Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Tuesday, 10 January 2017

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...


JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Menurut pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.

 "Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot.

Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini,

Semalam. Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Tak apa kalau saya tak dapat pakai baju Melayu di sini, Insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti," jelas Faiz.

Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

Malah, Faiz mengambil peluang dapat menghadiri majlis berprestij tersebut dengan bergambar bersama legenda-legenda bola sepak dunia seperti Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan ramai lagi.

MOHD. FAIZ SUBRI bergambar bersama Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan Michel Solg

Dia juga mengambil kesempatan bergambar bersama jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson. -SO

Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?


TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.
Mengambil kira faktor cuaca sejuk di Zurich yang mencecah 0 darjah Celsius, memilih mengenakan pakaian tajaan Kinslager itu adalah pilihan terbaik buat pemain berusia 29 tahun tersebut.

Malah, Faiz mengambil peluang dapat menghadiri majlis berprestij tersebut dengan bergambar bersama legenda-legenda bola sepak dunia seperti Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan ramai lagi.

MOHD. FAIZ SUBRI bergambar bersama Diego Maradona, Roberto Carlos, Gabriel Batistuta dan Michel Solg

Dia juga mengambil kesempatan bergambar bersama jurulatih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson. -UTUSAN

Monday, 9 January 2017

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?



TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Walaupun lagu dan laman sesawang rasmi itu tidak akan banyak membantu memperbaiki imej PPBM yang tercalar, namun kewujudannya menampakkan pemimpin PPBM ingin benar berentap pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Apatah lagi pada 8 Januari 2017, PPBM telah melengkapkan senarai kepimpinan sayap pertamanya iaitu Armada PPBM yang diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan dibantu oleh timbalannya, Mohd Aizad Roslan dari Kedah.

BACA : SENARAI KEPIMPINAN ARMADA PPBM

Namun demikian, PPBM tidak akan beroperasi dengan baik seperti dirangka. Bukan sahaja kerana terpalit dengan pelbagai isu dan skandal melibatkan moral para pemimpin tertingginya sahaja, namun satu lagi sayap parti berkenaan masih lumpuh buat masa ini.

Kununnya seperti seekor Helang Merah membelah awan dan laut Andaman untuk menangkap mangsa di persada bakau Langkawi, parti serpihan Umno itu sebenarnya sekarang sekadar ‘mengepak’ di sarangnya sahaja.

Mana tidaknya, hanya satu sahaja sayap yang berfungsi, manakala sebelah lagi sayap parti tersebut sudah dicemari dengan kejijikan ‘4 kali klimaks’ sehingga patah sayap tak mampu paruh menongkat bumi.

Mahu ataupun tidak, kepimpinan PPBM harus segera menggantikan ‘permata yang hilang’ dari sayap Srikandi PPBM itu dengan pucuk yang baharu untuk berentap secara gentleman di gelanggang...

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?


"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

1. Minggu lepas, saya terkejut bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menafikan bahawa jumlah lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah disebabkan oleh penjualan tanah negeri. Saya telah menyediakan pelbagai perangkaan untuk membuktikan perkara itu dan telah meminta beliau untuk mengajar saya matematik istimewanya.

2. YAB Lim nampaknya telah begitu terasa dengan ini dan mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menyerang saya dengan mengatakan bahawa saya tidak faham akaun dan memberikan pelbagai angka yang mengelirukan untuk mewajarkan serangannya.

3. Kenyataan beliau, yang penuh dengan penghinaan, nampak seperti satu serangan yang paling peribadi sejak bermulanya kerjaya politik YAB Lim. Ini membuktikan bahawa kenyataan saya adalah tepat dan telah mendedahkan pembohongan beliau.

4. Meskipun menerima serangan secara peribadi itu, saya gembira kerana YAB Lim telah mengesahkan beberapa perkara yang telah saya katakan yang membuktikan bahawa propaganda DAP yang selalu diguna semula itu adalah pembohongan secara terang-terangan.

5. Perkara pertama adalah bahawa YAB Lim telah mengesahkan bahawa perbelanjaan operasi kerajaan Pulau Pinang telah meningkat 3 kali ganda sejak tahun 2008 hingga 2015. Peningkatan yang besar ini akan berterusan kerana perbelanjaan operasi di bawah bajet Pulau Pinang untuk 2017 dijangkakan menjadi 5 kali ganda daripada perbelanjaan pada tahun 2008.

6. YAB Lim berkata bahawa saya sepatutnya memuji beliau kerana masih mempunyai lebihan walaupun peningkatan 3 kali ganda dalam perbelanjaan. Beliau berkata ini adalah hasil daripada prinsip CAT kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah membawa kepada "kawalan kos yang dicapai melalui tender terbuka yang berdaya saing yang memberikan kita harga yang terbaik".

Walau bagaimanapun, saya tidak faham apa yang dimaksudkannya kerana kawalan kos dalam dunia sebenar bermakna bahawa perbelanjaan operasi akan berkurangan dan bukannya meningkat sebanyak 300%.

7. Perkara kedua ialah YAB Lim akhirnya mengakui bahawa "BN Pulau Pinang menjual lebih banyak tanah tetapi mendapat kurang daripada DAP" yang sering digunakan itu adalah mengelirukan. YAB Lim bersetuju bahawa kebanyakkan "tanah" yang BN jual dalam propaganda mereka ini sebenarnya adalah hak penambakan tanah - dan bukannya tanah sebenar.

8. Walau bagaimanapun, YAB Lim terus mengelirukan dengan mengatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menjual hak penambakan ini hanya sebanyak RM1 psf seperti dalam kes projek penambakan Tanjung Tokong.

