Tuesday 13 January 2015

HUSAM "TERSENYUM KAMBING!!!


Hujung minggu baru ni dipenuhi dengan jadual padat dikalangan sukarelawan banjir terutama bagi kawasan - kawasan disekitar Negeri di Pantai Timur. Kerja pasca banjir giat dijalankan.


Namun dilaman media sosial juga tidak lekang dengan cerita mengenai artis K-Pop yang peluk awek Malaysia bertudung atas pentas dan kecaman terhadap Si Peguam Yahudi tu.


Semua isu itu seolah - olah membuatkan orang lupa dengan isu yang dikaitkan dengan Si Husam Kambing tu sendiri. Ianya dilihat memberi sedikit nafas untuk Si Husam tu berehat.


Tetapi, dikalangan aktivis - aktivis Pro Ulama didalam PAS itu sendiri, mereka masih lagi mempertikaikan hubung-kait Si Husam tu dengan isu skandal pembalakkan di Hulu Kelantan.


Persoalan demi persoalan turut dibangkitkan oleh Facebooker El-Haraki didalam laman media sosialnya berkaitan dengan penglibatan Husam tu secara lansung dalam skandal tersebut.
“Adakah Husam Musa salah seorang yang terlibat dalam projek tarah hutan bagi mendapatkan balak? El-Haraki mohon Husam Musa tampil memberikan penjelasan, sebelum El-Haraki mendedahkan dengan lebih terperinci.

"Isu Balak dan juga isu bagi menjatuhkan YB Ustaz Nik Mohamad Abduh inilah yang mesti Husam Musa berikan penjelasan. Jangan hanya memfitnah orang sini dan sana semata-mata mahukan kuasa dan tamakkan harta," kata laman sosial itu.
El Haraki membuat permintaan itu sebagai menjawab facebooker pro PASMa-Cai yang mengaitkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan aktiviti balak.


Selain mendakwa Si Husam tu terlibat dalam aktiviti pembalakkan, El-Haraki juga turut mendakwa Si Husam tu cuba menyonglap duit bantuan yang telah diberikan sebelum ini. (Klik Sini).


Malah persoalan berkaitan 'Mengapa Si Husam Gelabah Sangat Dengan Banjir Balik di Kelantan' sehingga sanggup dia menuduh TNB menjadi punca banjir tu pun masih tidak berjawab.


Maka kesimpulannya, jangan la Si Husam tu rasa 'Selamat' sangat dengan isu - isu baru yang dibangkitkan sebelum ini. Hakikatnya, dia masih lagi 'Berhutang' dengan rakyat mengenai isu pembalakkan di Kelantan tu. Jangan dia nak 'Tersengeh' macam kerang busuk pulak!!!

0 comments :

Post a Comment