Wednesday, 19 February 2014

Tokyo Mogok Seks - Takder Cara Lain Ke?


Tokyo: Sekumpulan wanita melancarkan mogok seks terhadap lelaki yang mengundi gabenor baru bandar raya ini yang memenangi pilihan raya kelmarin.

Kumpulan itu bertindak demikian selepas Yoichi Masuzoe mendakwa wanita tidak layak memegang jawatan kerajaan kerana tidak boleh membuat keputusan kritikal ketika haid memandangkan mereka tidak normal ketika itu. 

Kempen di Twitter itu yang menggesa ‘wanita bersatu untuk tidak melakukan seks dengan lelaki yang mengundi untuk Masuzoe’ memperoleh 3,000 pengikut sejak dilancarkan minggu lalu. 

Bagaimanapun, bekas menteri kesihatan yang disokong parti pemerintahan berkenaan memenangi pilihan raya gabenor, menewaskan dua calon yang berjanji untuk mengakhiri kuasa nuklear.





MASUZOE


Pengasas kumpulan itu yang tidak dikenali berkata dalam profil mereka: “Kami sudah berusaha untuk menghalang Masuzoe yang mengeluarkan kenyataan menghina wanita, daripada dipilih. Kami tidak akan melakukan seks dengan lelaki yang mengundinya.”

Dalam wawancara 1989, Masuzoe berkata, wanita menjengkelkan apabila datang haid. 

“Wanita tidak stabil ketika datang bulan. Kita tidak boleh mengharapkan mereka membuat keputusan kritikal ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Laman web kedua yang turut dilancarkan Rabu lalu oleh sekumpulan wanita yang cuba untuk menghalangnya daripada menjadi Gabenor Tokyo menarik 75,000 pengikut, lapor media.
- Agensi

1 comment :

  1. Semangat juga wanita Jepun tu. Apa pun itu hak mereka untuk memboikot seks.
    Yang seksa kaum lelaki juga. Hihihi

    ReplyDelete