Wednesday 5 March 2014

Enjin Renault tak laju!!!




Renault berjaya mengatasi beberapa masalah enjin yang menjejaskan sesi ujian pramusim Formula Satu namun akan tampil pada perlumbaan pembuka tirai di Melbourne dengan kebimbangan persediaan tidak lengkap.

Renault membekalkan enjin kepada pasukan juara Red Bull, Toro Rosso, Caterham dan Lotus dan persembahan enjin baru mereka mengecewakan ketika ujian di Jerez dan Bahrain.

Selepas berjaya melakukan hanya 151 pusingan di Sepanyol, kereta menggunakan jentera Renault menghabiskan lebih banyak pusingan di Bahrain, namun masih menamatkan sesi ujian 2014 kurang separuh daripada jumlah pemanduan empat pasukan dengan jentera Mercedes.

Renault jauh lebih perlahan dengan catatan terpantas juara dunia empat kali Sebastian Vettel pada hari terakhir ujian pramusim Ahad lalu 4.190 saat lebih perlahan berbanding catatan terbaik Lewis Hamilton bersama Mercedes.

“Kami tidak boleh lari daripada hakikat kami tidak melengkapkan keseluruhan program dengan semua pasukan dan beberapa persediaan ke Melbourne tidak lengkap,” menurut Timbalan Pengarah Urusan Renault Sport F1, Rob White.


“Apa yang bagusnya, kami sudah melakukan setiap perkara dengan simulasi bagi sesi kelayakan, permulaan, jarak perlumbaan dan ketahanan dan adil dikatakan sekali lagi kami sudah melakukan peningkatan.

“Kami sudah menemui jalan penyelesaian beberapa masalah yang dikenal pasti sebelum ini. Masalah baru timbul yang menambah masalah sedia ada dan menjejaskan usaha kami, sesuatu yang mengecewakan pasukan kami.” F1 akan melalui proses revolusi teknikal terbesar dalam tempoh 20 tahun dengan pengenalan enjin baru V6 serta sistem pemulihan tenaga.

0 comments :

Post a Comment