Saturday, 3 May 2014

Gear 2, Gear Fit Trend Jam Pintar



BUKAN sahaja dikenali sebagai pengeluar peranti telefon pintar, tablet ataupun phablet, Samsung juga pantas mengorak langkah dalam memperkenalkan gajet terbaharu miliknya iaitu Galaxy Gear 2 dan Gear Fit.

Menariknya, peranti keluaran terbaharu syarikat dari Korea yang boleh didapati di pasaran Malaysia mulai 11 April lalu itu adalah akses atau sokongan kepada 13 rangkaian telefon pintar Samsung Galaxy yang lain dengan kebolehan merakam gambar pada resolusi 2MP dan video HD 720p.

Malah, Gear 2 berkeupayaan menjawab panggilan telefon dan bercakap secara terus dengan menggunakan teknologi ‘infrared’ untuk kawalan jauh.

Jika dibandingkan dengan versi lama, Gear 2 mampu memainkan muzik sendiri tanpa sambungan kepada peranti lain dengan memori dalaman sebanyak 4GB.




Selain itu, tali Gear 2 juga boleh ditukar atau diubah suai bagi dipadankan dengan pelbagai fesyen yang ditampilkan pemakainya memandangkan akses kamera dan mikrofon telah dipindahkan ke badan peranti itu sendiri.

Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri Gear 2 turut dipertingkatkan untuk bertahan selama tiga hari bagi penggunaan biasa dan enam hari penggunaan minimum.

Bagi mereka yang memakai untuk tujuan kesihatan seperti berjoging, peranti ini turut dilengkapi dengan sensor pengesan degupan jantung dan mengira setiap langkah ketika bersenam.

Sementara itu, Gear Fit pula menjadi peranti boleh pakai pertama dengan skrin lengkung yang menjadikannya lebih selesa dipakai di tangan.

Sama seperti Gear 2, talinya juga boleh ditukar untuk tujuan kesesuaian gaya dan fesyen si pemakainya.



Galaxy Gear 2

Bertepatan dengan objektif pembinaannya sebagai peranti kesihatan, Gear Fit dilengkapi sensor pedometer dan degupan jantung dengan kuasa baterinya mampu bertahan sehingga empat hari.

Harga kedua-dua peranti yang kalis air dan debu itu adalah berpatutan sejajar dengan teknologi yang dimilikinya iaitu RM899 dan RM599. – DHIYA’ZULHILMI DAUD

Related Posts:

  • Slimo : Alat yang Membolehkan Iphone Anda Dicas Tanpa Wayar Seperti yang kita ketahui, terdapat telefon pintar yang mempunyai ciri untuk mengecas tanpa wayar seperti Google Nexus 5. Malangnya kebanyakan telefon pintar yang ada sekarang tidak mempunyai ciri tersebut tetapi dengan m… Read More
  • Video : CARA BUAT LOGO ONLINE GUNA LOGO GENIE PRO Setiap kali nak buat blog atau fanpage baru, atau nak setup bisnes baru, rasa macam kurang ramuan plak kalau tak buat sekali dengan logo. Jutawan Internet, Irfan Khairi pun ada pesan: kalau takde logo, takde la jenama. Bil… Read More
  • Alcatel OneTouch Watch Alcatel secara tiba-tiba memperkenalkan jam pintar yang dikenali Alcatel OneTouch Watch yang sesuai dihubungkan ke mana-mana telefon pintar beroperasi pada Android 4.3 dan ke atas selain keupayaan minimum iOS 7. Meski… Read More
  • Gear 2, Gear Fit Trend Jam Pintar BUKAN sahaja dikenali sebagai pengeluar peranti telefon pintar, tablet ataupun phablet, Samsung juga pantas mengorak langkah dalam memperkenalkan gajet terbaharu miliknya iaitu Galaxy Gear 2 dan Gear Fit.Menariknya, peranti… Read More
  • UTM pamer kehebatan prototaip UAV Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melangkah dalam merintis projek penyelidikan dan pembangunan sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) dengan melancarkan prototaip pesawat itu yang dikenali sebagai UTM-UAV Camar 1, di si… Read More

0 comments :

Post a Comment