1. Selepas hari penamaan calon bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofea sudah lupa daratan. Dia telah menghina UiTM.
2. Dyana telah menarik institusi keramat Bumiputera, alma maternya sendiri, menjadi modal kempen kebencian kaum. Setelah berada dalam inner circle Kit Siang - dia sudah lupa siapa dirinya dan asal usul induk bapanya. Ibunya berdarah Cina.
3. Wahai Dyana, janganlah dipertikaikan kewujudan UiTM. UiTM tidak pernah menjadi milik UMNO pun, tetapi adalah milik mutlak bangsa Melayu bumiputera bagi membantu mereka merapatkan jurang sosioekonomi kaum lain yang lebih terkehadapan.
4. UiTM menjadi pengimbang sosioekonomi Melayu bumiputera agar bangsa Melayu seperti Dyana tidak lagi memerlukan ‘tongkat’ untuk maju dalam kerjaya dan kehidupan.
5. Tahniah Dyana, anda tidak lagi memerlukan tongkat itu, tapi anak-anak dan cucu-cucu kamu mungkin masih memerlukan selagi jurang sosioekonomi terus wujud.
Zaini Hassan
0 comments :
Post a Comment