Friday, 16 January 2015
Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop - Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.
“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.
“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.
Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com , beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.
Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.
Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.
-Sumber
Related Posts:
Husam Dakwa MB Dan Sultan Kelantan Penyebab Banjir?? Nampaknya usaha untuk menjadi MB Kelantan tidak pernah pudar dari impian Husam. Terbaru, bencana banjir yang menimpa Kelantan digunakan sebagai alasan team Husam untuk menghentam kepimpinan MB Kelantan termasuk Sultan yan… Read More
Altantunya: Pakatan Ditarbiah Hakim Makamah KETIKA dua tertuduh dalam kes pembunuhan Altantunya dibebaskan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013, pembangkang berpesta menuduh sistem keadilan di Malaysia sudah musnah. Penulis tidak reka cerita ini, tapi ia disebut oleh… Read More
Audit RM 50 Juta Bantuan Kerajaan Pusat Kepada Kelantan Perlu Diadakan? KETIKA bencana banjir besar atau Bah kuning melanda Kelantan, tak pulak kita dengar kerajaan Kelantan sibuk-sibuk nak bantuan rakyat. Hampir kesemuanya diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan persekutuan dan agensi dibawah… Read More
Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop - Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri R… Read More
OSTAZAH PENING CERITA PASAL "K-POP" PULAK!!! Heh! Berita ni memang satu perkara yang tak perlu kita nak herankan sangat sebenarnya. Si Ostazah Pening yang tak bertauliah tu sudah pasti akan memberikan respon mengenai isu ni. Lagi pun dia lebih suka menyalak dan mer… Read More
0 comments :
Post a Comment