Beliau nampaknya telah lupa bahawa hak RM1 psf ini juga datang dengan syarat bahawa sebaik sahaja dituntut semula, pemaju perlu menyerahkan 10% daripada tanah yang ditambak secara percuma kepada Kerajaan Negeri.

9. Ini adalah tanah yang sama yang kerajaan Pulau Pinang gunakan untuk membiayai projek Terowong Pulau Pinang RM6.34 bilion mereka yang kontroversi itu dan laporannya yang sangat mahal yang berharga RM305 juta itu.

Ini membuktikan bahawa dakwaan bahawa BN Pulau Pinang menjual tanah atau hak tanah dengan harga RM1 psf itu sememangnya adalah tidak benar kerana tanah yang diserahkan sebagai sebahagian daripada perjanjian jualan kami adalah jelas lebih tinggi daripada itu.

Media perlu bertanya tentang kebenaran perkara ini kepada YAB Lim.

10. Perkara ketiga yang YAB Lim lakukan adalah bahawa beliau telah mengakui bahawa saya adalah Pengerusi SPAN yang baru yang bermula pada 1 Disember 2016 walaupun beliau tanpa sebab telah menyalahkan saya untuk pelbagai masalah air pada masa lalu sebelum saya mula bertugas.

Disebabkan jawatan terkini saya inilah menyebabkan saya boleh mengesahkan propaganda DAP yang banyak kali digunakan iaitu "DAP Pulau Pinang telah mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% kerana CAT".

11. Apa yang sebenarnya berlaku ialah SPAN dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih RM655 juta hutang kerajaan yang sedia ada dan menukarkannya kepada pajakan tahunan sebanyak RM14.56 juta yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar kepada Kerajaan Persekutuan selama 45 tahun, yang mana kembali kepada jumlah yang sama.

12. Oleh itu, daripada pinjaman, ia ditukarkan ke dalam bentuk pajakan. Sebagai balasan, kerajaan negeri Pulau Pinang mencagarkan pelbagai aset air dan tanah negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

13. Dalam kenyataannya minggu lepas, YAB Lim mendakwa bahawa pendapatan yang digunakan untuk membayar 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan itu datang dari cukai tanah dan yuran tanah yang lain.

14. Laporan Ketua Audit Negara jelas menunjukkan bahawa pendapatan cukai tanah kekal statik. Ia hanya meningkat daripada RM93 juta pada tahun 2008 kepada RM104 juta pada tahun 2015 - jelas tidak mencukupi untuk membayar peningkatan besar dalam perbelanjaan.

15. Apa yang telah menunjukkan satu pertumbuhan yang besar adalah item yang dipanggil "Premium Tanah - Pemberian Hak Milik" yang telah meningkat setiap tahun daripada RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM324 juta pada tahun 2015.

16. Ketua Audit Negara juga telah menjelaskan bahawa item ini adalah hasil daripada jualan tanah. Antara tahun 2008 hingga 2015, ia berjumlah RM1.22 bilion - jelas lebih tinggi daripada lebihan negeri terkumpul iaitu RM574 juta.

Angka-angka ini tidak termasuk aset-aset lain yang dijual oleh PDC Pulau Pinang dan tanah yang telah diniagakan seperti tanah RM6.34 bilion untuk Terowong Pulau Pinang dan tanah untuk membayar projek Pelan Induk Pulau Pinang sebanyak RM46 bilion di mana kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah berkata bahawa mereka akan meminjam berbilion-bilion yang jumlahnya tidak ditentukan dari bank-bank.

17. Dalam item perakaunan yang berasingan, kerajaan Pulau Pinang juga telah menerima bayaran untuk jualan tanah daripada PDC sebanyak RM173.5 juta di antara tahun 2013 dan 2015 - bermakna jumlah hasil daripada penjualan tanah negeri kini akan berjumlah kira-kira RM1.4 bilion.

18. Pemeriksaan kami ke atas akaun itu juga menunjukkan bahawa antara tahun 2010 dan 2014, Kerajaan Pulau Pinang telah menutup pelbagai akaun pemegang amanah negeri seperti "Akaun Perumahan Awam Kos Rendah" dan "Pinjaman Projek Bekalan Air Luar Bandar" dan memindahkan bakinya kepada dana gabungan Negeri dan mengiktirafnya sebagai pendapatan negeri - yang mana membantu untuk menampakkan peningkatan lebihan negeri ini.

Jumlah pemindahan ini adalah sekurang-kurangnya sebanyak RM240.19 juta.

19. Dengan mengabaikan kesan penjualan tanah negeri dan helah perakaunan yang berkaitan dengan pemindahan akaun pemegang amanah untuk diiktiraf sebagai hasil negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berada dalam defisit bajet yang semakin teruk untuk setiap tahun sejak tahun 2010.

Daripada lebihan terkumpul sebanyak RM574 juta dari tahun 2008 hingga tahun 2015, ia akan mengumpulkan defisit sebanyak RM1.057 bilion.

20. Beberapa bulan yang lalu, saya telah mencabar YAB Lim dan Institut Pulau Pinang untuk mengesahkan 12 perkara tentang kemerosotan ekonomi dan kewangan Pulau Pinang atau saman saya jika saya salah.

