Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Wednesday 28 January 2015

Video: 2 Lelaki Warga Asing Cuba Tetak Penduduk Tempatan

Ganas ni beb!!! Main potong-potong orang. Video dua warga asing dipercayai pekerja buruh cuba menyerang penduduk tempatan dipercayai berbangsa Cina kini viral di laman Facebook.


Video ini memaparkan perselisihan faham antara seorang berbangsa Cina dengan kemungkinan seorang warga asing. Punca atau motif pertengkaran tidak dapat dipastikan kerana tiada maklumat lain diperolehi bersama video ini.


Keadaan bertambah tegang apabila seorang lagi dipercayai juga pekerja asing meluru kepada mangsa sambil mengacu-ngacu pisau pemotong daging dan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan :


"Jangan main-main ooo! Nanti saya potong!" kata lelaki berkenaan sambil menghayunkan pisau pemotong daging itu.


Adegan tolak menolak juga berlaku antara pekerja tersebut dan mangsa.

Tuesday 27 January 2015

Husam Dakwa MB Dan Sultan Kelantan Penyebab Banjir??


Nampaknya usaha untuk menjadi MB Kelantan tidak pernah pudar dari impian Husam. Terbaru, bencana banjir yang menimpa Kelantan digunakan sebagai alasan team Husam untuk menghentam kepimpinan MB Kelantan termasuk Sultan yang didakwa sebagai gagal dan lembab menangani isu berkaitan.


Satu blog pro PASMa mula memainkan isu berikut :



Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.





Tetapi mengikut sumber Jabatan Perhutanan Negeri, pada 2014 sahaja sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Hutan Kelantan Selatan (meliputi Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing).







Kebanyakan kelulusan lesen konsesi pembalakan dalam HSK di Jajahan Hutan Kelantan Selatan adalah untuk tujuan tanaman monokultur atau apa yang dinamakan Hutan Ladang pada skala yang besar.


Sebelum dilaksanakan tanaman monokultur dalam HSK (TMDHSK), litupan hutan asal (hutan asli) akan diusahahasil (harvesting) secara tebang habis. Penebangan secara tebang habis tersebut tidak tertakluk kepada ‘sustainable forest management’ dan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).


Kenyataan menteri besar bahawa Kelantan mengamalkan pengurusan hutan secara mampan dan telah memperolehi pensijilan ‘Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management’ (MC&I) hanyalah tertakluk kepada kegiatan pembalakan dalam hutan asli di HSK sahaja.


Tetapi kawasan HSK yang dilakukan tanaman monokultur, perlombongan dan lain-lain kegiatan tidak tertakluk kepada pensijilan tersebut. Ketika jd Exco Husam Musa pernah menolak beberapa syarikat yang ingin membalak.


Husam lebih maklum apa akan berlaku sekiranya balak ditebang secara semberono. Oleh itu, sultan Kelantan wajar mengeluarkan titah mengganti MB Ahmad Yaakob sebagaimana sultan Selangor pernah meminta MB Selangor, Muhammad Mohd Taib diganti pada hujung 1990an dahulu.







Husam sememangnya calon yang ditunjuk oleh Nik Aziz untuk mengambil tempat beliau sebagai MB baharu Kelantan. Tetapi sultan tidak bersetuju.


Terdapat keperluan mendesak sultan berubah fikiran sekarang sebelum satu lagi bencana banjir berlaku di Kelantan tahun ini. MB Ahmad Yaakob terlalu lembab menangani isu tanam semula dan penebangan hutan balak.






Inilah BLOGNYA


Nampak tak percaturannya? Keji..... sanggup Sultan dilibatkan dalam kemelut politik mereka....

Monday 26 January 2015

Tarian Separuh Bogel Di Segamat???


"Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, sebuah pusat membeli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

"Apa yang dikesal, tarian itu turut ditonton oleh kanak-kanak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum iaitu pada hujung minggu," katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya kerana berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehinggah menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Peristiwa ini secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor.

"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat negara ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut undang-undang yang sedia ada.

