Friday, 7 March 2014

Syamsul Yusof Mungkin Tunda Majlis Nikah


Para peminat yang tidak sabar mahu melihat pasangan ini untuk bersatu pada hujung minggu ini mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi selepas ada kemungkinan yang Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal menunda majlis mereka.
Bercakap kepada Sinar Harian, Yusof Haslam berkata kesihatan anaknya itu kini tidak konsisten dan doktor yang merawatnya menjangkakan pengarah popular itu untuk sembuh sepenuhnya empat ke lima hari lagi dalam keadaan dirinya ketika ini.
“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahulah sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak”
“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini. Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya”
“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” ujar Yusof Haslam.
Yusof Haslam juga berkata yang beliau tidak fikir majlis pernikahan akan berjalan di hospital kerana ianya tidak manis selain mungkin tidak dibenarkan pihak hospital.

Related Posts:

  • Yahanana Versi Disco {Video} Apa yang berlaku sebenarnya di sini? Harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan dan B.O berharap kejadian sebegini tidak berlaku lagi kerana akan mencemar kesucian Agama Islam. Saya Berharap Kejadian Seperini tidak aka… Read More
  • Tindakan Sakinah Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara. Pelakon, Sharifah Sakinah mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping foto baju-t yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya. Sharifah Sakinah berkata kepada Sinar Harian tindakannya … Read More
  • Orang-orang Yang Menakutkan. { 5 Gambar }Saya berharap ianya bukan mayat sebenar. … Read More
  • Perceraian Setelah Bersetubuh Dalam Idah Soalan:Saya telah diceraikan suami melalui SMS tanpa pengetahuan saya. Dalam masa idah, dia ada beberapa kali ‘bersama’ dengan saya. Tapi setelah tiga bulan, baru dia berterus-terang yang dia telah menceraikan saya. Kami … Read More
  • Sek Parti Di Pangsapuri Mewah Polis sedang menyiasat dakwaan rancangan penganjuran parti seks di pangsapuri mewah di empat bandar utama pada 4 Mei ini.Penganjur dikatakan akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM300 kepada pengunjung lelaki.Bagaimanapun… Read More

0 comments :

Post a Comment