Wednesday 16 December 2015

Tun Mahathir Takut Dengan Bayang-bayang Sendiri


Setelah 5 hari berdiam diri, Chedet akhirnya menulis berkenaan krtikannya terhadap ucapan Perhimpunan Agung UMNO oleh Najib. (lihat sini: http://chedet.cc/?p=1941 )

Tiada apa yang baru berkenaan post tersebut, hanya dikitar semula dengan dakwaan-dakwaan berkenaan RM2.6 bilion dan billion ringgit yang hilang dari 1MDB. Agak luar biasa untuk Tun M beralih daripada RM42 bilion lesap kepada RM27 bilion, dan kemudian berbilion-bilion lagi dikatakan hilang.

Berbanding dengan post beliau sebelum ini, post ini agak lebih mengecewakan – sehingga ke tahap menganalisa terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan ‘Tolong’ dan apa yang beliau percaya dengan maksud perkataan tersebut.

Tun M juga mengadu mengapa TPM Zahid mengarahkan hanya beliau yang perlu disoal dan tidak menyoal penyokong BERSIH yang lain dan penyokong bola sepak yang juga mahu Najib meletakkan jawatan sebagai PM.

Di sinilah bermulanya kekeliruan.

Tun M sendiri sudah jelas kerana telah diberitahu beberapa kali bahawa beliau telah disoal oleh pihak polis disebabkan apa yang telah beliau katakan dalam kenyataanya di BERSIH, di mana beliau telah mendakwa semua Ketua Cawangan UMNO telah mengambil rasuah. (Baca selanjutnya: http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysian-police-to/2094204.html )

Beliau tidak disoal oleh PDRM kerana beliau mahu Najib letak jawatan.
Mengapa Tun M tidak faham jawapan mudah ini?

Malah, apabila disoal oleh polis berkenaan dakwaannya tentang ketua cawangan UMNO mengambil rasuah, Tun M enggan menjawab soalan-soalan pihak polis!!

Dan kemudian apabila ditanya mengapa beliau tidak mahu membuat laporan polis apabila mengatakan berbilion-bilion telah hilang daripada 1MDB dan pergi kepada Najib, Tun M mengatakan beliau tidak mempunyai bukti.

Sungguh menarik orang yang bernama Tun Mahathir ini.

Walaubagaimanapun, dalam post di blognya, beliau turut mengesahkan bahawa presiden-presiden UMNO telah menerima derma sejak dahulu lagi tetapi beliau mengatakan bahawa derma-derma tersebut diletakkan di bawah Tabung UMNO.

Tetapi, ia pasti menarik untuk melihat sekiranya RealMild (yang memiliki MRCB, NST dan TV3) yang mempunyai saham bernilai billion dipegang oleh proksi atas namanya sendiri dan saham UEM-Renong ketika itu diletakkan di bawah Tabung UMNO dan sama ada Tun M telah mendedahkan asset-aset tersebut dalam buku UMNO atau mengumumkannya kepada Majlis Tertinggi UMNO pada waktu itu tentang nilai saham-saham tersebut yang sebenarnya.


Saya pasti terdapat peruntukan dalam ROS dan Perlembagaan UMNO yang membenarkan tindakan seperti itu di bawah undang-undang atau Mahathir boleh dimasukkan ke dalam penjara ketika itu.

Walaubagaimanapun, rancangan rasionalisasi 1MDB telah berjalan malah Bloomberg dan pasaran kewangan merasakan bahawa kemelut 1MDB telah diselesaikan. (Baca selanjutnya: http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-12-10/1mdb-fix-leaves-oil-as-malaysia-debt-risk-with-najib-digging-in )

Risiko mungkir kredit dan kadar bon Malaysia juga telah dinormalkan memandangkan pasaran kewangan akhirnya menyedari bahawa 1MDB hanyalah gangguan politik dan telah diyakini bahawa telah diselesaikan.

Tambahan pula, siasatan PAC terhadap 1MDB telah berjalan dengan pantas. Arul Kanda, Sharol Halmi, Jho Low, Suboh, Nik Faizal, dan beberpa orang lagi – malah Najib juga telah disoal siasat oleh pihak berkuasa.

BNM telah menyiasat dan tidak menjumpai sebarang bukti pengubahan wang haram, kecuali BNM tidak mendapat maklumat penuh dalam borang yang diisi oleh 1MDB ketika pemindahan tertentu dalam masa enam tahun lalu.

Ketua Audit telah hampir tamat dengan audit khas ke atas 1MDB dan sepatutnya menghantar laporan akhir ke PAC dalam masa terdekat.

SPRM juga telah menyiasat dan komited untuk menghantar laporan dalam masa dua minggu sebelum akhir tahun.

Oleh itu, sekiranya terdapat undang-undang yang telah dilanggar dan billion ringgit telah hilang daripada 1MDB, saya pasti semua itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini telah menunjukkan sokongan yang hebat terhadap Najib, manakala “undi tidak percaya” baru-baru ini oleh proksi yang mengundi untuk menolak Bajet 2016 dalam Parlimen Malaysia telah gagal buat Pakatan, di mana hanya 20 Ahli Parlimen daripada 87 yang hadir untuk mengundi – menyebabkan malu besar buat Pakatan.

Malah Pakatan telah berputus asa untuk menjatuhkan Najib melalui undi di Parlimen. Tetapi Tun Mahathir, beliau masih gagah.

Ini adalah kerana beliau mahukan seorang PM yang patuh dan akan mendengar arahan ‘Council of Elders’ – kemungkinan dipengerusikan oleh beliau.

Dalam banyak negara di dunia, hanya Iran yang mempunyai ‘Council of Elders’ untuk menasihati Presiden mereka – dan saya tidak pasti sama ada saya mahu Malaysia diperintah seperti Iran kerana sistem Iran turut mempunyai ‘Grand Ayatollah’.

Soalan saya yang seterusnya:
Siapakah calon sesuai yang akan menjadi Ayatollah untuk Malaysia, sekiranya kita perlu mengikut sistem Iran?

Oleh Lim Sian See

0 comments :

Post a Comment