Thursday 15 January 2015

Gajah jantan mengamuk memijak dan merosakkan beberapa kenderaan


Seekor gajah jantan di sebuah Taman Negara di Timur Laut Thailand dilaporkan mengamuk.
Mamalia itu kemudian bertindak memijak dan merosakkan beberapa buah kenderaan. 

Kejadian di Taman Negara Khao Yai sempat dirakam pengunjung.
Menurut pegawai Taman Negara, gajah berkenaan mungkin tertekan akibat bunyi bising oleh kenderaan yang menggunakan laluan itu.

Ia berikutan lebih ramai pengunjung melawat Taman Negara terbabit pada musim cuti.
Kejadian ini adalah yang kedua seumpamanya dalam tempoh setahun.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.


Isnin lalu, seekor gajah merempuh sebuah restoran di hadapan Taman Negara, dipercayai bagi mencari makanan.

0 comments :

Post a Comment