamah, kau cakap yang kau bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.

Camtu senang la bang oi. Jadi, mahkamah perlu make sure yang kau betul-betul takdak mens rea (niat jahat buat jenayah).

16) "Eleh...Tapi camne nak cerita yang pemimpin curi duit rakyat tak kena hukum dan ahli politik buat jenayah terlepas? Tapi rakyat biasa buat, kena hukum pulak! Haaa? Adil sangat ke?"

Serius, bang. Part ni bukan bidang kuasa aku. Tapi Islam kata dah, Hakim yang tak adil ni confirm jadi ahli neraka.

Kalaupun ada keputusan mahkamah yang tak adil, aku sendiri pun marah. Tapi kita pun tak tahu kalau sebenarnya kes tu kekurangan bukti atau ada sebab yg meragukan sehingga menyebabkan hakim jatuhkan hukuman sebegitu rupa. Tapi kalau memang betul tak adil, maka masuklah hakim tu ke dalam neraka.


17) Harapnya kau sebarkanlah benda ni. Sebab ramai antara kita yang tak faham, dan kalau tak faham, banyak fitnah berleluasa terutamanya daripada kita sendiri.

Sumber

Saturday 19 December 2015

Surat Terbuka Untuk Tun M Dari Pekerja Proton



YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,

Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.

YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.

Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.

Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.

Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!

Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.

Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.

Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.

Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.

Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.

Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.

Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.

Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!

Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.

Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.

Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!

Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

Thursday 17 December 2015

Mahathir Tidak Membelanjakan Banyak Untuk Subsidi


Bertentangan dengan apa yang sering dipercayai, Mahathir tidak membelanjakan banyak untuk subsidi kerana harga global beras, makanan, minyak dan lain-lain tidak meningkat naik sehinggalah awal tahun 2000 - seiring dengan kemunculan ekonomi China yang tumbuh dengan pesatnya.  

Malah pada tahun 1990an dan awal 2000, kebanyakan daripada kita masih lagi memandang rendah terhadap China ketika itu.

Kerajaan Pak Lah dan Najib menghadapi cabaran yang lebih getir untuk mengekalkan harga rendah disebabkan kenaikan harga global yang berpunca daripada ekonomi China yang dinamik ketika itu.

Lim Sian See

Polis Malaysia Menyoal Siasat Justo Di Penjara



Polis Malaysia telah menyoal siasat Xavier Justo di sebuah penjara di Bangkok semalam berkenaan skandal yang melibatkan firma pelaburan milik kerajaan Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Malaysia, Datuk Amar Singh, diiringi oleh dua rakan sepasukan dari Malaysia, bertemu dengan Justo di Penjara Reman Bangkok seperti yang telah diatur sebelum itu. Polis Thailand turut berada di situ untuk menyambut mereka.

Justo merupakan bekas eksekutif PetroSaudi International yang telah mendedahkan maklumat sulit syarikat tersebut kepada media berkenaan dakwaan rasuah dalam firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PetroSaudi terlibat dalam kegagalan usahasama dengan 1MDB pada tahun 2009. Pihak media telah melaporkan tentang dakwaan penyalahgunaan dana di 1MDB, di mana Perdana Menteri Najib Razak yang mengetuai Lembaga Penasihat.

Justo, 49 telah ditahan di Koh Samui pada 22 Jun yang lalu. Beliau menghadapi hukuman penjara selama tiga tahun di Bangkok kerana memeras ugut.

Pihak polis Malaysia mahu menyoal siasat beliau disebabkan kes yang diterima terhadap pihak media.

Wednesday 16 December 2015

Tun Mahathir Takut Dengan Bayang-bayang Sendiri


Setelah 5 hari berdiam diri, Chedet akhirnya menulis berkenaan krtikannya terhadap ucapan Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib. (lihat sini: http://chedet.cc/?p=1941 )

Tiada apa yang baru berkenaan post tersebut, hanya dikitar semula dengan dakwaan-dakwaan berkenaan RM2.6 bilion dan billion ringgit yang hilang dari 1MDB. Agak luar biasa untuk Tun M beralih daripada RM42 bilion lesap kepada RM27 bilion, dan kemudian berbilion-bilion lagi dikatakan hilang.

Berbanding dengan post beliau sebelum ini, post ini agak lebih mengecewakan – sehingga ke tahap menganalisa terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan ‘Tolong’ dan apa yang beliau percaya dengan maksud perkataan tersebut.

Tun M juga mengadu mengapa TPM Zahid mengarahkan hanya beliau yang perlu disoal dan tidak menyoal penyokong BERSIH yang lain dan penyokong bola sepak yang juga mahu Najib meletakkan jawatan sebagai PM.

Di sinilah bermulanya kekeliruan.

Tun M sendiri sudah jelas kerana telah diberitahu beberapa kali bahawa beliau telah disoal oleh pihak polis disebabkan apa yang telah beliau katakan dalam kenyataanya di BERSIH, di mana beliau telah mendakwa semua Ketua Cawangan UMNO telah mengambil rasuah. (Baca selanjutnya: http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysian-police-to/2094204.html )

Beliau tidak disoal oleh PDRM kerana beliau mahu Najib letak jawatan.
Mengapa Tun M tidak faham jawapan mudah ini?

Malah, apabila disoal oleh polis berkenaan dakwaannya tentang ketua cawangan UMNO mengambil rasuah, Tun M enggan menjawab soalan-soalan pihak polis!!

Dan kemudian apabila ditanya mengapa beliau tidak mahu membuat laporan polis apabila mengatakan berbilion-bilion telah hilang daripada 1MDB dan pergi kepada Najib, Tun M mengatakan beliau tidak mempunyai bukti.

Sungguh menarik orang yang bernama Tun Mahathir ini.

Walaubagaimanapun, dalam post di blognya, beliau turut mengesahkan bahawa presiden-presiden UMNO telah menerima derma sejak dahulu lagi tetapi beliau mengatakan bahawa derma-derma tersebut diletakkan di bawah Tabung UMNO.