Antara lain, ia termasuklah penemuan bahawa Pulau Pinang mengalami pertumbuhan yang terendah dalam gaji median antara tahun 2010 hingga 2015, pertumbuhan ke-4 terendah dalam pendapatan isi rumah median antara tahun 2009 hingga tahun 2014 dan bahawa Pulau Pinang mempunyai pertumbuhan KDNK per kapita ke-4 paling teruk bagi tempoh 2008 hingga 2015 - dengan negeri-negeri lain telah mengatasi Pulau Pinang.

Malangnya, cabaran saya tidak disahut oleh kedua-dua YAB Lim dan Institut Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan yang mengatakan ia enggan untuk menjawab saya.

21. Saya telah menegaskan sebelum itu bahawa menjual aset negeri untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran tahunan yang melambung tinggi bukanlah sesuatu yang bijak dan sama dengan menjual kepentingan negeri - satu trend yang berterusan dengan jualan saham negeri baru-baru ini dalam syarikat Pulau Jerejak untuk RM156 juta dan satu tender lain untuk menjual tanah daripada jualan kepada EcoWorld Bhd yang dibatalkan.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Pulau Pinang terus bergantung kepada propaganda palsu untuk memberi gambaran palsu berkenaan prestasinya untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang.

Kenyataan YAB Lim yang ditujukan kepada saya minggu lepas sekali lagi membuktikan perkara ini.


Liang Teck Meng.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

9 Januari 2017.

Email

budakoptimis@gmail.com

Monday, 31 October 2016

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang



PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Seluruh umat Islam di dunia ini telah mengecam tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai amat biadap dan keterlaluan.

Namun lain pula berlaku di Malaysia apabila ada seorang lelaki mengaku beragama Islam tetapi sanggup mengucapkan tahniah kepada puak pemberontak Syiah Houthi berkenaan.

Seorang bekas aktivis mahasiswa bernama Khalid Mohd Ismath dilaporkan berbuat demikian melalui status laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Ketua Biro Propaganda Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu juga dengan rasa tidak bersalah telah menyifatkan kerajaan Arab Saudi sebagai barua Amerika.

“Setelah ribuan nyawa dibom oleh Saudi di Yaman dalam tempoh setahun ini, aku Ucap syabas kepada Gerilla Yaman kerana telah berjaya memasuki Jeddah.

“Semoga Istana barua Amerika di Tanah Suci itu runtuh tidak lama lagi. #prayforyaman,”tulisnya.
Khalid merupakan bekas aktivis mahasiswa propembangkang memang sejak dari dahulu lagi dikenali sebagai seorang pengikut tegar Syiah di Malaysia.
Kecintaannya terhadap fahaman Syiah dikatakan amat tinggi sehingga pernah menyebabkan keretakan hubungan rumah tangga yang dibina pada 2012 lalu. Ini terjadi kerana bekas isterinya merupakan seorang penganut agama Islam bermazhab Syafie, manakala Khalid sebaliknya.


Ketika di zaman mahasiswanya, Khalid banyak berorientasikan fahaman politik PAS kerana terpengaruh dan mengikut telunjuk Timbalan Presiden PAS ketika itu iaitu Mohamad Bin Sabu atau Mat Sabu.

Namun selepas keluar dari dunia mahasiswa, Khalid menyertai PSM sebagai platform perjuangan politik dirinya.

Bukan sahaja memberi reaksi yang biadap terhadap insiden serangan peluru berpandu balistik itu sahaja, sebelum itu Khalid turut menyifatkan kenyataan Mufti Perlis yang mengecam serangan tersebut sebagai permainan sentimen.

“Bukan niat aku untuk melabel. Namun inilah yang parah sedang terjadi. Arab Saudi dan pecintanya di malaysia ini yang berlambak kat pejabat mufti Perlis itu sedang memainkan sentimen kaabah untuk menyerang Syiah,” tulisnya lagi di media sosial.

Pihak berkuasa seharusnya memandang serius terhadap kenyataan biadap Khalid ini kerana ia mempunyai unsur hasutan dan berniat jahat keatas Kota Suci umat Islam berkenaan. –Tv14


Monday, 22 August 2016

Chong Wei Mempunyai Kembar?


Sama tak? Macam kembarkan? Gadis ini, Ika Syazwani, 24, yang juga seorang penuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memuatnaik entri dalam Facebooknya `Congrats my twin! #DatoLCW”, dan tidak lama kemudian, posting berkenaan menjadi viral serta dikongsi oleh netizen.
Memang betul seperti yang dikatakan oleh Ika, mukanya memang macam `kembar’ Datuk Lee Chong Wei.
“Siapa sangka orang akan kata saya seperti Datuk Lee Chong Wei. Mungkin disebabkan kami mempunyai struktur wajah sama,” kata Ika yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Nenek Ika berketurunan Cina.
Ini bukan kali pertama Ika mendapat perhatian, pada 2013, wajahnya juga menjadi viral gara-gara Chong Wei memenangi pingat Perak dalam sukan Olimpik.
“Saya rasa nak ketawa kerana...

Lanjut : TV14

Friday, 19 August 2016

Pengajaran Buat Zaharin

Gambar Hiasan

Zaharin merengus keseorangan. Ini tempat terakhir yang mahu dikunjunginya di muka bumi.
Jabatan Kecemasan hospital kerajaan ini memang sentiasa sesak nak mampus kerana perkhidmatan yang lembab.

Zaharin tidak ada pilihan lain. Yang sakit adalah ibu mertuanya. Ibu mertuanya tidak mempunyai insurans. Mahu bawa ke hospital swasta Zaharin tidak mampu. Mahu tidak mahu, hospital kerajaan yang cabuk ini jugalah yang terpaksa dia hadap.

