Wednesday 14 January 2015

Tindakan Akan Diambil Kepada Penyebar Berita Palsu - Ahmad Maslan


Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) 2015 hanya akan dibuat mulai Khamis ini dan bukan Ahad lepas seperti yang disebarkan melalui laman sosial dan aplikasi telefon pintar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.


Beliau berkata mesej BR1M yang tersebar mendakwa orang ramai boleh mengeluarkan BR1M mulai 11 Januari di CIMB Bank dan Bank Rakyat, Bank Muamalat dan Bank Islam (12 Jan) manakala bank-bank lain pada 13 dan 14 Januari.

“Ini jahat. Ada pihak yang membuat rakyat marah kerana mereka terpaksa pergi ke bank beratur untuk keluarkan BR1M.

 “Esok baru selesai dihantar kesemua 18 bank terpilih dan pada Khamis ini barulah penerima boleh mengeluarkan bantuan BR1M,”

 katanya dalam sidang media disini pada Selasa. Ahmad berkata bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pengagihan baucar BR1M akan dibuat mulai 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac. 

0 comments :

Post a Comment