Tetapi, ia pasti menarik untuk melihat sekiranya RealMild (yang memiliki MRCB, NST dan TV3) yang mempunyai saham bernilai billion dipegang oleh proksi atas namanya sendiri dan saham UEM-Renong ketika itu diletakkan di bawah Tabung UMNO dan sama ada Tun M telah mendedahkan asset-aset tersebut dalam buku UMNO atau mengumumkannya kepada Majlis Tertinggi UMNO pada waktu itu tentang nilai saham-saham tersebut yang sebenarnya.


Saya pasti terdapat peruntukan dalam ROS dan Perlembagaan UMNO yang membenarkan tindakan seperti itu di bawah undang-undang atau Mahathir boleh dimasukkan ke dalam penjara ketika itu.

Walaubagaimanapun, rancangan rasionalisasi 1MDB telah berjalan malah Bloomberg dan pasaran kewangan merasakan bahawa kemelut 1MDB telah diselesaikan. (Baca selanjutnya: http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-12-10/1mdb-fix-leaves-oil-as-malaysia-debt-risk-with-najib-digging-in )

Risiko mungkir kredit dan kadar bon Malaysia juga telah dinormalkan memandangkan pasaran kewangan akhirnya menyedari bahawa 1MDB hanyalah gangguan politik dan telah diyakini bahawa telah diselesaikan.

Tambahan pula, siasatan PAC terhadap 1MDB telah berjalan dengan pantas. Arul Kanda, Sharol Halmi, Jho Low, Suboh, Nik Faizal, dan beberpa orang lagi – malah Najib juga telah disoal siasat oleh pihak berkuasa.

BNM telah menyiasat dan tidak menjumpai sebarang bukti pengubahan wang haram, kecuali BNM tidak mendapat maklumat penuh dalam borang yang diisi oleh 1MDB ketika pemindahan tertentu dalam masa enam tahun lalu.

Ketua Audit telah hampir tamat dengan audit khas ke atas 1MDB dan sepatutnya menghantar laporan akhir ke PAC dalam masa terdekat.

SPRM juga telah menyiasat dan komited untuk menghantar laporan dalam masa dua minggu sebelum akhir tahun.

Oleh itu, sekiranya terdapat undang-undang yang telah dilanggar dan billion ringgit telah hilang daripada 1MDB, saya pasti semua itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini telah menunjukkan sokongan yang hebat terhadap Najib, manakala “undi tidak percaya” baru-baru ini oleh proksi yang mengundi untuk menolak Bajet 2016 dalam Parlimen Malaysia telah gagal buat Pakatan, di mana hanya 20 Ahli Parlimen daripada 87 yang hadir untuk mengundi – menyebabkan malu besar buat Pakatan.

Malah Pakatan telah berputus asa untuk menjatuhkan Najib melalui undi di Parlimen. Tetapi Tun Mahathir, beliau masih gagah.

Ini adalah kerana beliau mahukan seorang PM yang patuh dan akan mendengar arahan ‘Council of Elders’ – kemungkinan dipengerusikan oleh beliau.

Dalam banyak negara di dunia, hanya Iran yang mempunyai ‘Council of Elders’ untuk menasihati Presiden mereka – dan saya tidak pasti sama ada saya mahu Malaysia diperintah seperti Iran kerana sistem Iran turut mempunyai ‘Grand Ayatollah’.

Soalan saya yang seterusnya:
Siapakah calon sesuai yang akan menjadi Ayatollah untuk Malaysia, sekiranya kita perlu mengikut sistem Iran?

Oleh Lim Sian See

Monday 19 October 2015

Pasangan Kekasih Seronok Lakukan Aksi Ranjang, Tidak Kisah Dirakam



Sepasang pasangan kekasih yang sedang hangat melakukan aksi tidak senonoh di sebuah pusat beli-belah di sini dilihat terlalu khusyuk sehingga tidak kisah aksi mereka sedang dirakam.

Rakaman yang dibuat oleh seorang warga Singapura, Y0ng Cheing Lee yang ketika itu sedang berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan sebelum dia merakam aksi pasangan tersebut seterusnya memuat naik video berkenaan di laman facebook.

Menurut Y0ng, pasangan itu dilihat bercumbu-cumbuan secara terbuka tanpa segan silu sungguh pun aksi mereka itu diperhatikan oleh pengunjung lain.

Bukan itu saja, pasangan itu juga turut ‘beraksi’ di sebuah kerusi urut meskipun ada sesetengah pengunjung yang menjerit pada mereka ‘Menjijikkan!’. Namun kedua-duanya tidak mengendahkan jeritan itu.

Saturday 17 October 2015

Politics Of Hope: Modal Pakatan Harapan Untuk Terus Menipu Rakyat



“Politics of Hope”, itulah “grand strategy” pakatan pembangkang yang telah lama digunakan untuk sebagai dasar dalam mempengaruhi minda rakyat.

Intipati ini adalah resepi utama dalam penciptaan slogan-slogan mereka.

“Malaysia Baru”, “Harapan Baru”, “Gerakan Harapan Baru”, dan yang terbaru, Pakatan Harapan menunjukkan bahawa mereka masih bersandar kepada “politics of hope” untuk terus kekal di dalam peta politik negara.

Ia juga bersifat “rebranding”, dengan menyegarkan kembali imej politik mereka. Secara simbolik, mereka cuba menyatakan bahawa yang lama, atau yang sedia ada sudah tidak relevan untuk terus kekal. Dengan lagak kononnya “hero rakyat”, mereka tampil memberi harapan.

Slogan ini cukup serasi dengan cara pembangkang berpolitik, iaitu segalanya salah kerajaan, dan rakyat dimomokkan dengan ketakutan yang tidak berasas, seperti kononnya negara bakal bankrap esok. Waima jika anak mereka cirit birit pun, ianya adalah salah kerajaan. “Bangkang dari longkang”, itulah antara ungkapan yang kita pernah dengar.