Segalanya terjadi selepas ibu mertuanya tiba2 pengsan di meja makan. Hingga kini tidak sedarkan diri. Ibu mertuanya memang mengidap darah tinggi dan degil tidak mahu makan ubat. Ibu mertuanya hanya amal ubat homeopati yang dipercayai zaman berzaman. "Ubat di hospital adalah ubat kimia dan racun, jangan diamalkan," teringat Zaharin akan kata2 duktur homeopati yang merawat ibunya. Duktur tersebut memang amat terkenal kerana merupakan duktur perubatan pada asalnya sebelum menjual produk homeopati. Malangnya bila ibunya pengsan, duktur homeopati enggan merawatnya dan menyuruh dibawa ke hospital. Suspek kurang gula dalam darah katanya. Zaharin kecewa. Takkan tiada ubat homeopati yang boleh membangunkan ibunya semula. Selama ni dok kata jangan percaya ubat spital, kini suruh juga pergi ke sana.

Zaharin bertambah bengang dengan hospital kerajaan. Parking menjadi satu masalah yang tak pernah diselesaikan. Apa salah bina saja parking bawah tanah bertingkat macam di Pavillion Bukit Bintang tu? Lalu Zaharin pun berzikir memaki hamun pemerintah dalam hati.

Zaharin lebih geram apabila dia cuba parking keretanya, ada pengawal keselamatan yang datang menghalang.
Zaharin hanya menjerit pada pengawal tersebut, " Ko nak makan penumbuk? Mak mentua aku masuk kecemasan tu. Ko nak saman kereta aku ko samanlah! Bodoh punya guard!" Guard tersebut terkedu mendengar kata2 Zaharin. Dia sedar siapa dirinya. Nak lawan Zaharin pun dia sudah tua berbanding Zaharin yang muda dan sado.

Seorang dressar menegur Zaharin dengan berkata, "Encik tak boleh park di situ."
Zaharin terus masuk ke jabatan kecemasan tanpa menghiraukan dressar tersebut. Ibu mertua Zaharin sudah dimasukkan ke zon kritikal untuk rawatan. "Bangang betul depa ni semua, tak boleh nak faham yang mak mertua aku sakit kritikal," Zaharin berbisik di dalam hatinya yang sedang marak menahan marah.

Zaharin melihat jam di tangannya. Sudah hampir 2 jam ibunya dimasukkan ke zon kritikal. Zaharin telah mendapat berita buruk bahawa ibu mertuanya telah koma kerana mengalami pendarahan di dalam otak. Dia menelefon duktur homeopati kepercayaannya zaman berzaman tapi tidak berangkat. Zaharin bertambah resah.

Semuanya serba tak kena. Hospital beri perkhidmatan lembab. Parking sukar diperolehi. Ruangan menunggu sesak dengan manusia dan bising. Setiap kali Zaharin hendak masuk melihat ibu mertuanya, akan ada guard yang datang meminta Zaharin menunggu di luar kerana doktor sedang melakukan rawatan.

Hati Zaharin semakin membara ibarat bom jangka yang menunggu masa saja untuk meletop. Doktor2 kerajaan ni semua lembab. Konon mengutamakan kes kritikal tapi dah 2 jam, masih tiada apa2 tindakan dan keputusan rawatan. Doktor muda yang memberi penerangan pada Zaharin memaklumkan bahawa rawatan awal dan CT scan sudah dilakukan namun hanya menunggu doktor pakar saja untuk memeriksa pesakit dan membuat keputusan.

Zaharin kini sudah tidak boleh menahan sabar. Kesabarannya ada had dan kini had itu sudah dilangkaui. Zaharin telah update di facebooknya akan betapa teruk dan kejinya perkhidmatan di hospital kerajaan tersebut. Sekejap sahaja status tersebut telah mendapat beratus likes dan shares. Rata2 rakyat bersetuju dengan Zaharin dan menceritakan pula kisah2 'ngeri' sejak zaman nenek moyang mereka berurusan di hospital. Zaharin puas hati. Dia tidak berseorangan. Dia mempunyai sokongan rakyat hakim negara.

Zaharin tidak tahan lagi. Dia terus meluru masuk ke dalam zon resusitasi dan menjerit sekuat hatinya. "Apasal lembab nak mampus korang ni? Berapa lama lagi nak tunggu? Takkan nak tunggu sampai mak saya ni meninggal baru nak operate?"

Semua orang di zon resusitasi terdiam. Hanya bunyi beep mesen2 infusion pump dan ventilator saja yang berbunyi. Doktor2 dan staf kelihatan terkejut dan sedikit gentar.

Doktor muda kembali cuba menerangkan kepada Zaharin bahawa mereka masih menunggu pakar untuk memeriksa dan membuat keputusan.

Zaharin bertambah bengis dan hampir mahu mencarut apabila secara tiba2 seorang lelaki meluru masuk dan terus bergegas merawat ibu mertua Zaharin. Zaharin mendapat tahu kemudian bahawa itulah doktor pakar yang dinanti2kan sejak hampir 40 minit yang lepas.

Doktor pakar akhirnya tiba berjumpa Zaharin dan apa lagi, Zaharin terus menghamburkan kata2 hikmatnya kepada doktor tersebut. Merah telinga doktor pakar tersebut menahan bisa panahan kata2 tajam dari mulut azab Zaharin.

Doktor pakar tersebut meminta maaf kepada Zaharin. Dia memberikan alasan bahawa dia lambat kerana tidak dapat parking keretanya.
Zaharin bertambah berang dan makiannya kini turut mencakupi pihak hospital, kerajaan hingga ke Perdana Menteri.

