Home
»
Berita
»
Mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran Diculik dan Dirogol
JAKARTA: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta."Mereka bergiliran. Yang tidak melakukan itu katanya pemandu kereta," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com pada Selasa.Laporan itu juga menyebut mahasiswi berkenaan masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.Portal berita yang sama sebelum itu mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.
Related Posts:
Serpihan Pesawat Kemungkinan Besar Milik MH370
Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang. Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Aw… Read More
Chong Wei juara!!!
FOTO AFP
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Seluruh England 2014 selepas menewaskan Chen Long dari China pada perlawanan final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal… Read More
Senarai Lengkap Penumpang Pesawat MH370
Malaysia Airlines menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing.
Dipetik dari Bernama, ia mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur.
Berikut adalah senarai penum… Read More
PDRM Bekerjasama Dengan Agensi Antarabangsa Siasat Kehilangan MH370
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) … Read More
Siapa Dua Individu Yang Menaiki Pesawat MH370 Yang Hilang??
Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.Dilaporkan terdapat i… Read More
0 comments :
Post a Comment