Oleh yang demikian, rakyat harus sedar bahawa ia menjelaskan, mengapa seringkali pembangkang memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia, di samping cuba memberi gambaran yang negatif ke atas apa jua yang kerajaan usahakan. Ia bukanlah bersifat kebetulan, tetapi ia adalah kebathilan tersusun yang merangkumi segala aspek kehidupan.

Jangan terkejut kalau kita mendapati pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling tidak menguntungkan rakyat. Apatah lagi, jaguh-jaguh politik mereka sering berpaut kepada isu-isu separuh masak, kalau pun tidak isu-isu yang kemudiannya dilabel “sekadar gurau”. Isu yang berstatus fitnah dan persepsi pula, tidak terhitung lagi.

“Politics of Hope”, garapan pembangkang seolah-olah membenarkan dusta nista atas alasan manifesto bukan janji. Maka, kita lihat banyak janji-janji yang tidak ditunaikan di negeri-negeri yang mereka tadbir dengan pelbagai alasan. Harapan itu sekadar ingin menang pilihanraya semata, tidak lebih dari itu.

Harapan palsu.

Demi undi, bukan demi rakyat. Gagalnya demi rakyat, mereka ubah pula menjadi Pakatan Harapan. Segalanya berubah, yang kekal hanyalah meneruskan cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Saman WSJ: Anwar Dakwa ‘Difitnah’ 2013 Pun Baru Saman Sekarang!!


LAMAN-LAMAN facebook pembangkang seperti Suara Rakyat, SSTDM dan KCD, sibuk mengira hari bila Datuk Seri Najib nak menyaman Wall Street Journal (WSJ) kerana fitnah sumbangan politik RM 2.6 billion yang diterima beliau pada 2013, adalah dari duit 1MDB.

Tujuannya nak mengatakan Najib ini penakutlah dan orang yang salah kerana masih tak saman WSJ.

Spesis-spesis pemakan bangkai dan penghirup angin (Mahathir kedekut) ini fikir, mudah betul nak saman agensi berita antarabangsa berpengkalan di luar negara yang tidak ada pejabat pun di negara ini, paling hampir di Singapura. Banyaklah pertimbangan undang-undang antarabangsa yang nak difikirkan sebelum tindakan saman boleh bermula.

Alangkah nak saman orang dan syarikat dalam negara ini pun ambik masa bertahun untuk dimulakan. Antara contoh paling klasik ialah ugutan Tony Pua untuk menyaman Lester Melanyi – bekas editor Sarawak Report yang mendedahkan kaitannya dengan Claire Brown, dah berbulan dari ugutan dibuat, samannya tak juga lagi.

Paling baru ialah bila Anwar hanya memulakan prosiding saman ke atas bekas calon BN untuk PRU13 di Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail, TV3 dan Utusan kerana menuduhnya rasuah pada tahun 2013, 2 hari lepas!!

Tahun 2013 kena tuduh rasuah, tahun 2015 baru nak saman? Dalam tempoh tu banyak dah berubah, Anwar pun kena singkir dari jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan satu pilihanraya kecil pun dah diadakan, baru Anwar nak saman?

Bebal-bebal semua tu taknak kira hari ke dan persoal pemimpin agung kau orang ni kenapa lepas 2 tahun baru Anwar saman? Baru jumpa peguam ke, baru tahu kena fitnah ke apa ke? Tak logik semua alasan tu sebab Anwar bukan biasa-biasa dalam hal saman ni, dia King of Saman.

Ironinya, sekutu baru Anwar, Mahathir, Penakut of Saman, jangan kata saman, nak buat laporan polis pun tak berani!!

Kalau isunya itu hak Anwar nak saman bila-bila masa dia suka, apa beza dengan Najib? Hak beliaulah nak saman bila, tergesa-gesa saman dan kalah kang, buat cerita lain pulak. Yang terjejas maruah dan kredebiliti dek laporan palsu WSJ ni Najib, bukan orang lain,

Jika Najib ambil masa yang panjang untuk saman WSJ pun itu wajar sebab alasan-alasan yang diberikan di atas, alangkah Anwar yang nak saman individu dan organisasi dalam Malaysia pun ambil masa bertahun, apa lagi Najib!!

Polis Dedah Kisah Sebenar Tragedi Murid Orang Asli Hilang


Polis Kelantan memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.

Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.

“Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi,” katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, Khamis.

Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.

“Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Beliau berkata rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.

Katanya pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

“Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan,” katanya.

Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman-laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.

“Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka,” katanya.

Mazlan berkata lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Okt lepas.

Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.

Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti.

Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

-MS.

Friday 16 October 2015

Video : RoBoHoN – Robot Ganti Telefon Pintar


Syarikat gajet dari Jepun, Sharp kini mengeluarkan telefon pintar yang turut berfungsi sebagai robot yang dikenali sebagai RoBoHoN.

Menurut laporan daripada portal berita Gadget 360, menerusi penghasilan peranti berkenaan, ia sekali gus telah menambahkan ciri-ciri unik yang telah dilengkapi bersama telefon pintar atau robot itu.

Jelasnya, RoBoHoN didatangkan bersama fungsi kamera, projektor, mikrofon dan skrin paparan LCD yang berada di belakang robot tersebut. Selain itu, ia juga diperkemaskan bersama sistem pengecaman wajah dan suara serta mempunyai pelbagai fungsi yang lain.



“Selain fungsi-fungsi seperti kamera dan fizikal, RoBoHoN juga masih mempunyai fungsi asas untuk membuat panggilan dan apabila pengguna mendapat panggilan luar, ia akan mengeluarkan bunyi seolah-olah ia bercakap,” katanya.

Tambahnya, untuk menjawab panggilan, RoBoHoN akan menjadi lebih fleksibel agar ia mudah dan selesa untuk dipegang sepanjang panggilan berlangsung.

Jelasnya, robot berkenaan juga faham akan arahan suara dan pengguna boleh mengarahkan RoBoHoN untuk menelefon penerima mengikut arahan yang diberikan.