Kami percaya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya. - Sinar Harian Online

Selangor Catat Kes Denggi Paling Tinggi Dalam Seminggu – Hilmi


BALIK PULAU: Selangor merekodkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata punca negeri itu mencatat rekod tertinggi penularan wabak denggi adalah disebabkan faktor kutipan sampah yang tidak terurus.

“Penyakit demam denggi makin meningkat kini. Di seluruh negara ia mencatat jumlah kes hampir 3,000 dalam tempoh seminggu namun daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes denggi,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 peringkat Parlimen Balik Pulau di sini Ahad.



denggi1a

Dr Hilmi berkata kawasan yang merekadkan jumlah tertinggi wabak denggi di Selangor adalah di Petaling.

“Selangor merupakan satu kawasan urban (bandar), kerajaan tempatan perlu melihat semua sekali, perlunya penguatkuasaan di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan setinggan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dicadang oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, Dr Hilmi berkata tidak perlu membuang masa untuk berpolitik.

“Jangan buang masa banyak sangat hendak berpolitik, kita ada pilihan raya lima tahun sekali, cukuplah lepas itu kita buat kerja untuk rakyat, fikirkan bagaimana hendak bangunkan negeri untuk rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata sebanyak 16 klinik musnah disebabkan banjir akan dibina semula.

Katanya 16 klinik yang musnah itu meliputi empat klinik di Terengganu, 11 di Kelantan manakala satu di Beaufort, Sabah.

Pada majlis itu, sebanyak 1,061 menerima bantuan BRIM yang bernilai antara RM350 dan RM250.-mstar.

Sunday 25 January 2015

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral



WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral.

Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala.


"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.


Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu. - mStar

Saya Tidak Dipaksa, Dia Peminat Tegar Slam – Zamani



Kuala Lumpur – Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang pada hari pertama ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Rabu.



Bercakap kepada mStar online, penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.



“Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.



“Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,” ujarnya.



Bagaimanapun, Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.



“Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.



“Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat yang menontonnya,” jelasnya.



Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.



Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.



Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.



Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.



“Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” ujarnya.



Dalam pada itu, ditanya tentang pembebasannya, Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.



Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.



“Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.



“Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.



“Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga,” ujarnya.



Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK). – mD

Gambar Neelofa Dikritik, Adik Mengamuk di Instagram



Dek kerana satu keping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram.

Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepala Neloofa yang telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di akaun Instagam miliknya.

Menurut apa yang difahamkan, dek kerana tangan Maulana Qari memegang kepala Neelofa(seperti gambar diatas), segelintir pengikut Neelofa di Instagram mula menegur dengan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Bengang dengan tindakan segelintir pihak mengkritik gambar kakaknya itu, Ameera tampil membalas kritikan-kritikan negatif tersebut dengan bahasa yang sedikit kasar.






Walau bagaimanapun, komen Ameera telah dibuang dari gambar terbabit. Selain itu, komen-komen yang mengkritik gambar tersebut juga turut tidak kelihatan dipercayai telah dibuang.



Ameera


Ramai yang bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Ameera tetapi ada juga yang menegur bahasa yang digunakan oleh Ameera dalam komennya. - Siakap Keli

Chef Wan Melenting Bila Ada Orang Kutuk Dan Hina Babi


KEMASKINI : Kuala Lumpur – Selebriti terkenal, Chef Wan melahirkan rasa kecewanya berhubung polemik coklat babi yang mencetuskan kerisauan masyarakat Islam dan Melayu baru ini.

Menurutnya masyarakat tidak sepatutnya memandang jijik terhadap babi yang merupakan makanan bagi masyarakat lain.

Kenyataan yang dipetik dari akaun Instargram beliau pada 29 Mei itu turut menerima sokongan dari para penyokongnya apabila mendapat 888 like dan 129 komentar.

Beliau turut mengesa agar masyarakat menghormati perasaan kaum lain yang mencekek babi sebagai santapan di Malaysia. Chef Wan bimbang ada kaum lain akan terluka kerana makanan mereka dihina.




