Setiap kali nak buat blog atau fanpage baru, atau nak setup bisnes baru, rasa macam kurang ramuan plak kalau tak buat sekali dengan logo. Jutawan Internet, Irfan Khairi pun ada pesan: kalau takde logo, takde la jenama. Bila takde jenama, bisnes nak berkembang pun payah.
Dan cara buat logo yang paling saya suka - guna Photoshop. Tapi sejak akhir-akhir ni, ada problem sikit bila nak guna Photoshop ni..start lepas saya downgrade komputer hari tu. Bila off jer komputer, pastu on balik nak guna, otometik PS ni takleh nak bukak..terpaksa install semula.
Nak install plak mahu 3-4 minit jugak nunggunya. Tu pun nasib baik guna versi portable punya..kecik sikit dia punya file. Dan macam tu laaa setiap kali..
Ada terpikir jugak untuk upah orang jer tolong buatkan..kita pun tak penat nak cari idea design. Cepat pun cepat. Tapi bila tengok harga pasaran servis design logo nih, rasa sayang pulak nak seluk poket ambik duit.
Caj untuk satu logo di iLancee.com |
Harga di majalah.com |
Harga di mudah.my |
Kali dengan 3.4 untuk duit Malaysia |
So, ada ke cara buat logo yang jimat bajet, tak perlu install apa-apa, boleh buat logo banyak-banyak dan paling penting, senang nak guna..sekalipun untuk orang baru belajar?
Jin logo yang pro :D |
Logo Genie Pro ni adalah hasil buah idea Edmund Loh, seorang Internet Marketer (IM) asal Malaysia tapi lebih aktif promote produk untuk pasaran antarabangsa seperti JVZoo dan Clickbank.
Blog peribadi bro Edmund |
InsyaAllah..nanti saya review plak produk ni |
Macam yang saya bagitau sebelum ni, kita memang tak perlu nak pasang apa-apa kat komputer untuk guna software ni..sebab Logo Genie Pro ni adalah software online. Cuma perlu login jer, klik 'Create Project' dan terus boleh buat keje-keje kreatif untuk design logo.
Nak klik butang 'CREATE' tu pun buleh.. |
Ada 15 kategori gambar dalam software ni yang boleh anda pilih sebelum nak mula design..terpulang pada anda mana yang paling kena dengan bidang bisnes anda.
Ada 300 gambar untuk dipilih |
Nama power, slogan memikat.. |
Siap dengan petak-petak grid..senang untuk center-kan logo |
Yang ni function yang ada kat bahagian side-bar belah kiri:
Jarang tukar warna background..biar putih jer |
Font pun banyak yang cantik-cantik |
Takde limit..boleh save seberapa banyak logo yang anda nak |
Kalau nak guna untuk tujuan offline, contoh nak cetak kat t-shirt atau banner yang kat tepi-tepi jalan tu, pilih '300 dpi'.
Lagi tinggi 'dpi', lagi besar file logo yang anda perlu download |
Logo dengan background putih jer boleh save dalam bentuk transparent background |
Kalau anda offer servis design logo guna software ni, saya rekemen anda download semua file ni dan hantar kepada pelanggan anda. Biar dia rasa terharu sebab dapat lebih nilai bila order servis dengan anda ;)
Amacam? Sempoi tak cara buat logo guna Logo Genie Pro nih? Klik-klik sikit, taip-taip sikit, dan nah..siap satu logo. Tapi kalau anda masih confuse cara nak guna software ni, boleh rujuk video ni. Tengok macam mana dia design logo dalam masa tak sampai pun tiga minit.
Logo Genie Pro ni Edmund Loh release untuk pasaran seluruh dunia. Jadi, untuk dapatkan software ni, anda perlu ada akaun Paypal. Tapi kalau takde pun takpe..boleh guna kad kredit atau kad debit.
Saya sendiri pun guna kad debit Maybank jer..kad ATM yang ada gambar buah ceri tu. Kalau anda ada kad ni, anda pun boleh dapatkan software Logo Genie Pro ni.
Kalau anda tak pasti cara nak guna kad ATM ni untuk buat bayaran online, boleh contact dan tanya call center Maybank. Tak pun, mungkin anda boleh start motor kejap dan tanya terus kat cawangan Maybank yang paling dekat dengan tempat anda :)
Tapi sebelum tu, anda mungkin tertanya-tanya: berbaloi ke buat pelaburan untuk dapatkan Logo Genie Pro nih?
Kalau anda tanya saya, saya takkan jawab lebih-lebih, saya takkan janjikan bulan bintang..tapi apa kata anda tengok sendiri contoh logo yang saya design cara
Sardin kira seafood jugak tak? |
Kalau rendah, panjat sendiri. Kalau tinggi, contact Brooke |
Ikut jejak langkah Mail bukak bisnes |
Malas nak basuh keta? Biar staf Bang Aji uruskan.. |
Melancong jer keje yer.. |
Tapi kalau anda termimpi-mimpi nak design logo yang gempak-gempak ala team NBA, maaf cakap..software ni memang bukan jodoh anda :)
Logo premium mau beratus-ratus gak dia punya caj |
Tak best arr kalau camni..cemana nak design logo nanti? Memang takleh buat apa-apa ke?
Rilekkk..saborrr. Kecik punya hal.
Ada dua cara untuk setel problem ni.
Satu, kita upgrade software ni kepada Logo Genie Pro Deluxe. Untuk versi Deluxe ni, bro Edmund akan tambah lagi 600 gambar. Dalam versi asal, dah ada 300 gambar. Jadi total semua sekali, kita akan dapat 900 gambar..silap-silap mungkin dapat lebih.
Termasuk sekali dalam pakej Deluxe ni ialah tambahan kategori-kategori baru seperti penjagaan kanak-kanak, pembinaan, kewangan, keselamatan dan banyak lagilah. InsyaAllah..gerenti tak kering idea untuk buat design nanti.
Tapi kalau harga untuk upgrade ni rasa macam mahal sangat, kita boleh jugak guna cara kedua.
Caranya, kita beli jer stock photo dari marketplace yang banyak terdapat kat Internet ni. Boleh beli satu-satu. Bila nak guna untuk design logo jer, baru kita beli.
Macam saya sendiri, tempat biasa saya shopping stock photo ialah Photodune. Kat sini, untuk satu stock photo kita boleh dapat dengan harga serendah $1 (lebih kurang RM3.50).
Kat Photodune ni murah sikit |
Dan sebelum saya letak titik noktah kat hujung review ni, boleh tak kalau saya nak tanya anda 3-4 soalan?
Anda serius ke perlukan logo? Nak design banyak-banyak, tapi nak save bajet? Nak design banyak-banyak, tapi nak cepat? Tak pun, anda ada plan tak untuk buat duit dengan offer servis design logo?
Ada soalan yang anda jawab ya? Kalau camtu, pegang mouse anda dan klik sini terus --►cara buat logo online.
Buat pelaburan anda dan grab software Logo Genie Pro ni cepat-cepat. Jangan pikir lama-lama..jangan tangguh-tangguh. Dan jadikan software ni sebagai hamba yang menjimatkan kos anda, atau sebagai mesin duit anda ;)
ps: bro Edmund takde rancang apa-apa untuk naik harga. Cuma takut nanti beliau tiba-tiba berubah hati..dan tanpa notis :)
kredit foto:
trinsite.com
0 comments :
Post a Comment