RoBoHoN menggunakan sistem Android versi Lollipop serta menyokong teknologi 3G dan 4G LTE bagi pilihan sambungan internet.



Antara kelebihan RoBoHoN lain yang menarik, ia juga mampu untuk berjalan, menari dan duduk serta berkeupayaan untuk mengambil gambar pemiliknya menerusi pilihan paparan skrin LCD.
Sharp menjelaskan syarikat terbabit akan melancarkan RoBoHoN itu pada tahun hadapan dan akan berkongsi lebih banyak maklumat lagi berkaitan gajet itu pada bulan yang akan datang.

– See more at: Utusan

SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu Babitkan Apandi - Zeti



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan palsu membabitkan Ketua Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan dimuat naik dalam sebuah portal berita tempatan.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin menegaskan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Zulkarnain, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jangan sesekali menyebarkan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya. Ini kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

“SKMM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial,” katanya dalam catatan di laman Facebook SKMM tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan khusus.

Sambil berkata mereka perlu terlebih dahulu menyemak berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul, beliau menegaskan bahawa SKMM memandang serius penyebaran berita palsu di media sosial.

— BERNAMA

Beranikah Saifuddin Dedahkan DEIG Azmin Demi Rakyat Selangor?


Kalau dalam UMNO Saifuddin mahu nampak macam intelek konon konon nya lah.

Masa dalam parti sendiri pun boleh tidak setia apa kah dalam parti baru dia akan setia?

Namun setia atau tidak itu hal peribadi Saifuddin sendiri untuk di selesaikan.

Apa yang kita ingin tahu , sama ada Saifudin akan jadi lebih berani atau lebih terbuka apabila menganuti parti baru?

Mahu kah dia lantang menegur itu dan in dalam PKR seperti mana dia mahu persoal pelbagai hal dalam UMNO?

Sama ada dia akan jadi lebih Islamik atau tidak , pun ada lah hak dia sendiri.

PKR ada lah pendokong COMANGO secara tidak lansung , sebab menyokong NGO dan pertubuhan yang membawa usul kahwin sejenis kepada persada bangsa bangsa bersatu.

Tapi paling yang ingin rakyat ketahui ada lah berkenaan wang negeri Selangor DEIG yang menjadi terpedam akibat mainan politik Tun Mahathir dan pembangkang terhadap 1MDB sehingga lah jumlah wang besar dan lebih meragukan hampir di lupa kan.

Maka kami sangat berharap Saifuddin akan lantang persoal kan nya, sebagai bukti Saifuddin selama ini memang benar pejuang kebenaran dan bukan penjual goreng pisang pasar malam.

Jangan lah sampai Saifuddin terlihat sebagai melompat kerana masa depan dalam UMNO sudah kabur dan masuk PKR agar dapat kedudukan baru menjadi jelas kepada rakyat.

Hidup Saifuddin, anda di perhatikan. Selamat masuk PKR walau pun sangat lama tertangguh, tahniah tetap di ucap kan.

Mahathir Guna ISA Tanpa Bicara, Najib Serah Kepada Mahkamah


Apabila Tun M bersama TS Muhyiddin, Ku Li, Shafie Afdal dll mengadakan PC, isu yg digunakan ialah menentang penggunaan SOSMA terhadap Khairuddin dan Matthias Cheng. SOSMA dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyatukan Geng 6 sebagai komplot terbuka dan meraih simpati rakyat supaya terus berusaha menggulingkan DS Najib sebagai PM atas alasan menyalahgunakan kuasa kerajaan.

Ternyata mereka tersalah tembak burung. Peguam Negara menjelaskan kedua dua mereka itu bukan didakwa atas kesalahan SOSMA tetapi didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yg boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 15 tahun. Tuduhan terhadap mereka ialah cuba mensabotaj perbankan dan kewangan negara.

Peguam Negara menjelaskan walaupun Khairuddin dan Matthias bukan didakwa atas kesalahan SOSMA tetapi definisi " Kesalahan Keselamatan" jelas menunjukkan yg SOSMA tidak hanya terhad kepada keganasan atau pengganas. Apa pun Khairuddin dan Matthias sebenarnya telah didakwa dan akan dibicarakan. Mereka ada hak mempertahankan diri, mencari peguam dan membela diri. Ia bukan ISA di zaman Mahathir, di mana mereka akan ditahan tanpa bicara. Ini yang dilakukan oleh Tun M pada tahun 1987 di mana 107 orang ditahan di bawah Operasi Lalang. Bahkan di zaman Reformasi ramai yg ditahan tanpa bicara oleh Tun M dan antara yg menjadi mangsa ialah DS Zahid Hamidi dan DS Dr Zambry Kadir.

TS Muhyiddin memang patut rasa malu kerana semalam dia mengeluarkan kenyataan balas menjelaskan dia memang sokong SOSMA bila diluluskan di Parlimen tetapi menentang penggunaannya terhadap Khairuddin dan Matthias kerana mereka bukan pengganas. Sedangkan Khairuddin dan Matthias bukan didakwa di bawah SOSMA. Apakah TSMY menyokong membabi buta SOSMA sehingga tidak faham isi kandung Akta tersebut? Apakah itu juga sikap beliau akhir akhir ini iaitu menyokong membabi buta Tun M atas isu 1MDB dengan menggunakan fakta yg dipalsukan oleh Sarawak Report dan ASWJ seperti pengakuan oleh Justo? Sebenarnya keikhlasan dan kebenaran bukan lagi matlamat TSMY tetapi mencari peluang mengeksploitasi apa sahaja isu untuk menjadi Perdana Menteri kerana telah dijanjikan oleh Tun M.

Dan sepanjang dalam BN kenapa TSMY tidak membantah penggunaan ISA oleh Tun M kepada musuh musuh politiknya hatta di kalangan pemimpin UMNO sendiri? Kenapa dgn tiba tiba dia bersekongkol pula dgn Tun M membantah penahanan Khairuddin dan Matthias yg bukan didakwa pun di bawah SOSMA atau tahanan tanpa bicara? Lebih malang lagi Muhyiddin mengajak pula rakyat bangkit menentang PM kerana isu dua orang yg cukup jelas cuba mensabotaj ekonomi negara.

