Wednesday, 5 March 2014

AWAS !!Amaran Professor USM Mengenai Bahaya Krim Pemutih



Ramai wanita menginginkan muka yang putih dan berkilat sampai kelihatan seperti pelakon opera cina. Sebelum ini pernah kecoh dengan skandal produk pemutih muka yang diharamakan kerana mengandungi merkuri yang tinggi. Nampaknya kini produk pemutih bermerkuri ini kembali semula di pasaran tempatan.

Penggunaan merkuri di dalam produk kecantikan ini bukan perkara baru. Sebenarnya merkuri sudah diharamkan penggunaannya di dalam produk kecantikan di Eropah sejak 1976 dan di Amerika sejak 1990an. Merkuri adalah produk beracun dan jika ada saudara mara anda yang muka putih melepak dan berkilat, tapi leher ngan lengan hitam, silalah tegur mereka sebelum terlambat.

Sebelum merkuri, serbuk plumbum digunakan oleh wanita sejak zaman Greek lagi untuk mendapatkan kulit muka yang putih. Kulit putih melepak dan pucat dianggap sebagai simbol status masyarakat yang tinggi kerana wanita bangsawan yang tidak bekerja mempunyai kulit yang pucat. Serbuk plumbum disapu pada muka untuk memutihkan kulit. Plumbum juga digunakan pada celak yang dibuat di timur tengah dan India. So kalau anda masih pakai celak oldskoool janganlah pakai selalu kerana ia juga mengandungi plumbum.

Ingatlah bahawa kecantikan luaran tidak bermakna jika organ dalaman anda rosak akibat keracunan.

Ini komen dari Professor Faridah Abdul Rashid. Professor of Biochemistry & Medical IT at Universiti Sains Malaysia.
Sumber

Related Posts:

  • Festival Belia Putrajaya FBP May 2014 Tarikh date: 23-25 Mei 2014 Tempat venue: Persiaran Perdana, Presint 4, PutrajayaMasa time: 10AM-10PMTicket: Free - twitter Festival Belia Putrajaya 2014 kali ini hadir dengan mempamerkan bakat kolektif… Read More
  • Dihenti Kerana Terus Ugut Kerajaan? MUNGKIN ramai tidak tahu bahawa lesen operasi yang dimiliki Air Asia hari ini adalah asalnya lesen yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada sebuah syarikat milik bumiputra yang tidak perlu dinamakan disini. Atas sebab t… Read More
  • Perlukah Basuh Enjin Kereta? SIAPA yang tidak suka melihat kereta berkilat? Pasti semua bersetuju dengan kenyataan itu. Sememangnya kereta berkilat apabila dibasuh menyelesakan mata kita. Tapi adakah ia bagus terhadap kereta ataupun komponen kereta kit… Read More
  • Dulu Percuma 20 Liter... Sekarang Bayar RM2 Seliter Asalnya nak naik percuma 20 liter... sekarang nak basuh tangan kena beli air satu liter (mineral) bayar dua ringgit. Itulah keluhan orang ramai mengenai 'kebijaksanaan' kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid I… Read More
  • Tindakan Polis Betul – Tun Mahathir 1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan … Read More

0 comments :

Post a Comment