Pembangkang cuba menjadikan data dari laman web yang merekod lokasi pesawat di seluruh dunia, FlightRadar24 sebagai petunjuk untuk memfitnah Datin Seri Rosmah menggunakan harta kerajaan ketika Datuk Seri Najib sudah berada di Malaysia melawat mangsa banjir.
Ini sebenarnya satu pembohongan kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, Datin Seri Rosmah tidak pulang ke Malaysia selepas percutian di Hawaii dengan menaiki jet kerajaan, sebaliknya pesawat komersial.
Pesawat itu seperti yang dijelaskan sebelum ini, perlu menjalani pemeriksaan teknikal di Amerika Syarikat.
Selain itu, data dari FlightRadar24 tidak semestinya tepat kerana mereka bergantung kepada feed (suapan) dari sumber-sumber yang antara lain tidak boleh dipercayai. Semua suapan ini bergantung kepada maklumat dari ADS-B transponder - dimana tidak semua menara kawalan di dunia bergantung kepadanya.
Pendekkan cerita, banyak pasal FlightRadar24 ini yang boleh diragui, tak masuk fakta bahawa penerbangan sebuah pesawat rasmi kerajaan yang antara lain membawa pemimpin penting sesebuah negara, dalam keadaan tertentu perlu dijalankan dalam kerahsiaan bagi tujuan keselamatan.
Tapi yang lebih penting lagi, FlightRadar24 hanya menunjukkan dimana lokasi pesawat, bukan siapa di atas pesawat. Jadi kalau dengan hanya menggunakan data itu untuk mengatakan Datin Seri Rosmah bersenang lenang atas pesawat kerajaan, tidak betul kerana FlightRadar24 tidak menunjukkan siapa di atas pesawat itu!!
Kalau nak diperdebatkan sekalipun data dari FlightRadar24 itu, boleh juga.
Apakah maknanya perhentian selama hanya sejam setengah di beberapa destinasi yang disebutkan? Dalam masa sesingkat itu, apakah sempat untuk pergi membeli belah dan sebagainya - sekiranya benar dakwaan pesawat itu digunakan untuk membawa isteri pemimpin berjalan-jalan?
Jadi dalam hal ini, keupayaan otak berfikir perlu digunakan dengan lebih kerap, jangan guna kepala lutut.
0 comments :
Post a Comment