Kini dia bersekongkol dengan Tun M yang masih tidak boleh mengikis sifat diktatornya walaupun tidak lagi berkuasa. Tun M masih mahu berlagak diktator untuk menentukan siapa yg boleh jadi PM dan siapa yang boleh diturunkan sebagai PM. Dia berterus terang mahu Najib digulingkan dan berterus terang menyatakan Muhyiddin orang paling layak menjadi PM yang baru.

Apakah rakyat mesti membenarkan individu yang terbukti ada rekod buruk sebagai diktator merobek robek sebuah kerajaan yang lebih terbuka berbanding semasa pentabirannya dulu? Tun M banyak rekod menyalahgunakan ISA. Dialah pengamal KKN iaitu Kolusi Korupsi dan Kroni yg paling teruk. Dialah penyalah guna kuasa kerajaan sebenarnya. Itulah masalah Tun M kerana "Mahathir Susah Lupa".

Thursday 15 October 2015

Najib Tidak Ada Kaitan Dengan Kenaikan Tol?


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kaitan sama sekali dengan kenaikan tol yang akan berkuatkuasa pada Khamis nanti, itu adalah butiran dalam perjanjian yang perlu dipatuhi kerajaan dan ia sudah wujud sejak sekian lama.

Lebuhraya yang naik kadar tolnya Khamis nanti, semuanya ditandatangani dan dimulakan pada era Mahathir atau Paklah jadi Perdana Menteri, Najib langsung tak terbabit.

Peranan Najib kalau ada pun ialah meluluskan pampasan kepada syarikat pemegang konsesi sekiranya tol yang sepatutnya naik, tidak dinaikkan, itu sahaja.

Dalam hal ini, Najib tidak meneruskan pampasan kepada pemegang konsesi kerana ia hanya menguntungkan rakyat yang duduk di sekitar Lembah Klang, walhal cukai yang dikutip datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Kalau ada yang nak disalahkan, orang itu adalah Mahathir. Paklah, sekalipun dizamannya memerintah 4 konsesi tol baru bermula, tapi rundingan mengenainya diyakini telah bermula lama sebelum beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003

Mahathir patut bagi penjelasan kenapa perjanjian konsesi itu begitu sekali rupanya. Kenapa ia perlu dinaikkan 3 tahun sekali dan kenapa kerajaan perlu bayar pampasan sekiranya keputusan dibuat untuk tidak menaikan tol.

Ini semua formula Mahathir, dia saja yang amalkan konsep konsesi seperti itu.

Guru Paling Cantik Dan Seksi Di China?


Adakah ini guru yang tercantik di China? Wanita ini, Xu Dongxiang menjadi terkenal selepas gambarnya di sebuah gym tersebar, sekali gus menjadikan dia sebagai buruan dalam media sosial di negara itu.

Xu, 23, menjadi guru sementara di Politeknik Universiti Dalian dan turut menjadi model separuh masa.

Dia digelar sebagai `dewi’ kerana kecantikan dan keseksiannya. Xu kini mempunyai lebih 260,000 pengikut dalam Weibo, iaitu media sosial di China yang sama seperti Twitter.

Xu adalah graduan Universiti Nanjiang dan mengkhusus dalam bidang seni. Dia memulakan kerjaya sebagai guru di kolej berkenaan dengan mengajar Seni dan Kejuruteraan Maklumat, sebaik sehaja menamatkan pengajian.

Dengan wajah yang cantik dan badan yang menarik itu, sudah tentu dia menjadi tarikan di kolej berkenaan.

Muhyiddin Turut Meluluskan Undang-undang, Adakah Ianya Tidak Sah?


Apabila satu undang-undang yang telah diluluskan di Parlimen dipertikaikan, tentu selepas ini akan ada banyak undang-undang lain akan berdepan tindakan sama, dengan alasan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa ataupun bertentangan dengan hak asasi masyarakat.

Ia pasti akan membuka jalan kepada kes-kes lain melalui akta yang diluluskan di dalam Parlimen. Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila mereka yang menyokong akta tersebut turut mempertikaikan mengenainya.

Itu situasi yang berlaku ketika ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mempertikaikan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), sedangkan sebelum ini mereka yang menyokong kelulusan akta terbabit di Parlimen.

Akta tersebut juga sudah tentu dibincangkan di dalam Kabinet? Tidakkah kedua-duanya sepatutnya mengetahui lebih mendalam mengenai SOSMA?

Malah Muhyiddin merupakan Ketua Whip Barisan Nasional (BN) yang memastikan Ahli Parlimen BN mengundi menyokong SOSMA sebelum ini.

Apabila beliau berada di dalam kerajaan, Muhyiddin menyokong SOSMA namun kini selepas tiada lagi kuasa, beliau mula bersuara dengan alasan beliau menyokongnya adalah kerana SOSMA bertujuan menangani ancaman keganasan dan terrorisme.

Tetapi beliau mempertikaikan kenapa SOSMA digunakan untuk menahan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.



Khairuddin dan Matthias didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

Timbul persoalan kenapa ketika SOSMA dibahaskan di Parlimen, Muhyiddin dan Shafie tidak membantahnya? Adakah ia hanya dilakukan selepas mereka digugurkan dari Kabinet? Bagaimana jika mereka masih kekal dalam Kabinet ketika ini? Adakah mereka akan bersuara?

Hakikatnya kata Peguam Negara, Tan Sri Mohammed Apandi Ali, SOSMA bukan untuk pengganas sahaja seperti yang difahami ramai sebaliknya ia merupakan undang-undang yang menyediakan langkah khas untuk memudahkan siasatan dan penyiasatan kesalahan keselamatan.

Manakala seksyen 124L kanun keseksaan merupakan kesalahan di bawah bab VI kanun keseksaan dan merupakan salah satu daripada enam kesalahan baru yang diperkenalkan dalam bab VI kanun keseksaan pada 2012 melalui Akta Kanun Keseksaan (pindaan) 2012. Oleh itu, ia adalah satu kesalahan keselamatan yang terpakai dalam SOSMA.

