Wednesday, 14 January 2015

Altantunya: Pakatan Ditarbiah Hakim Makamah



KETIKA dua tertuduh dalam kes pembunuhan Altantunya dibebaskan Mahkamah Rayuan pada Ogos 2013, pembangkang berpesta menuduh sistem keadilan di Malaysia sudah musnah. Penulis tidak reka cerita ini, tapi ia disebut oleh R Sivarasa pada 24 Ogos 2013 dalam Suara Keadilan seperti dibawah:-


“Pendakwaan kedua ini cacat dan skrip ulangan yang melucukan kerana mahkamah gagal mengenalpasti dan mendakwa individu yang mengarahkan pembunuhan terhadap Altantuya dilakukan. Ini menyebabkan sistem keadilan di Malaysia hancur di mata dunia”

Itu lidah bercabang rasmi, lidah tak bertulang yang lain pun ikut sama memperlekehkan sistem keadilan negara kita. Konon mendiang meletup sendirilah, C4 salahlah, itulah inilah.

Sekarang Mahkamah Persekutuan dah menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua tertuduh terbabit, apa lagi agaknya pembangkang mau spin, masih hancurkah sistem keadilan Malaysia di mata dunia?

Penulis seorang yang percaya dengan sistem keadilan negara kita, maka itu tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut kes tersebut lagi. Semua orang pun tahu Mahkamah Persekutuan adalah jalan terakhir untuk mana-mana tertuduh dan pendakwa merayu.

Yang penulis cuba katakan ialah bagaimana pembangkang terlalu gelojoh nak merendahkan sistem keadilan di negara ini bila keputusan itu tidak selari dengan aspirasi politik mereka yang penuh kebencian dan dendam, walhal tahu proses itu belum selesai walaupun tertuduh telah dibebaskan Mahkamah Rayuan.

Seolah-olahnya Mahkamah hanya dilihat adil kalau keputusan itu ikut kehendak mereka, kalau tak ikut kalu, tak adil, mana boleh macam itu?

Maka itu ambillah iktibar dari apa yang berlaku dalam kes ini sebagai panduan bila Pakatan mempersoalkan apa juga keputusan Mahkamah di masa depan – dengan kes Anwar tak berapa jauh lagi ni. Sesungguhnya ingatlah, mereka bukan nak cari keadilan tapi nak berpolitik.

0 comments :

Post a Comment