I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli. 

Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makananan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap. 

Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka.Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la.

Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. 

If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la!

I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita! – Chef Wan

Friday 16 January 2015

UTM pamer kehebatan prototaip UAV

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melangkah dalam merintis projek penyelidikan dan pembangunan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) dengan melancarkan prototaip pesawat itu yang dikenali sebagai UTM-UAV Camar 1, di sini hari ini.

Peralatan pintar yang dihasilkan menerusi pembangunan strategi berfasa itu dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem pemanduan automatik yang membolehkannya terbang pada altitud dan koordinat yang ditetapkan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, pesawat itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya mengutip data bagi tugas pemetaan dan kerja pemantauan yang tidak memerlukan tenaga manusia.

“Prototaip pesawat ini direka sendiri oleh Kumpulan Aeronautik UTM yang terdiri daripada lapan penuntut ijazah kedoktoran dengan kerjasama Unmanned System Technologies Sdn. Bhd. (UST) yang merupakan anak syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM).

“Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dua tahun lalu merangkumi penyelidikan kejuruteraan aeronautik, aerodinamik, avioniks dan instrumentasi, struktur dan bahasa serta sistem dinamik dan kawalan pesawat,” katanya semasa menyaksikan demonstrasi penerbangan pesawat itu, di sini.

Mohd. Azraai berkata, UTM-UAV Camar 1 mempunyai rentang sayap sepanjang dua meter, berat maksimum kira-kira lima kilogram dan mampu terbang selama dua jam pada ketinggian 400 meter dalam lingkungan jarak 20 kilometer dan berkelajuan 18 meter per saat.

Menurutnya, pesawat berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh setahun setengah termasuk proses reka bentuk, analisis dan ujian.

“Kejayaan program ini hasil pembangunan teknologi dan kepakaran tempatan. Prototaip pesawat ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang usahasama dan perkongsian kepakaran dalam aspek aeroangkasa negara dan penerokaan jaringan antarabangsa,” katanya. -Utusan

Pelajar tersalah tafsir arahan pihak sekolah



Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

“Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

“Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah di sini kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.

Mohd Amir berkata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar.

Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa mengulas perkara itu berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah kerana pemakaian tersebut sejajar dengan dasar kementerian dalam soal pemupukan perpaduan.

“Tak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung,” kata Muhyiddin dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru di sini hari ini.

Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia adalah simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut beliau, majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Cina dan baju kurung tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa guru bukan Melayu bebas memakai baju kurung di sekolah tersebut.

Bernama

Audit RM 50 Juta Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan Perlu Diadakan?


KETIKA bencana banjir besar atau Bah kuning melanda Kelantan, tak pulak kita dengar kerajaan Kelantan sibuk-sibuk nak bantuan rakyat. Hampir kesemuanya diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan persekutuan dan agensi dibawahnya. Ahli Parlimen PAS di kawasan yang teruk terjejas sama ada tak nampak muka atau buat kenyataan merayu minta bantuan ‘semua pihak’ – kata ganti untuk ‘minta bantuan kerajaan pusat’.

Nampak benar tak berduit Ini logik, bajet Kelantan pun defisit memanjang setiap tahun, tambah pulak kena bencana besar macam itu.

Menteri Besar Kelantan sendiri pun banyak buat kenyataan meminta bantuan dari kerajaan pusat, antaranya siap sebut jumlah lagi, RM 900 juta untuk membangunkan semula negeri itu yang separuh musnah dek banjir besar. Sewaktu banjir tengah hebat Menteri Besar Kelantan tak boleh melawat rakyat sebab rumah dia pun naik air, tapi bila Perdana Menteri datang melawat Kelantan, Menteri Besar Kelantan macam belangkas dengan Perdana Menteri sehingga jadi kecaman penyokong fanatik dia sendiri.

Nampak terhegeh-hegeh macam hamba kata mereka. Apa pun menguatkan kenyataan bahawa PAS Kelantan memang tak berduit aka tak bersedia hadapi bencana ini.