Jika Muhyiddin membantah penahanan Khairuddin dan Matthias, beliau boleh menunggu sehingga perbicaraan kes itu diadakan, tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana seseorang itu ditahan tanpa menjalani perbicaraan.

ISA lebih kejam dari SOSMA tetapi Muhyiddin tidak membangkitkan mengenainya.

Sepatutnya mereka yang mempertikaikan penahanan Khairuddin dan Matthias ini memberikan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan negara tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Kita perlu meletakkan kepercayaan itu kepada mahkamah dan bagi pengkritik SOSMA, mereka hanya perlukan peguam yang `hebat’ untuk membantu Khairuddin dan Matthias.

Surat Buat Muhyiddin Untuk Pulihkan Ingatan...


Di Zaman Mahathir, Mereka Sudah Tentu Ditahan Dibawah ISA

Khairuddin Abu Hassan dan pengikut setia Tun M, Matthias Chang hari ini secara rasminya didakwa atas Seksyen 124K dan 124L pertuduhan dalam cubaan melakukan sabotaj terhadap ekonomi malaysia serta perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Perancis, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong dan Singapura, antara 28 jun dan 26 ogos tahun ini serta kemungkinan mempunyai bukti bergambar berkenaan kes ini.

Penahanan Khairuddin di bawah Sosma bukanlah kerana beliau lantang bersuara mengkritik 1MDB sebaliknya atas tindakannya membuat laporan polis di beberapa buah negara ini.

Fasal 3(b) akta Sosma juga memberi tafsiran berkenaan maksud perkataan ‘maklumat sensitif’ iaitu perkara yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam, dan hubungan antarabangsa sama ada atau tidak dikelaskan sebagai rahsia besar, rahsia, sulit atau terhad.

Jika kebenaran yang mereka mahukan, mereka sepatutnya membuat laporan polis di dalam negara, dan mungkin hanya satu atau dua di luar negara, bukannya dengan melaporkan sebanyak yang mungkin diluar negara dimana tindakan mereka itu membawa persepsi negatif untuk malaysia dan melemahkan ekonomi negara, mereka pula tidak ditahan serta merta dan PDRM hanya bertindak berikutan rancangan mereka untuk membuat laporan seterusnya di Amerika Syarikat.

Tindakan beliau membuat laporaan polis di luar negara bukan sahaja mengundang campur tangan pihak luar terhadap hal ehwal dalaman negara malah mampu memudaratkan kedaulatan negara sekaligus menjejaskan hubungan antarabangsa antara Malaysia dan negara-negara terbabit.

Sementara itu, dalam usaha akhir untuk menyelamatkan kedua-dua individu tersebut, Tun M mengadakan sidang media di Perdana Foundation untuk menyuarakan pendapat mengenai betapa kejamnya undang-undang SOSMA ini.

Jika Di Zaman Mahathir, Orang seperti ini sudah tentu akan di tahan di bawah ISA di atas pertuduhan Cubaan Melakukan Sabotaj Terhadap Perkidmatan Perbankan & Kewangan Negara..

Persoalan juga timbul mengapa Laporan polis oleh Khairuddin yang dibuat di Perancis, United Kingdom, Switzerland, Hong Kong dan Singapura tidak pernah dipamer atau ditunjukkan?

-Barisan Merdeka

Tuesday 13 October 2015

Fakta Isu Kenaikan Kadar Tol, Soalan dan Jawapan

SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI?

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.

SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN?

Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment). Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.

SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015?

Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.

SOALAN : APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN ?

Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, Kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan. Dalam hal ini, Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2015. Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut: penurapan semula 380km jalan-jalan sediada; pembinaan sebanyak 380 buah jejantas baru; pembinaan 19 jambatan baru; dan pembinaan 58 sekolah rendah yang baru. Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala Lumpur.

SOALAN : APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL?

Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.

SOALAN : APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN KESESAKAN JALANRAYA?

Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Ini kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti mana sekarang. Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk tol, kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government Trasnformation Programme : NKRA Urban Public Transport mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat. Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu: pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel); pembangunan hub pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); dan pembangunan sistem pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL. Usaha ini mampu mengurangkan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Pembinaan Bus Rapid Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan penduduk yang tinggi. Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang, USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan tersebut sedang meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke bandaraya Kuala Lumpur. Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna MRT. Oleh yang demikian, Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya.

SOALAN : APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA?

Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol. Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut: Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol Sejak 1993, Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di lapan (8) lokasi seperti berikut : 11 Januari 1993 - penutupan Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) 1 Mac 2004 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); 18 Mac 2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 31 Mac 2004); 14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE); 24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); 21 Disember 2009 - Penutupan awal Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29 Disember 2009); 16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac); dan 2 Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA). Pengurangan Kadar Tol Sehingga kini, pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di tiga lebuh raya, seperti berikut: 1 September 2007 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007; 18 Februari 2011 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun 2011; dan 15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013 hingga 2015. Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol Kerajaan juga pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD. Penstrukturan ini dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala, bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014. Lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut: Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); dan Jambatan Pulau Pinang. Manakala lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD yang terlibat adalah seperti berikut: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)

SOALAN : ADAKAH DENGAN KEPUTUSAN KENAIKAN KADAR TOL INI MENUNJUKKAN KERAJAAN TIDAK PRIHATIN DENGAN KOS SARA HIDUP RAKYAT YANG SEMAKIN TINGGI SEKARANG?

Tidak timbul isu Kerajaan membebankan rakyat kerana pada dasarnya Kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 14 September 2015 yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan akan menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia dan penyediaan sebanyak 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016 adalah antara bukti Kerajaan komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Monday 12 October 2015

Kenapa Tidak Panggil Bekas Tahanan ISA Untuk Hadir Ke Sidang Media Tun Mahathir?