Akhirnya Doktor Pakar tersebut meminta diri untuk terus bekerja. Puas hati Zaharin. Segala isi hatinya telah dimuntahkan. Biar padan muka semua yang terlibat. Padan muka kena maki free2.

Notification telefon Zaharin semakin bingit. Hati Zaharin berbunga2. Ni mesti dah viral habis status FB Zaharin yang memaki hamun hospital tadi.

Zaharin pun buka facebooknya.
Ada 25 notification. Statusnya sudah mendapat 300 likes dalam tempoh 3 jam.
Dalam banyak2 notification, dia ternampak namanya ditagging oleh sahabatnya pada sebuah status. Zaharin menekan dan membacanya.

Sahabatnya menulis di ruangan komen dengan kata2 begini, "Bro, ini bukan kereta kau ke?!!!"

Zaharin membaca status tersebut.
Status tersebut berbunyi, "Lahanat manalah parking kat tempat aku. Pasal mamat seekor ni, habis aku kena maki hamun dengan waris pesakit sebab lambat sampai kerana jenuh cari parking." Zaharin melihat gambar profile empunya status...sah ia adalah doktor pakar yang Zaharin maki hamun tadi.

Dan Zaharin melihat gambar yang diupload oleh doktor tersebut di statusnya...tertera gambar kereta Zaharin siap dengan nombor plate.

....tunggu Bahagian 2.

Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir

Thursday, 18 August 2016

"Saya Totok UMNO" - Muhyiddin

Monday, 15 August 2016

Akhirnya Mahathir Bertemu Lawan yang Sekuatnya, Iaitu Najib

Pernah suatu ketika dahulu, Tengku Razaleigh Hamzah menggambarkan Tun Dr Mahthir Mohamad sebagai beruk. Sebabnya adalah kerana, seperti yang dia terangkan, lebih kuat ribut, lebih kuatlah genggaman beruk pada pokok kelapa menyebabkannya tidak jatuh. Bagaimanapun, bila takde angin takde ribut, beruk akan jatuh dengan sendirinya. Jadinya, cara untuk menjatuhkan Mahathir, menurut Razaleigh, adalah dengan membiarkannya sahaja dan jangan berlawan dengannya. Dia kemudiannya akan jatuh dengan sendiri tanpa sebarang sebab.

Memanglah ketika itu Tengku Razaleigh sedang melawak dan penonton gemar akan kenakalannya. Tetapi, Pak Wan, bapa Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pernah berkhidmat untuk Mahathir, berkata yang orang tua itu gemar kontroversi dan suka berlawan. Jika tiada kontroversi atau sebarang perkelahian, dia akan menjadi bosan dan seterusnya memulakan satu. Mahathir tidak boleh bertahan lama tanpa terlibat dengan sebarang jenis pertelingkahan.

Ya, inilah Mahathir, apa yang dahulu kita gelarkan sebagai ayam sabung (yang mana masih wujud di sebahagian Malaysia – iaitu sabung ayam). Siapa yang belum Mahathir cabar?

Mahathir bertelingkah dengan orang Cina pada 1969 (dan kalah pilihan raya umum pada tahun yang sama apabila orang Cina mengundi untuk Yusuf Jawa daripada PAS sebagai pengajaran untuk Mahathir). Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang digulingkan pada 1970. Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn, dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri keempat. (Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, meninggal dunia pada tahun 1976 sebelum sempat Mahathir bertelingkah dengannya – jadinya dia bertelingkah pula dengan anak Tun Razak).

Mahathir bertelingkah dengan orang Amerika, British dan Australia, sama seperti yang dilakukan oleh Idi Amin Dada semasa dia memerintah Uganda. Malah, ramai yang menggelar Mahathir sebagai Idi Amin Malaysia, yang mana bukanlah satu pujian memandangkan Idi Amin dikatakan seorang yang gila dan berada di tangga kedua selepas Adolf Hitler.

Mahathir bertelingkah dengan Ketua Hakim Negara dan juga hakim-hakim yang lain. Mahathir bertelingkah dengan Seri Paduka Baginda Agong dan sembilan raja-raja negeri yang lain. Rasanya senarai dengan siapa yang Mahathir tidak bertelingkah adalah lagi pendek berbanding dengan yang dia bertelingkah dengan.

Satu musuh kesayangan Mahathir ialah Singapura. Dia menggelar Singapura sebagai Israel Asia dan orang Singapura tiada bezanya dengan Yahudi (ya, Yahudi, satu lagi golongan yang dibenci oleh Mahathir). Jadinya, sesiapa yang bertolak ansur dengan Singapura secara automatik menjadi musuh Mahathir (termasuk juga semua Perdana Menteri selepasnya).

Benda yang Mahathir paling benci dalam dunia ini adalah kekalahan. Dia mesti menang dengan cara apa sekali pun, sama ada dengan adil ataupun tidak. Jika dia kalah, dia akan mati, secara literal mahupun kiasan. Pada Mahathir, kekalahan lebih teruk daripada kematian.

Itulah yang terjadi kini. Mahathir sedang kalah. Dan dia tidak boleh menerima kenyataan itu. Dan Perdana Menteri Najib Tun Razak tahu akan itu. Oleh itu, Najib tahu cara yang terbaik untuk mengecewakan Mahathir. Setiap kali Najib mengecewakan Mahathir, dia akan melenting dan dia akan menjadi gementar.

