Tuesday, 20 May 2014
Tindakan Sakinah Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara.
Pelakon, Sharifah Sakinah mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping foto baju-t yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.
Sharifah Sakinah berkata kepada Sinar Harian tindakannya itu bukan sengaja mencari publisiti, sebaliknya Sakinah menjelaskan gambar baju-t yang dimuat naik di laman Instagramnya itu bertujuan untuk menyokong kempen kanser payudara yang di‘repost’ daripada Instagram Jessica Alba pada hujung tahun lalu.
"Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.
"Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” katanya.
Pelakon drama Bunga Merah Punya itu turut memberitahu di sebalik dicemuh, ada pula menyangka t-shirt payudara itu merupakan satu lagi produk promosi kesihatan yang dikeluarkannya.
“Itu bukan produk saya. Produk saya, produk kesihatan sahaja,” katanya yang turut mempromosikan dua baju-t yang menjadi bahan kritikan masyarakat.
Baju-t yang pernah dipromosikan tertera tulisan ‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’ yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sakinah.
Pun begitu, Sakinah menjelaskan tulisan pada baju-t itu adalah sebagai strategi pemasaran dan bukanlah publisiti.
“Saya buat begitu untuk memasarkan produk saya dan ia bukan lucah pun,” katanya yang kini semakin aktif dengan program senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah.
Dalam perkembangan lain, Sakinah baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Pekak’ arahan Michael Ang dan bakal berada di lokasi drama bersiri 13 episod itu tidak lama lagi.
Murai
Related Posts:
Gambar Neelofa Dikritik, Adik Mengamuk di Instagram Dek kerana satu keping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram. Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Fa… Read More
Tindakan Sakinah Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara. Pelakon, Sharifah Sakinah mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping foto baju-t yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya. Sharifah Sakinah berkata kepada Sinar Harian tindakannya … Read More
Kerana 100 Plus, PA Pengkid Dihencap Azwan Ali! Dah lama jugak Murai Batu tak dengar kisah sensasi pasal Diva AA, Azwan Ali. Yelah, selalunya apa saja cerita pasal Azwan yang sampai kat telinga Murai Batu. Tapi, sejak kebelakangan ini, Azwan Ali dah makin senyap pula… Read More
Kenyataan Penganjur Majlis Peluk Cium Perempuan Bertudung? Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media. Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku… Read More
Saya Tidak Dipaksa, Dia Peminat Tegar Slam – Zamani Kuala Lumpur – Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang pada hari pertama ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampan… Read More
0 comments :
Post a Comment