Saturday, 15 March 2014

MH370: Pesawat Kemungkinan Dirampas?



Kerajaan Malaysia turut bekerja sama dengan negara luar dan agensi antarabangsa dalam pencarian ini.

Malaysia turut berkongsi data sehingga meletakkan kepentingan keselamatan negara di bawah daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.

Hari ini 14 negara dengan 43 kapal serta 53 pesawat terlibat dalam operasi mencari.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerajaan yang terlibat. Ada banyak spekulasi. Namun kami mesti bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikeluarkan.

Matlamat utama ialah untuk menjumpa pesawat tersebut.

Maklumat radar TUDM tunjukkan sebuah pesawat berpatah balik dari laluan asal dan terus ke utara Semenanjung.

Oleh itu kawasan pencarian turut libatkan Selat Melaka dan Laut Andaman serta Lautan Hindi.

Pagi ini saya menerima taklimat daripada mereka yang terlibat dalam penyiasatan.

Hasil komunikasi satelit, kami yakin sistem komunikasi pesawat dimatikan.

Radar TUDM mengesan sebuah objek tidak dikenal pasti kemudian dikesan berpatah balik dan menghala ke barat daya Semenanjung Malaysia.

Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar pesawat tersebut disahkan sebagai MH370.

Komunikasi pesawat telah ditutup sebelum melintasi semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun data satelit tidak dapat membantu mengesan lokasi terakhir.

Komunikasi satelit terakhir pesawat samada menuju ke selatan lautan hindi atau menghala ke arah kazakhstan.

Berdasarkan maklumat baru ini, operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan akan dihentikan.

Para waris penumpang dan krew telah dimaklumkan oleh MAS.

0 comments :

Post a Comment