Semasa dia membuat keputusan untuk menggulingkan Perdana Menteri kelima pada Jun 2006, Mahathir mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kini telah lebih daripada 3 tahun, dan Najib masih lagi kukuh. Bukan itu sahaja, Najib juga kini lebih kuat berbanding sewaktu mula-mula proksi Mahathir bertindak ke atasnya 2 tahun dahulu pada 2014.

Sejak 2 tahun yang lepas pada tahun 2014 sehingga kini, Mahathir masih memperkatakan isu 1MDB, tetapi Najib masih lagi kukuh. Najib sepatutnya jatuh setahun yang lepas pada Julai 2015, tetapi itu tidak berlaku. Dan ia nampaknya seperti tidak akan terjadi, tidak kiralah betapa bersungguhnya Mahathir mengungkit isu 1MDB.

Mungkin Mahathir tidak mendengar apa yang sepatutnya Albert Einstein pernah berkata: “Gila ditakrif sebagai melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza” (“The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results”).

Jika isu 1MDB sehingga kini masih lagi tidak mampu untuk menjatuhkan Najib, ia bermaksud isu itu tidak akan menjatuhkan Najib sehingga bila-bila pun. Sesungguhnya sangat jelas sekarang, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa 1MDB tidak boleh melakukan apa yang diharapkan oleh Mahathir. Adakah ianya tidak gila untuk Mahathir  melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza?

Mahathir risau ini akan menjadi titik akhirnya. Secara realistiknya, Mahathir tidak mempunyai masa kerana usianya dan juga masalah kesihatannya dan Parti Pribumi barunya juga memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya – jikalah ianya mampu sekali pun.

Semangat 46 Tengku Razaleigh mempunyai peluang kejayaan yang jauh kebih tinggi tetapi walaupun selepas 8 tahun, ianya masih tidak mampu  berbuat apa selain menguasai Kelantan. Selepas 8 tahun ‘berkeliaran’, akhirnya Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno bersama-sama penyokongnya. Semangat 46 Tengku Razaleigh jauh lebih kuat daripada Parti Pribumi baru Mahathir.

Sebenarnya, kebimbangan Mahathir sama ada ini mungkin pengakhirannya adalah tidak kena pada tempatnya. Permulaan kepada pengakhiran Mahathir sebenarnya datang kira-kira pada tahun 2013 apabila anaknya Mukhriz gagal untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno. Mahathir sepatutnya sedar ketika itu, tetapi dia tidak berbuat demikian, bahawa kegagalan Mukhriz mencerminkan hakikat bahawa era Mahathirisme telah sampai ke penghujungnya.

Sudah tentu, Mahathir menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz. Jika Najib telah mengarahkan sepupunya, Hishammuddin Hussein, untuk berhenti maka Mukhriz akan menang tempat ketiga dan bukannya keempat. Tetapi jika seseorang diperlukan untuk menawarkan Mukhriz kemenangan percuma sebelum dia boleh menang, ini bermakna nama Mahathir tidak lagi membawa apa-apa kesan.

Inilah realiti yang patut Mahathir sedar, tetapi tidak. Sebaliknya, dia menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz dan bukannya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah meninggalkan Mahathirisme sebagai nota kaki dalam sejarah.

Oleh kerana kekalahan Mukhriz pada tahun 2013, Mahathir mula merancang serangan ke atas Najib sama seperti bagaimana Jepun merancang serangan ke atas Pearl Harbour. Dan Mahathir akan menggunakan 1MDB sebagai serangan hendap. Rancangannya mudah sahaja. Sabotaj IPO dan sekat pinjaman yang diperlukan 1MDB. Tiada syarikat di dunia yang mampu selamat daripada serangan jenis ini.

Ia mungkin kesilapan Najib, sama seperti kesilapan yang dibuat Amerika pada Disember 1941 apabila tidak menjangkakan pengkhianatan Jepun. Najib tidak menjangka akan dikhianati oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Khas (SB), Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri (Muhyiddin Yassin), Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) , Peguam Negara (Gani Patail), T. Ananda Krishnan (yang sedang berurusan dengan 1MDB, termasuklah IPO), dan sebagainya.

Selepas serangan hendap itu – sama seperti selepas serangan hendap Jepun ke atas Pearl Harbour pada Disember 1941 – Najib melakukan serang balas. Sebagai contoh, Khairuddin Abu Hassan, atas arahan Mahathir, membuat laporan polis terhadap 1MDB pada bulan Disember 2014. Dalam tempoh sebulan Khairuddin telah diisytiharkan muflis dan rumahnya telah dilelong. Beliau kemudian hilang kedudukannya dalam Umno Bahagian Batu Kawan.

Tamparan ini ditujukan buat Mahathir dan bukannya pada muka Khairuddin. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa Mahathir bukanlah sekuat yang diingatkan dan dia tidak mampu untuk melindungi orang-orangnya. Najib kemudiannya menyerang Muhyiddin, Gani, Shafie, Mukhriz, dan banyak lagi. Akhirnya, semua orang-orang Mahathir ditumpaskan dengan Mahathir yang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja.

Apabila Mahathir sedar yang perjuangan ini akan menjadi tegang dan akan berakhir dengan kekalahannya sendiri, dia dengan senyap memberitahu Najib yang dia ingin menggantung sementara peperangan mereka pada 20 Januari 2015. Najib bersetuju walaupun Boffin Boys-nya merasakan ianya hanyalah supaya Mahathir mempunyai masa untuk merancang strategi seterusnya.