Tapi bila air banjir dah surut, balak-balak pun dah timbul, selut sampai 3 kaki dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan PAS Kelantan nampak macam kembali bernyawa nak tolong rakyat. Dan-dan itu juga ada majlis perletakan batu asas bina rumah kekal untuk rakyat Kelantan yang kehilangan rumah sebabkan banjir.

Kerajaan pusat bina rumah transit (sebelum bina rumah kekal), kerajaan PAS Kelantan buat rumah kekal terus. Dahsyat, macam orang kaya!! Dalam papa itupun nak tunjuk hebat juga

Pelik, masa banjir tengah hebat, nak bagi makan rakyat mangsa banjir pun nampak tak berduit, semua serah pada agensi kerajaan pusat. Alih-alih, bila banjir dah surut, boleh bina ruma kekal untuk mangsa banjir?

Walhal berasa sen harga makanan banding dengan harga rumah, jadi persoalannya sekarang, dari mana datangnya duit? Kata sumbangan orang ramai, tapi ini semua orang boleh cakap.

Maka itu penulis sokong supaya bantuan segera RM 50 juta kepada Kelantan untuk menghadapi bencana banjir yang diumumkan Perdana Menteri dulu, diaudit – kalau dah disalurkanlah. Pahang, Terengganu dan Perak pun dapat bantuan sama, tapi 3 negeri ini tak nampak berlagak macam Kelantan lepas banjir surut.

Bimbang, dia rolling semula duit bantuan itu, katalah bantuan sumbangan orang ramai, maklum sajalah, masa banjir teruk imej PAS jatuh ke tahap terburuk sebab tak nampak bantu rakyat melainkan melolong minta bantuan bagi pihak rakyat.

Itupun tak mengapa juga masih terbina rumah untuk rakyat, takut pergi ke lain. Kita tidaklah menuduh, sebab tu minta audit dijalankan supaya nampak duit itu dibelanjakan macam mana. Banyak tu RM 50 juta.

Tak cerita lagi tambahan RM 500 juta yang diumumkan kemudian. Tak tahu dari jumlah ini berapa banyak peruntukkan disalur kepada kerajaan negeri Kelantan dan entah macam mana pulak wang itu nanti dibelanjakan.

Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop - Datuk Seri Syed Ali Alhabshee



Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.


Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.


“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.


“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.


Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com , beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.


Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.


Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.


Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.


-Sumber

Thursday 15 January 2015

Gajah jantan mengamuk memijak dan merosakkan beberapa kenderaan


Seekor gajah jantan di sebuah Taman Negara di Timur Laut Thailand dilaporkan mengamuk.
Mamalia itu kemudian bertindak memijak dan merosakkan beberapa buah kenderaan. 

Kejadian di Taman Negara Khao Yai sempat dirakam pengunjung.
Menurut pegawai Taman Negara, gajah berkenaan mungkin tertekan akibat bunyi bising oleh kenderaan yang menggunakan laluan itu.

Ia berikutan lebih ramai pengunjung melawat Taman Negara terbabit pada musim cuti.
Kejadian ini adalah yang kedua seumpamanya dalam tempoh setahun.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.


Isnin lalu, seekor gajah merempuh sebuah restoran di hadapan Taman Negara, dipercayai bagi mencari makanan.

wabak Ebola tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda


Sierra Leone terus diancam wabak Ebola dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Setiap minggu, ratusan penduduk dijangkiti virus maut itu.


Memetik laporan Sky News, jangkitan berkenaan dikesan di daerah Kono.
Hanya 15 pesakit dapat diberi rawatan di hospital daerah itu.
Kebanyakan penduduk meninggal dunia sebelum mendapat rawatan.

Ia berikutan, negara terbabit tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang sempurna.
Petugas perubatan juga bimbang risiko mereka dijangkiti ketika merawat pesakit di kawasan pedalaman.


