Wednesday, 21 May 2014

Selangor Menentang Sevilla FC Pada 26 Mei


Sevilla FC yang baru dinobatkan sebagai juara Liga Europa, akan menentang Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam pada 26 Mei.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata pasukan 'Red Giant' teruja untuk menentang kelab dari Sepanyol itu yang menewaskan saingannya dari Portugal, Benfica 4-2 melalui penalti di Stadium Juventus di Turin, Itali pada 14 Mei untuk merangkul kejuaraan Europa.

Sevilla FC adalah pasukan yang disegani dan ia satu penghormatan mendapat peluang untuk menjadi hos kepada mereka terutama selepas menjuarai Liga Juara-juara Europa 2014," kata beliau dalam satu kenyataan.

Abdul Mokhtar berkata ia sudah tentu perlawanan yang sukar bagi Selangor tetapi pasukan itu akan cuba mempamerkan aksi terbaik untuk memberi kepuasan kepada peminat tempatan.

Tiket berharga RM20 dan mula dijual mulai 3 petang pada Jumaat di Stadium Shah Alam.

Perlawanan akan bermula pukul 8.45 malam pada 26 Mei.

Bernama

Related Posts:

  • Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri? TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut. Mengambil kira faktor cua… Read More
  • Kami Tidak Ditaja Untuk Berkomplot. ULTRAS Malaya ingin perubahan dalam FAM. Kuala Lumpur: “Kami tidak ditaja untuk berkomplot dengan mana-mana pihak untuk melakukan protes terhadap kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). Kami lakukan ini hanyalah … Read More
  • Selangor Menentang Sevilla FC Pada 26 Mei Sevilla FC yang baru dinobatkan sebagai juara Liga Europa, akan menentang Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam pada 26 Mei.Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor Datuk Abdul Mokhtar Ahmad be… Read More
  • Chong Wei juara!!! FOTO AFP JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Seluruh England 2014 selepas menewaskan Chen Long dari China pada perlawanan final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal… Read More
  • Chong Wei Mempunyai Kembar? Sama tak? Macam kembarkan? Gadis ini, Ika Syazwani, 24, yang juga seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memuatnaik entri dalam Facebooknya `Congrats my twin! #DatoLCW”, dan tidak lama kemudian, postin… Read More

0 comments :

Post a Comment