Jadi jangkakan lebih banyak pengkhianatan, kata Boffin Boys Najib, tetapi sementara itu, layankan sahaja orang tua itu dan lihat apa yang dilakukannya. Mahathir tidak mahu peperangan secara terbuka. Dia mahu perang gerila di mana dia boleh membaling batu tetapi tangannya tidak dapat dilihat. Mahathir mahu menampar Najib tetapi dia tidak mahu ditampar kembali. Itulah sebabnya dia perlu menggantung sementara peperangan mereka, untuk merancang langkah seterusnya.

Mahathir sedar bahawa serangannya perlu di lakukan secara senyap-senyap dan bukannya secara terang-terangan. Apabila dia menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi dia melakukannya secara terbuka. Tetapi dia tidak boleh melakukannya untuk kali kedua. Pertama sekali, dia menyerang Abdullah dan kini dia menyerang Najib. Orang akan berkata masalahnya ialah Mahathir dan bukannya Najib dan Umno akan menyokong Presidennya merangkap Perdana Menteri dan bukannya dia. Jadi perlakuan Mahathir tidak boleh dilihat dan dia perlu menggunakan proksi untuk melawan bagi pihaknya.

Dan yang lebih penting adalah bahawa ia mesti dilihat seperti Umno mahu Najib keluar. Jadi Mahathir memerlukan orang dalam Umno untuk menyerang Najib. Jika pembangkang menyerang Najib maka Umno akan bersatu dan berdiri teguh di belakang Najib. Dan kuasa-kuasa anti-Najib dalam Umno tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang atau dilihat berkhidmat demi kepentingan pembangkang. Ini adalah sangat penting untuk plotnya berjaya.

Apabila Tengku Razaleigh, Musa dan separuh daripada Umno, iaitu Team B, menentang Mahathir, Mahathir membalas tentangan itu dengan menutup Umno, membuka parti baru (yang juga dipanggil Umno), dan tidak membenarkan lawannya menyertai parti baru itu. Oleh itu, Tengku Razaleigh dan pasukannya terpaksa menubuhkan parti mereka sendiri dan terus menyerang Mahathir dari luar Umno atau sebagai sebuah parti pembangkang yang bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Itulah sebabnya Tengku Razaleigh gagal dan selepas lapan tahun, beliau menyerah kalah dan menyertai semula Umno.

Najib, bagaimanapun, jauh lebih bijak. Daripada melakukan apa yang Mahathir lakukan pada 1987-1988, Najib memerangkap Mahathir menyebabkan dia menggelabah sehingga dia sendiri meletakkan jawatan daripada Umno dan menyertai pembangkang. Apabila Mahathir melakukan hal itu, dia akan melakukan hara kiri dan tidak akan lagi menjadi ancaman kapada Najib mahu pun Umno.

Dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan juga pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan bahawa Najib adalah betul. Dengan meninggalkan Umno dan dengan bekerjasama dengan pembangkang, Mahathir di jamin berada di jalan yang membawa kepada kemusnahan diri.

Apa yang Mahathir tidak sedar adalah dia melakukan dengan tepat apa yang Najib mahu dia lakukan. Sebab itulah Najib hanya berdiam diri selama dia diserang. Pengkritik Najib mengatakan bahawa Najib mesti bersalah jika dia hanya berdiam diri. Kebenarannya adalah tindakan berdiam diri adalah terbaik untuk Najib dan tidak baik untuk Mahathir. Adakah Jepun membuat bising sebelum mereka menyerang Pearl Harbour? Mereka hanya menyerang tanpa sebarang amaran.

Bagaimanapun, Mahathir bercakap terlampau banyak.  Dia juga bersuara sebelum dia bertindak. Pada mulanya, dia berlakon seperti tidak tahu-menahu tentang 1MDB. Menurutnya, apa yang dia tahu hanyalah apa yang dia diberitahu. Menurutnya, dia menentang Najib kerana terlampau ramai pemimpin Umno yang meminta pertolongannya secara rahsia. Sekarang dia nampak seperti tahu begitu banyak dan memberi sebab-sebab lain mengapa dia bertindak terhadap Najib.

Mengetahui bahawa cubaan untuk menjatuhkan Najib dari dalam Umno akan gagal, Mahathir menukar taktik dan kini cuba untuk menjatuhkan Najib dari luar Umno, dengan bantuan pembangkang, seperti apa yang Tengku Razaleigh cuba selama lapan tahun dan gagal.

Pertama sekali, Mahathir mendapatkan sokongan pembangkang dengan melancarkan Deklarasi Rakyat (People’s Declaration),  dan juga kempen Selamatkan Malaysia (Save Malaysia). Pada mulanya, ia menerima sambutan yang baik daripada pembangkang yang merasakan mereka boleh menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Umno. Tetapi apabila mereka sedar Mahathir yang cuba untuk menggunakan pembangkang, dan sebenarnya untuk menjatuhkan Umno tetapi Najib supaya anak lelakinya dapat diselamatkan, pembangkang mula memalingkan diri.

Kemudian, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Mahathir telah ‘hilang taringnya’. Malah, Mahathir mungkin menjadi liabiliti jika dia dibenarkan menyertai salah satu parti pembangkang.

Pembangkang kemudiannya mengumumkan yang mereka sedia bekerjasama dengan Mahathir jika dia menubuhkan partinya sendiri. Ini cara halus pembangkang untuk menghapuskan Mahathir. Mereka tahu yang jika Mahathir dibenarkan untuk menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan membawa kesan yang buruk.