Sejak tahun lalu, seramai 8,000 penduduk Afrika Barat maut akibat Ebola.
Sierra Leone mencatatkan kes jangkitan Ebola tertinggi.

Wednesday 14 January 2015

Video : CARA BUAT LOGO ONLINE GUNA LOGO GENIE PRO


Setiap kali nak buat blog atau fanpage baru, atau nak setup bisnes baru, rasa macam kurang ramuan plak kalau tak buat sekali dengan logo. Jutawan Internet, Irfan Khairi pun ada pesan: kalau takde logo, takde la jenama. Bila takde jenama, bisnes nak berkembang pun payah.

Dan cara buat logo yang paling saya suka - guna Photoshop. Tapi sejak akhir-akhir ni, ada problem sikit bila nak guna Photoshop ni..start lepas saya downgrade komputer hari tu. Bila off jer komputer, pastu on balik nak guna, otometik PS ni takleh nak bukak..terpaksa install semula.

Nak install plak mahu 3-4 minit jugak nunggunya. Tu pun nasib baik guna versi portable punya..kecik sikit dia punya file. Dan macam tu laaa setiap kali..

Ada terpikir jugak untuk upah orang jer tolong buatkan..kita pun tak penat nak cari idea design. Cepat pun cepat. Tapi bila tengok harga pasaran servis design logo nih, rasa sayang pulak nak seluk poket ambik duit.
cara buat logo
Caj untuk satu logo di iLancee.com
cara buat logo
Harga di majalah.com
cara buat logo
Harga di mudah.my
Itu baru caj designer dalam Malaysia. Kalau nak design yang lagi premium, order pulak dengan mat saleh, mau dua kali BR1M baru habis bayar :D
cara buat logo
Kali dengan 3.4 untuk duit Malaysia
Lagipun, rasa macam tak syok jer bila serah kat orang untuk design-kan logo kita..rasa tak puas. Nak kena design sendiri jugak baru feel..heh.. 

So, ada ke cara buat logo yang jimat bajet, tak perlu install apa-apa, boleh buat logo banyak-banyak dan paling penting, senang nak guna..sekalipun untuk orang baru belajar?
cara buat logo
Jin logo yang pro :D
Alhamdulillah..ada rupanya software logo sempoi camni. LOGO GENIE PRO nama dia.

Logo Genie Pro ni adalah hasil buah idea Edmund Loh, seorang Internet Marketer (IM) asal Malaysia tapi lebih aktif promote produk untuk pasaran antarabangsa seperti JVZoo dan Clickbank.
cara buat logo
Blog peribadi bro Edmund
Ini kali kedua saya dapatkan produk power bro Edmund. Sebelum ni, saya pernah jugak beli produk MESIN KOMISEN daripada beliau..produk yang dedahkan sistem yang betul macam mana nak berjaya dalam bisnes affiliate marketing. Sistem ni memang beliau sendiri gunakan sejak tahun 2008 lagi.
cara buat logo
InsyaAllah..nanti saya review plak produk ni
Okeh..sambung citer balik tentang cara buat logo guna software Logo Genie Pro.

Macam yang saya bagitau sebelum ni, kita memang tak perlu nak pasang apa-apa kat komputer untuk guna software ni..sebab Logo Genie Pro ni adalah software online. Cuma perlu login jer, klik 'Create Project' dan terus boleh buat keje-keje kreatif untuk design logo.
cara buat logo
Nak klik butang 'CREATE' tu pun buleh..
Software ni bagi saya takde la 'berat' sangat. Saya pakai Streamyx dan waktu nak login awal-awal jer dia macam ambik masa sikit untuk loading. Tapi bila kita dah berjaya 'masuk', dah takde lagi dah sangkut-sangkut segala bagai yang boleh mengganggu 'kesyokan' kita dalam men-design logo :)

