Wednesday 5 March 2014

Apa Yang Menarik Tentang Lelaki.



  • Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
    basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
  • Menu utama masakan lelaki adalah megi, telur goreng dan sardin
  • Antara sebab sebab lelaki memasak:
    • Malas nak pegi kedai
    • Hampir hampir pokai
    • Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
    • Mental theraphy
    • Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
    • Buang tebiat
  • Lelaki suka tidur
  • Apabila lelaki memakai pakaian dan merasa ketat lelaki akan menganggap pakaian itu yang mengecut berbanding perempuan yang akan menganggap berat badan mereka bertambah
  • Lelaki tidak berasa keinginan untuk berkahwin awal berbanding wanita kerana pakaian lelaki mempunyai butang dan zip di bahagian hadapan. Pakaian wanita biasanya mempunyai butang dan zip di belakang. Wanita memerlukan lelaki untuk memahami emosi dan perasaan mereka, tetapi wanita juga memerlukan lelaki untuk membantu mereka memakai pakaian yang mempunyai zip di belakang
  • Lelaki mampu gila bayang hanya dengan senyuman seorang wanita..
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius
  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut
  • Hampir semua lelaki sukakan wanita yang pandai memasak. Justeru tidak salah fakta bahawa cara terbaik mengikat suami adalah melalui masakan isteri.. (errkkk, takkan nak ikat suami melalui masakan jer kot? lalalalalala.. ;-)
  • Lelaki juga akan menangis kerana wanita yang dia sayang
  • Lelaki yang mencium isterinya sebelum pergi ke pejabat setiap hari dikatakan mampu hidup lima tahun lebih lama dari mereka yang tidak mempedulikan isterinya langsung sebelum keluar rumah. Lelaki yang sering keluar rumah dalam keadaan marah dan suka menghempas pintu akan lebih cenderung terlibat dalam kes kemalangan jalan raya.kihkih ini aku tipu je :p

0 comments :

Post a Comment