Sunday, 9 March 2014
Home
»
»
Radar Militari Kesan MH370 Berpatah Balik
Radar Militari Kesan MH370 Berpatah Balik
Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan ‘air turn back’ atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.
Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).
“Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,” katanya.
BERNAMA
Related Posts:
Terkini! Pesawat Virgin Australia Airlines Dirampas Adalah Palsu Jakarta: Sebuah pesawat Virgin Australia Airlines jenis Boeing 737-800 yang dilaporkan dirampas pagi tadi adalah satu berita palsu. Pesawat Virgin Australian Airlines yang dalam perjalanan Brisbane-Bali sebelum ini dilapork… Read More
Orang-orang Yang Menakutkan. { 5 Gambar }Saya berharap ianya bukan mayat sebenar. … Read More
Dasar Yang Diamalkan Kerajaan Tidak Memberi Faedah. { Video } "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Pe… Read More
Sek Parti Di Pangsapuri Mewah Polis sedang menyiasat dakwaan rancangan penganjuran parti seks di pangsapuri mewah di empat bandar utama pada 4 Mei ini.Penganjur dikatakan akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM300 kepada pengunjung lelaki.Bagaimanapun… Read More
Bila Isteri Digantung Tak Bertali, Suami Jiran Menjadi Penganti Sebagai ‘Suami’ dan ‘Bapa’ Sekadar gambar hiasan. DIA mempunyai suami, hidup sendiri tapi tidak ditalak. Suaminya hilang tanpa berita. Lama… malah tak pernah muncul bertahun-tahun. Perbuatan suami itu mengundang derita kepadanya, lalu hadir seorang … Read More
0 comments :
Post a Comment