Ada 15 kategori gambar dalam software ni yang boleh anda pilih sebelum nak mula design..terpulang pada anda mana yang paling kena dengan bidang bisnes anda.
cara buat logo
Ada 300 gambar untuk dipilih
Dah pilih gambar yang sesuai, anda akan dibawak pulang ke langkah seterusnya. Untuk langkah ni, sila isi nama & slogan kompeni anda, pastu klik butang 'CREATE LOGO'.
cara buat logo
Nama power, slogan memikat..
Dah klik butang oren tuh, anda akan dibawak pulak ke kanvas putih yang buleh tahan besar gak saiznya. Haa..kat sini nanti, sila jangan malu-malu untuk keluarkan segala macam idea kreatif yang dah lama terpendam untuk design logo tuh. Kerjakan kanvas tu puas-puas..nak buat logo sama besar dengan kanvas pun takpe :)
cara buat logo
Siap dengan petak-petak grid..senang untuk center-kan logo
Kat bahagian kanvas ni jugak ada banyak lagi function yang boleh anda guna untuk menghensemkan lagi logo anda.

Yang ni function yang ada kat bahagian side-bar belah kiri:
cara buat logo
Jarang tukar warna background..biar putih jer
Yang ni pulak guna untuk pilih font mana yang anda paling berkenan, saiz dan warna:
cara buat logo
Font pun banyak yang cantik-cantik
Dah siap dah design logo? Puas hati? Okey..kalau dah siap, jangan lupa untuk 'SAVE' hasil keje anda. Mana tau kan..kot tiba-tiba jer dibuatnya black-out, mau tak menangis nak design balik.
cara buat logo
Takde limit..boleh save seberapa banyak logo yang anda nak
Untuk download logo ni ke komputer, anda cuma perlu klik butang 'EXPORT LOGO' dan pilih 'dpi' (dots per inch) yang sesuai. Kalau anda nak guna logo ni untuk tujuan online, contoh nak letak kat blog, '96 dpi' pun dah kira okey.

Kalau nak guna untuk tujuan offline, contoh nak cetak kat t-shirt atau banner yang kat tepi-tepi jalan tu, pilih '300 dpi'.
cara buat logo
Lagi tinggi 'dpi', lagi besar file logo yang anda perlu download
Dah setel pilih 'dpi', klik butang 'SAVE & EXPORT LOGO'. Nanti anda akan dapat empat pilihan file logo untuk anda download.
cara buat logo
Logo dengan background putih jer boleh save dalam bentuk transparent background
File JPG dan GIF ni sesuai untuk guna kat blog atau website. File PNG kalau anda nak download logo dengan transparent background. File SVG plak kalau anda nak guna logo untuk tujuan printing atas baju, banner, bunting dan lain-lain.

Kalau anda offer servis design logo guna software ni, saya rekemen anda download semua file ni dan hantar kepada pelanggan anda. Biar dia rasa terharu sebab dapat lebih nilai bila order servis dengan anda ;)

Amacam? Sempoi tak cara buat logo guna Logo Genie Pro nih? Klik-klik sikit, taip-taip sikit, dan nah..siap satu logo. Tapi kalau anda masih confuse cara nak guna software ni, boleh rujuk video ni. Tengok macam mana dia design logo dalam masa tak sampai pun tiga minit.
Logo Genie Pro ni Edmund Loh release untuk pasaran seluruh dunia. Jadi, untuk dapatkan software ni, anda perlu ada akaun Paypal. Tapi kalau takde pun takpe..boleh guna kad kredit atau kad debit.

Saya sendiri pun guna kad debit Maybank jer..kad ATM yang ada gambar buah ceri tu. Kalau anda ada kad ni, anda pun boleh dapatkan software Logo Genie Pro ni.

Kalau anda tak pasti cara nak guna kad ATM ni untuk buat bayaran online, boleh contact dan tanya call center Maybank. Tak pun, mungkin anda boleh start motor kejap dan tanya terus kat cawangan Maybank yang paling dekat dengan tempat anda :)

Tapi sebelum tu, anda mungkin tertanya-tanya: berbaloi ke buat pelaburan untuk dapatkan Logo Genie Pro nih?

