Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini.
Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini.
Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu.
KEADAAN mayat mangsa yang ditemui di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang.
“Susulan itu, polis IPD Batu Gajah dan Unit Polis Forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di atas pelepah kering daun pokok kelapa sawit.
Sumber
0 comments :
Post a Comment