Sunday, 16 March 2014
Ranking Bola Sepak Malaysia.
Malaysia naik ke tangga 141 senarai ranking bola sepak dunia. Mungkin bagi sesetengah orang, angka itu tidak membawa apa-apa makna tetapi bagi kami, ia tetap disambut dengan gembira kerana ia adalah cermin kepada persembahan skuad negara.
Sebelum ini, Malaysia menduduki tangga ke-150 dan kedudukan di ranking ke-141 itu ada hubung kait dengan keputusan perlawanan menentang Filipina dan Yaman.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedar bahawa ranking hanya dapat ditingkatkan jika menyertai lebih banyak perlawanan terutama menentang pasukan di kedudukan lebih baik berbanding skuad negara.
Perkara itu tidak pernah lekang daripada jadual yang diatur FAM dan kami terpaksa akui bahawa Malaysia perlu menjalani lebih banyak perlawanan persahabatan atau kompetitif kerana kita perlu berada di tahap lebih baik jika mahu Liga-M menjadi lebih terkenal berbanding sekarang.
FAM sedang merangka pelbagai perlawanan persahabatan atas dasar serampang dua mata. Selain memberi pengalaman dan pendedahan buat skuad kebangsaan, kita juga mahu kedudukan Malaysia lebih baik berbanding sekarang.
Tidak mustahil, satu hari nanti, kita mampu mengisi kedudukan di bawah 100 terbaik dunia tetapi untuk ke peringkat itu, bukanlah semudah disangka. kerana bukan kita saja yang mengimpikan tempat terbabit.
Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Jadi, FAM sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik, walaupun ada kalanya kesilapan tetap berlaku. - semata-mata mahu memastikan bola sepak tetap menjadi sukan nombor satu di Malaysia.
Apa yang penting, semua pihak harus bekerjasama kerana tanpa bantuan, mustahil FAM dapat melaksanakannya dengan mudah.
FAM sentiasa mengamalkan dasar buka pintu kepada mana-mana pihak yang mahu memberikan cadangan berhubung kaedah terbaik untuk meningkatkan kualiti bola sepak Malaysia.
Sedar atau tidak, bola sepak kita sebenarnya sudah semakin mendapat perhatian dan buktinya, lihat saja stadium seluruh negara setiap kali perlawanan Liga-M berlangsung dan anda akan dapat jawapannya.
Kejayaan itu bukanlah milik mutlak kami sebaliknya ia turut bergantung kepada peminat dan penyokong yang selama ini tidak jemu menzahirkan sokongan terhadap pasukan kesayangan masing-masing.
Ibarat aur dengan tebing, begitulah juga kami di FAM dengan pihak luar kerana tanpa peminat dan penyokong, tidak mungkin kami dapat meneruskan cita-cita untuk melonjakkan tahap bola sepak kita.
Kejayaan Malaysia menduduki tangga ke-141 dunia ketika ini - walaupun masih jauh daripada yang diharapkan - adalah satu petanda positif.dan ia harus diperbaiki pada masa akan datang.
Terima kasih rakyat Malaysia.
Sumber
Related Posts:
Gadis Melayu Jadi Barua DAP Hina UiTM Anjur Seminar Kalimah Allah Dyana Sofya Mohd Daud Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), akhirnya, Dyana Sofya Mohd Daud memilih untuk mendapat sumber pendapatan beliau daripada parti yang paling banyak menentang kepentingan bumip… Read More
Perceraian Setelah Bersetubuh Dalam Idah Soalan:Saya telah diceraikan suami melalui SMS tanpa pengetahuan saya. Dalam masa idah, dia ada beberapa kali ‘bersama’ dengan saya. Tapi setelah tiga bulan, baru dia berterus-terang yang dia telah menceraikan saya. Kami … Read More
Tun Mahathir Kongsi Kisah Kejayaan Malaysia Tewaskan Pengganas Komunis Kesediaan rakyat Malaysia menggalas senjata untuk memerangi pengganas komunis selain usaha kerajaan untuk menambat hati dan minda rakyat merupakan dua sebab mengapa negara ini dapat menewaskan pemberontak.Bekas perdana … Read More
{Video} Kota Mekah Dilanda Banjir. Kota Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam kini sekali lagi dilanda banjir dan hujan lebat.Pemandangan ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun ya… Read More
6 Wanita yang Tak Boleh Dijadikan Istri ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kri… Read More
0 comments :
Post a Comment