Pepatah Orang putih ada berbunyi “What goes around comes around” atau lebih kurang maksud nya apa yang kita pernah buat kepada orang akan kembali terkena atau menghantui kita satu hari nanti.

Nampak nya pepatah ini amat sesuai dengan situasi sekarang terutama nya kepada Tun Mahathir dan pendokong nya.

Jika ramai dari rakyat Malaysia masih ingat , agak ramai juga orang orang yang di sumbat kedalam jel tanpa bicara oleh Tun Mahathir , terutama nya ahli politik.



Ops lalang mungkin boleh di jadi kan contoh. Namun yang sukar nya ada lah majoriti yang memuja Tun masih berhingus ketika Tun bermaharajalela mengamal kan nya.

Malah jika tidak silap Timbalan Perdana Menteri waktu ini ia itu Datuk Seri Zahid Hamidi juga pernah merasai nya di bawah pemerintahan Tun Mahathir.

Seorang pemimpin bertaraf ulama dari parti lawan berlogo Islam pernah berkata “dia akan di panjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang akan di buat nya”.

Nampak gaya , semakin jadi kenyataan kata kata ulama yang sudah meninggal dunia ini.

Pada PC yang di buat oleh Tun Mahathir sebentar tadi jelas dan nyata tumpuan nya ada lah mahu menunjuk kan kepada semua penyokong bahawa Tun Mahathir amat prihatin kepada sahabat dan penyokong nya yang di tahan oleh Polis di bawah akta SOSMA.

Dalam pada marah kepada Ds Najib membatalkan ISA , Tun Mahathir boleh pula membenci SOSMA.

Atau , Tun membuat pendirian kepada apa sahaja yang menguntungkan kehendak nya?

Sidang media tadi akan bertambah molek jika mereka mereka yang pernah di kena kan tahanan tanpa soal di bawah akta ISA di zaman Tun Mahathir turut hadhir.

Ini boleh memberi mileage kepada Tun betapa zalim nya akta seperti ISA dan sewaktu dengan nya seperti SOSMA.

Dan sambil itu mereka boleh masuk campur dalam sesi soal jawap kepada Tun Mahathir apa perasaan dia ketika memenjarakan rakyat di bawah akta ISA.

Ketika zaman orang tidak berani bersuara kerana ujud nya pemimpin seperti Tun Mahathir dengan mengamal kan akta ISA.

Gelaran “Mahazalim” dan “Mahafiraun” kepada Tun tidak datang dengan sendiri tentu ada sebab panggilan itu, cuma ketika Tun popular dengan gelaran itu pentaksub pemuja nya mungkin belum lahir lagi.

Amat menarik jika di fikirkan akan kehadiran mangsa ISA di zaman Tun di panggil sama kepada PC ini untuk sesi soal jawap, jika bukan mereka, mungkin isteri atau anak mereka boleh mewakili sebagai pengganti dalam sesi soal jawap berkenaan SOSMA dan ISA.

Mahathir Takut Khairuddin Dan Mathias Bocor Rahsia?



PC yang di buat oleh Tun M sebentar tadi menjurus serangan kepada SOSMA di mana TS Muhyiddin Yassin juga ada ketika meluluskan rang undang undang itu.

Tetapi harus di ketahui kisah di sebalik PC ini.

PC yang di sokong oleh UMNO Reject dan Leftover ada lah atas mahu menunjukan kepada yang menyokong Tun M baik di BNM, MACC dan mana mana jabatan dan agensi kerajaan , mereka akan di bela jika tertangkap.

Kerajaan Ds Najib di kata kan sedang memasang perangkap kerana mendapati ada pihak terlupa siapa majikan mereka lalu menyalurkan maklumat kepada orang luar dan mereka yang menyokong Protun.

Dalam PC sebentar tadi Tun M dan penyokong nya memberi ulasan berkenaan SOSMA walau pun hampir semua mereka hidup dalam era ISA di mana Tun M amat senang sekali mengguna kan nya atas pelbagai alasan untuk apa sahaja yang dia fikir patut.

Tapi , pada sidang akhbar nya tadi Tun membidas akta yang di guna kan kepada 2 kuncu nya , Tun lebih menumpukan kepada salah guna kuasa seolah olah mengetahui diri nya juga sepatut di seret sama .

Apa yang rakyat tidak tahu pada sebab nya PC ini di adakan ada lah ketakutan pihak Tun dan beberapa taikun pemberi dana kepada kepada gerakan anarki ini akan terdedah dan terbongkar oleh Mathias Chang dan Khairuddin.

Rakyat pasti akan tahu siapa mereka dan kenapa mereka beri dana tersebut.

Itu sebenar nya.

Maka soalan lama akan kembali menghantui di mana perilaku Tun ketika berkuasa akan terdedah kenapa taikun taikun ini memberi dana untuk gerakan Tun menjatuh kan Ds Najib.

Selain itu nama nama penjawat awam dan agensi kerajaan turut akan terdedah jika dalam siasatan Polis terhadap 2 talibarut ini membuka rahsia.

Umum juga mahu tahu siapa membayar hutang si muflis dan juga bayaran keluar negara menaiki jet untuk membuat kerja anarki.

Jadi itu lah sebenar nya berkenaan PC Tun Mahathir yang di iringi mereka yang sudah hampir pupus dan habis tempoh.

Video : Tuduh Najib Macam-Macam, Rupanya Tun M Tak Cukup Bukti


DIDESAK wartawan kenapa beliau sendiri tidak membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung segala dakwaan yang dibuatnya, Tun Mahathir hari ini secara terus terang menyatakan beliautidak cukup bukti untuk membolehkan laporan tersebut dibuat.

Ulang, tak cukup bukti. Tapi sekali pandang macam cakap orang bodoh, laporan polis tak perlu bukti lengkap sebab bukan polis terima buta buta saja laporan itu dan bawak ke Mahkamah, mesti ada siasatan susulan yang akan dibuat.


