Friday 9 May 2014

Gadis Melayu Jadi Barua DAP Hina UiTM Anjur Seminar Kalimah Allah

Dyana Sofya Mohd Daud

Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), akhirnya, Dyana Sofya Mohd Daud memilih untuk mendapat sumber pendapatan beliau daripada parti yang paling banyak menentang kepentingan bumiputera dan agama Islam – DAP.

Pada tahun lepas, Dayna Sofya dengan bangga menerima jawatan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, “Supremo” DAP, Lim Kit Siang. Kononnya inilah bukti keterbukaan dan keikhlasan DAP kepada perpaduan kaum.

Hari ini, manusia Islam bernama Dyana Sofya ini sekali lagi membiarkan dirinya dipergunakan apabila tampil menyelar tindakan UiTM mengadakan seminar “Kalimah Allah dan Kristologi Kristian Nusantara” yang bertujuan membahaskan kebenaran mengenai penggunaan kalimah Allah dalam agama Kristian.

Menurut Dyana Sofya Mohd Daud tindakan membenarkan Ulama Indonesia memburukkan Kristianiti di hadapan pelajar bukan sahaja anti-perpaduan malah menyebabkan pelajar dan pengajar beragama Kristian di UiTM tersisih.


“This incident discredits my alma mater and I, along with many of my UiTM brothers and sisters, are definitely not happy with it.

“UiTM should have organised an inter-faith seminar highlighting shared basic principles across religions to show how our differences are superficial and our similarities are deep, encouraging understanding among different religions and strengthen unity and togetherness,” she added.


Mengapa dalam banyak-banyak orang Dyana digunakan untuk memperlekehkan seminar yang dianjurkan oleh UiTM ini? Inilah agenda sebenar DAP menggunakan orang Melayu dan Islam sendiri untuk menghalang sebarang usaha memberi maklumat yang bertentangan dengan pandangan politik perkauman mereka.

Dakwaan bahawa seminar tersebut adalah anti kepada perpaduan nasional sangat tidak rasional kerana perpecahan telah pun berlaku apabila paderi Kristian mencabar keputusan Kerajaan mengharamkan penyalahgunaan kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Mengapa ketika itu Dyana tidak tampil mempertikaikan tindakan para paderi ini?

Oleh kerana Kristian mendakwa kalimah Allah sebahagian ajaran mereka maka sewajarnya, UiTM selaku antara universiti yang ditubuh berteraskan Islam, Melayu dan bumiputera, tampil mencari kebenaran.


“Looking at the title of the seminar, I myself as a graduate from UiTM was pleasantly surprised with UiTM’s openness to discuss a very sensitive issue and encourage intellectual discourse among the participants.

“Obviously, I was wrong after finding out that the content of the seminar was to demonise Christianity in the eyes of the participants.

“As stated in the event programme, there was a slot entitled ‘Christianity threat’ delivered by Insan LS Mokoginta from Indonesia,” she added.


Sebagai seorang Melayu beragama Islam yang mendapat pendidikan di UiTM, Dyana sekurang-kurangnya menghormati segela kelebihan yang keistimewaan yang beliau perolehi bukannya tampil merosakkan tempat yang pernah memberi pendidikan dan pelajaran kepada beliau.

Kritikan Dyana terhadap UiTM mengenai kebebasan membicarakan hal-hal sensitif sangat mengelirukan. Bukankah parti beliau yang menganjurkan keterbukaan dan ketelusan atas semua isu? Bukankah kerajaan dikritik oleh parti beliau apabila enggan mendedahkan rahsia ketenteraan negara kepada umum?

Bukankah parti beliau yang membelasah kerajaan apabila kerajaan cuba membendung perbincangan mengenai isu-isu agama, kaum dan raja-raja yang dianjurkan oleh peguam-peguam pro-Pakatan?

Sungguh memalukan bagi seorang gadis Melayu, beragama Islam, menikmati pelbagai faedah dan bantuan daripada sistem sedia ada sekarang apabila berjaya menyokong dan bekerja keras untuk parti yang menentang segala sistem yang beliau nikmati sebelum ini.

Lebih memalukan beliau merupakan graduan UiTM, universiti yang ditubuhkan hasil perjuangan orang Melayu dan UMNO, kini menyokong parti yang anti kepada sebarang bantuan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Parti Malaysian Malaysia!

Saya hanya mampu berdoa janganlah anak saya suatu hari nanti jadi seperti gadis ini.

Tajuk di atas mungkin kasar. Tapi saya fikir ia sangat sesuai dengan manusia bernama Dyana ini!

0 comments :

Post a Comment