Kalau anda tanya saya, saya takkan jawab lebih-lebih, saya takkan janjikan bulan bintang..tapi apa kata anda tengok sendiri contoh logo yang saya design cara geli-geli suka-suka guna software ni? Lepas tu, anda sendiri buat keputusan..
cara buat logo
Sardin kira seafood jugak tak?
cara buat logo
Kalau rendah, panjat sendiri. Kalau tinggi, contact Brooke
cara buat logo
Ikut jejak langkah Mail bukak bisnes
cara buat logo
Malas nak basuh keta? Biar staf Bang Aji uruskan..
cara buat logo
Melancong jer keje yer..
Bagi saya, kalau anda tak kisah dengan design yang simple atau minimalist, nak jimat masa, nak save bajet sebab perlu banyak design logo; software ni memang tak rugi beli.

Tapi kalau anda termimpi-mimpi nak design logo yang gempak-gempak ala team NBA, maaf cakap..software ni memang bukan jodoh anda :)
cara buat logo
Logo premium mau beratus-ratus gak dia punya caj
Nak kata software ni konfem takde kurang apa-apa, cukup syarat serba-serbi, pun tak logik jugak kan? Sebabnya, satu benda yang saya perasan; kadang-kadang bila kita nak design logo, gambar yang kita nak guna tu takde dalam library software ni. Contohnya kalau kita nak design logo yang ada kaitan dengan bidang fotografi, oil & gas, tak pun seni bina (architecture). Langsung takde gambar sesuai yang boleh kita guna.

Tak best arr kalau camni..cemana nak design logo nanti? Memang takleh buat apa-apa ke?

Rilekkk..saborrr. Kecik punya hal.

Ada dua cara untuk setel problem ni.

Satu, kita upgrade software ni kepada Logo Genie Pro Deluxe. Untuk versi Deluxe ni, bro Edmund akan tambah lagi 600 gambar. Dalam versi asal, dah ada 300 gambar. Jadi total semua sekali, kita akan dapat 900 gambar..silap-silap mungkin dapat lebih.

Termasuk sekali dalam pakej Deluxe ni ialah tambahan kategori-kategori baru seperti penjagaan kanak-kanak, pembinaan, kewangan, keselamatan dan banyak lagilah. InsyaAllah..gerenti tak kering idea untuk buat design nanti.

Tapi kalau harga untuk upgrade ni rasa macam mahal sangat, kita boleh jugak guna cara kedua.

Caranya, kita beli jer stock photo dari marketplace yang banyak terdapat kat Internet ni. Boleh beli satu-satu. Bila nak guna untuk design logo jer, baru kita beli.

Macam saya sendiri, tempat biasa saya shopping stock photo ialah Photodune. Kat sini, untuk satu stock photo kita boleh dapat dengan harga serendah $1 (lebih kurang RM3.50).
cara buat logo
Kat Photodune ni murah sikit
Alhamdulillah..last-last siap jugak review cara buat logo guna Logo Genie Pro ni. Jutaan terima kasih untuk anda sebab sudi baca sampai habis. Rajin anda skrol sampai bawah :)

Dan sebelum saya letak titik noktah kat hujung review ni, boleh tak kalau saya nak tanya anda 3-4 soalan?

Anda serius ke perlukan logo? Nak design banyak-banyak, tapi nak save bajet? Nak design banyak-banyak, tapi nak cepat? Tak pun, anda ada plan tak untuk buat duit dengan offer servis design logo?

Ada soalan yang anda jawab ya? Kalau camtu, pegang mouse anda dan klik sini terus --►cara buat logo online.

Buat pelaburan anda dan grab software Logo Genie Pro ni cepat-cepat. Jangan pikir lama-lama..jangan tangguh-tangguh. Dan jadikan software ni sebagai hamba yang menjimatkan kos anda, atau sebagai mesin duit anda ;)

ps: bro Edmund takde rancang apa-apa untuk naik harga. Cuma takut nanti beliau tiba-tiba berubah hati..dan tanpa notis :)

kredit foto:
trinsite.com
forum.sportytrader.com