Sunday 25 May 2014

#FBP14 PR1MA Rumah, Komuniti ku.


Festival Putrajaya 2014 meletakkan booth PR1MA untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program Rumah PR1MA dan bagaimana untuk memiliki rumah pertama anda. PR1MA merupakan inisiatif kerajaan dalam memenuhi permintaan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan inginkan kediaman berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden.

Booth PR1MA di letakkan untuk tuan-tuan mendaftar secara terus dan mendapat bantuan penerangan di booth tersebut. Ini adalah sangat baik kerana secara pribadi ramai yang tidak tahu cara-cara untuk mendaftar secara online tersebut.


PR1MA tidak mengunakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketidak dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.


0 comments :

Post a Comment