Pembangkang mahu menjauhkan diri daripada Mahathir, tetapi dalam masa yang sama masih dekat kerana mungkin boleh digunakan untuk menjatuhkan Umno. Ianya seperti mendapat kesemua kelebihan yang ada.

Pembangkang tidak pasti sama ada Mahathir boleh membantu mereka ataupun dia akan gagal dan kemudiannya menyebabkan pembangkang gagal bersama. Jadinya, ia lebih baik jika Mahathir mempunyai partinya sendiri daripada menyertai parti pembangkang yang sedia ada. Kemudian, jika parti baru Mahathir tidak berjaya, mereka boleh mebuangnya sama seperti yang mereka lakukan ke atas PAS tidak lama dahulu.

Dan inilah apa yang Najib mahukan. Jika Mahathir dan orang-orangnya menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Itu bermakna dia telah diterima. Tetapi jika Mahathir dan orang-orangnya tidak diterima ke dalam pembangkang dan terpaksa menubuhkan parti sendiri, itu adalah situasi yang lebih baik untuk Najib dan Umno. Rentetan Semangat 46 telah membuktikan ini dan tiada siapa yang boleh melawan sejarah.

Parti baru Mahathir hanya mempunyai satu tujuan, iaitu untuk menggulingkan Najib. Persoalannya ialah: apa yang akan mereka lakukan jika dan apabila Najib digulingkan? Memandangkan tujuan Parti Pribumi Mahathir adalah untuk menggulingkan Najib, adakah parti ini akan terus wujud atau adakah ianya akan dibubarkan (seperti Semangat 46 pada tahun 2006) jika dan apabila Najib digulingkan?

Pribumi berharap ia akan dapat bertahan dengan merampas undian daripada Umno. Bagaimanapun, Lim Kit Siang tidak merasakan yang ia akan terjadi. Pribumi sebenarnya ‘memancing dalam kolam yang sama’ dengan pembangkang, bukannya dalam ‘kolam’ Barisan Nasional. Jadinya, setiap undian yang Pribumi dapat menyebabkan satu undian kurang untuk pembangkang.

Pribumi hanyalah sebuah parti politik sama seperti Semangat 46 dan PKR. Umno, bagaimanapun, adalah lebih daripada sebuah parti politik. Ianya sebuah institusi Melayu. Dan itulah yang membezakan Umno dengan mana-mana parti Melayu atau parti dengan asas sokongan daripada orang Melayu.

Sekurang-kurangnya semasa Semangat 46 dan PKR ditubuhkan, mereka berjaya menarik ramai ahli dan pemimpin Umno. Bagaimanapun, Pribumi bergantung kepada sokongan pembangkang. Akan tetapi, terdapat 7 parti pembangkang utama yang juga sedang ‘memancing dalam kolam yang sama’. Di situlah permasalahannya.

Mahathir bukanlah ancaman yang sama seperti tiga tahun yang lepas iaitu 2013. Parti Pribumi barunya memastikan yang Umno setaraf dengan musuh luaran. Apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa Mahathir mahupun Umno tidak mempunyai sebarang isu yang boleh digunakan untuk menentang Umno.

Mahathir dan Pribumi hanya mempunyai satu isu, iaitu 1MDB. Mereka berharap isu ini akan menjatuhkan Najib dan Umno. Tetapi jika ianya boleh berbuat sedemikian, tentunya ianya sudah pun terjadi semasa pilihan raya negeri Sarawak atau pun pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini mengingatkan kepada strategi Mata Lebam pada tahun 1999. Strategi itu hanya elok digunakan untuk satu tahun ataupun bagi satu pilihan raya sahaja. Menjelang 2004, isu itu sudah pun basi. PKR telah pun diberi amaran tentangnya pada 2001 tetapi mereka tidak mengendahkannya. Jadi, pada 2004 mereka dihapuskan kerana mereka masih lagi bercakap tentang Mata Lebam apabila pengundi sudah bosan dengan isu itu.

Adakah Mahathir dan Pribumi akan belajar daripada perkara itu? Atau adakah mereka, bersama-sama dengan PKR dan DAP, akan terus mengetengahkan isu 1MDB yang telah basi dan kemudiannya merana dengan nasib yang sama seperti tahun 2004, pilihan raya umum yang paling teruk bagi pihak pembangkang dalam sejarah Malaysia?

Mahathir perlu sedar yang dia tidak boleh terus memperjuangkan perkara yang sama dan berharap untuk terus kekal relevan dalam tempoh yang lama. Lagu hit pun tidak akan kekal nombor satu dalam carta dalam jangka masa yang lama. Tetapi Mahathir seakan tidak akan menukar agendanya walaupun agendanya sudah lapuk.

Kebiasaannya, jika anda mahu tahu kebarangkalian hasil mana-mana pilihan raya umum, anda akan bertanya kepada ‘bookies’. Sejak 1980-an lagi, kebarangkalian yang diramalkan ‘bookies’ adalah petanda baik untuk mana-mana pilihan raya. Pilihan raya negeri Sarawak dan juga pilihan raya kecil berkembar itu juga telah diramalkan dengan tepat oleh ‘bookies’. Dan kebarangkalian ‘bookies’ ke atas Parti Pribumi Mahathir adalah tidak baik. Itu sahaja telah menggambarkan kemungkinan masa depannya.

Dan dengan kes penceraian Nika Gee yang bakal terjadi yang melibatkan Muhyiddin, saya tidak merasakan masa depan Parti Pribumi Mahathir cerah. Pribumi sebenarnya telah diserang sejak ia mula dikhabarkan sebelum ia ditubuhkan lagi.

Malaysia today