Pun begitu, yang pentingnya disini, tahu tak cukup bukti tapi nak Najib meletak jawatan (dihukum). Tahu tak cukup bukti tapi pergi merata tempat bercakap seolah-olah Najib dah didapati bersalah oleh Mahkamah, tapi rupanya dalam standard ‘Mahkamah Mahathir’ sendiri pun, Najib belum salah, bukti tak cukup.

(Sekarang fahamlah kenapa FBI tak boleh nak tangkap Najib, bukti tidak ada, kepala kepada semua konspirasi ini sendiri sahkan.)

Rakyat Malaysia rupanya ditipu hidup-hidup oleh Mahathir. Bukti dalam apa bentuk tuduhan dan dakwaan penting. Bukan sistem dunia ini saja, Islam juga menuntut bukti diberikan oleh yang menuduh.

Penulis bagaimanapun nak sebut, pengakuan ini menunjukkan bukan soal keadilan yang Mahathir cari, ini soal bagaimana Mahathir mahu cuci tangan dari ada sebarang kaitan dengan apa jua yang dituduhnya ke atas Najib.

Tak apalah kalau Khairudin Abu Hassan dan Matthias Chang berhadapan dengan tindakan dibawah SOSMA kerana cuba sabotaj negara dalam usaha menjenayahkan Najib, tak apalah kalau Liong Sik berhadapan risiko di saman Najib kerana buat kenyataan hampir sama seperti Mahathir. Tak apalah, itu semua mereka yang kena, bukan Mahathir.

Dia selamat dari segi undang-undang dimana juga dia berada kerana dari segi teknikalnya bukan dia yang buatKERJA tapi orang lain sekalipun kita tahulah bahawa dia dalang yang sebenar.

Ini bagaimanapun perlulah dianggap sebagai satu pendedahan paling memalukan yang cukup besar dibuat sendiri oleh Mahathir. Dia yang kepala pun tidak ada bukti rupanya, yang cukup bebal untuk percaya semua dakwaannya boleh berkira-kira masuk kepala dalam pasir bermula malam ini.

Nota kaki – khabarnya Tun M sedang sakit sekarang, sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh.

-Petikan MYKMU

Saturday 10 October 2015

Gambar-gambar Kemalangan Maut Kemalangan Maut Behrang Menghala Tg Malim Di Km 399 Arah Selatan


0630Hrs Kemalangan Maut Behrang Menghala Tg Malim Di Km 399 Arah Selatan Melibatkan Lori Kontena Tiong Nam Dari Arah Selatan Melintang Jalan Dan Melanggar Sign Board Mengakibatkan Signboard Tumbang Di Arah Selatan Terkena Pada Sebuah Kereta Mercedes.

 









Lebuhraya PLUS E1 Dari Tg.Malim ke Behrang Sesak

Melibatkan sebuah lori kontena terbabas lalu melanggar struktur papantanda (gantry sign board) di KM399.6 arah utara dan mengakibatkan struktur papantanda tersebut   tumbang lalu jatuh ke atas sebuah kereta yang datang dari  arah selatan.  Ekoran kejadian tersebut  semua lorong terhalang dikedua-dua arah.

pihak PLUS Berhad memaklumkan 3 mangsa maut dilokasi, 2 lelaki & 1 perempuan (pemandu & penumpang kereta)

Trafik terhenti  sepanjang 2KM menghala lokasi dikedua-dua arah.  Kejadian masih belum selesai sepenuhnya.

Laluan alternatif arah selatan keluar Behrang
Laluan alternatif arah utara keluar Tg.Malim

Hebahan telah dibuat melalui laman sosial LLM

Hidup, Buat Kau Yang Perasan Bagus & Sempurna.



Kau bisa tertawa dan bergembira,

tapi kau perlu akui secara diam yang kau sengsara.
Ya mereka mungkin bisa berkata,

tentang apa saja,

tentang siapa saja,

kerana mereka tidak pernah rasa,

sayang saranku kau sarungkan sepatu ini agar kau rasa.
Sentiasa dengki sentiasa menilik orang– itu manusia

sabarlah kerana mereka bisa berkata2,

sabar untuk sedikit masa,

kerana dunia ini berputar sayang seperti roda,

mereka pasti rasa seperti kau pernah di cerca,

biar ketika itu kau menjadi pemerhati dan tumpang ketawa.
BIAR MEREKA RASA PERITNYA DI HINA.
Dan ini bingkisan hadiah

buat kau yang perasan bagus & sempurna,

Semoga kau punya mata hati untuk sentiasa menilik ketidaksempurnaan yang kau punya.

Karya,
Alia Nordin, AOR

Haiwan Ini Mempunyai Rahang Serta Gigitan Paling Kuat.




Berikut adalah senarai haiwan yang mempunyai cengkaman rahang yang kuat, mungkin selama ini kita menganggap bahawa haiwan seperti harimau, jerung, buaya yang mendominasi kekuatan ini. Rupanya banyak lagi yang lebih kuat dan lebih berbahaya.

Kiraan bagi menyukat tahap kekuatan rahang haiwan ini dikira dengan menggunakan unit PSI. Lebih tinggi bacaan PSI lebih kuat tekanan yang diberikan.


Piranha
PSI: unknown


Leopard
PSI: 300-310


Tiger shark
PSI: 325


African wild dog
PSI: 340


Cougar
PSI:350


Gray Wolf
PSI: 406


Mastiff
PSI:556


Great White Shark
PSI:669


African Lion
PSI: 691


Jaguar
PSI: 700



Brown bear
PSI: 850


Kodiak bear
PSI: 930


Siberian tiger
PSI: 950


Snapping turtle
PSI: 1,000


Bengal Tiger
PSI: 1,050


Hyena
PSI: 1,100


Polar bear
PSI: 1,235


Grizzly bear
PSI: 1,250


Bull shark
PSI:1,250


Silverback gorilla
PSI: 1,300


Hippopotamus
PSI: 1,821


American alligator
PSI: 2,125


Nile Crocodile
PSI: 5,000


Saltwater Crocodile
PSI: 7,700


Orca
PSI: 19,000+