Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Saturday, 10 October 2015

Hidup, Buat Kau Yang Perasan Bagus & Sempurna.



Kau bisa tertawa dan bergembira,

tapi kau perlu akui secara diam yang kau sengsara.
Ya mereka mungkin bisa berkata,

tentang apa saja,

tentang siapa saja,

kerana mereka tidak pernah rasa,

sayang saranku kau sarungkan sepatu ini agar kau rasa.
Sentiasa dengki sentiasa menilik orang– itu manusia

sabarlah kerana mereka bisa berkata2,

sabar untuk sedikit masa,

kerana dunia ini berputar sayang seperti roda,

mereka pasti rasa seperti kau pernah di cerca,

biar ketika itu kau menjadi pemerhati dan tumpang ketawa.
BIAR MEREKA RASA PERITNYA DI HINA.
Dan ini bingkisan hadiah

buat kau yang perasan bagus & sempurna,

Semoga kau punya mata hati untuk sentiasa menilik ketidaksempurnaan yang kau punya.

Karya,
Alia Nordin, AOR

Haiwan Ini Mempunyai Rahang Serta Gigitan Paling Kuat.




Berikut adalah senarai haiwan yang mempunyai cengkaman rahang yang kuat, mungkin selama ini kita menganggap bahawa haiwan seperti harimau, jerung, buaya yang mendominasi kekuatan ini. Rupanya banyak lagi yang lebih kuat dan lebih berbahaya.

Kiraan bagi menyukat tahap kekuatan rahang haiwan ini dikira dengan menggunakan unit PSI. Lebih tinggi bacaan PSI lebih kuat tekanan yang diberikan.


Piranha
PSI: unknown


Leopard
PSI: 300-310


Tiger shark
PSI: 325


African wild dog
PSI: 340


Cougar
PSI:350


Gray Wolf
PSI: 406


Mastiff
PSI:556


Great White Shark
PSI:669


African Lion
PSI: 691


Jaguar
PSI: 700



Brown bear
PSI: 850


Kodiak bear
PSI: 930


Siberian tiger
PSI: 950


Snapping turtle
PSI: 1,000


Bengal Tiger
PSI: 1,050


Hyena
PSI: 1,100


Polar bear
PSI: 1,235


Grizzly bear
PSI: 1,250


Bull shark
PSI:1,250


Silverback gorilla
PSI: 1,300


Hippopotamus
PSI: 1,821


American alligator
PSI: 2,125


Nile Crocodile
PSI: 5,000


Saltwater Crocodile
PSI: 7,700


Orca
PSI: 19,000+

Thursday, 8 October 2015

Khalid Orang Luar, Jangan Campur Hal PKR – Azmin


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak masuk campur urusan PKR kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Beliau turut mengingatkan Abdul Khalid bahawa PKR tahu untuk menguruskan parti, memandangkan kedudukan parti itu sangat kukuh dan stabil di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Khalid bukan lagi ahli parti jadi jauhkan diri daripada PKR, kami tahu untuk uruskannya.

“Beliau itu orang luar dan seperti saya katakan PKR ketika ini sangat kukuh dan kami bersatu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu menafikan wujudnya gerakan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis PKR.

“Kalau kita bersatu tidak ada lah gerakan ketiga, keempat atau lima hanya satu parti, satu kepimpinan dan kami bercakap dalam satu suara.

“PKR percaya dengan kepimpinan Presiden parti mampu mendepani cabaran diperingkat nasional terutamanya krisis ekonomi dan kepimpinan dalam satu pasukan untuk menentang Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya.

Semalam, Abdul Khalid dalam status Facebooknya berkata, beliau tidak terlibat dalam sebarang gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga namun, tidak hairan sekiranya wujud penubuhan parti lain susulan kegagalan PKR menyelesaikan aduan ahli parti secara telus dan adil.

Dalam pada itu, Azmin turut menolak dakwaan bahawa beliau ibarat ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ dalam urusan penstrukturan semula industri yang selama ini diperjuangkan oleh Abdul Khalid.

“Ini adalah kerja berpasukan pegawai kerajaan negeri, Unit Perancang Ekonomi (Upen ) dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang berperanan mempertahankan hak dan mewakili Kerajaan Selangor.

“Tapi sebelum ini urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi air (Consession Companies Water Assets-CCWA) bersama dengan penyerahan tanah sepanjang 36,000 kilometer paip kepada kerajaan Persekutuan, saya tidak setuju,” katanya.

-Sinar Harian

Kenyataan media mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai 1MDB



Kerajaan menjunjung kasih dan mengambil maklum intipati kenyataan ‘pre council’ Majlis Raja-Raja. Sesunguhnya ini menunjukkan bahawa prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia berpisah tiada.

Kerajaan komited dalam mendukung sistem pemisahan kuasa (separation of powers), justeru setiap organ kerajaan perlulah dibenarkan berfungsi seperti yang dijelaskan dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah peruntukkan berkenaan kuasa-kuasa yang tersurat dan tersirat Majlis Raja Raja.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Ketua Pentadbiran Kerajaan dan anggota kabinet yang lain mendukung sepenuhnya dan menghormati sistem Raja Berpelembagaan dan juga konsep pemisahan kuasa antara organ-organ Kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Segala titah Majlis Raja-Raja dinilai baik dan pihak kerajaan telah pun mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani isu yang dititah. Sememangnya kesejahteraan rakyat dan kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan dan kenyataan oleh semua pihak.

Justeru segala siasatan kepada mana-mana pihak sekalipun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku.

Namun begitu pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa segala maklumat tentang siasatan berkenaan akan dilakukan secara adil dan terbuka. Sistem perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan adalah jelas dan jika terdapat pihak yang didapati bersalah, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Kita sedia maklum bahawa pihak Kerajaan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang (Debt Rationalisation) bagi syarikat 1MDB. Pelan ini telah disambut baik oleh pelbagai pihak pelabur dari dalam dan luar negara. Pihak kerajaan akan membentangkan pada masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset syarikat tersebut.

Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dan menghormati titah-titah Majlis Raja-Raja. Oleh itu kestabilan ekonomi Negara, pemulihan nilai matawang Ringgit, keharmonian antara kaum dan pengurangkan kos beban hidup rakyat menjadi fokus utama kerajaan. Segala usaha sedang dilakukan bagi memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan pada masa terdekat.

Diharapkan tidak ada pihak yang menangguk di air yang keruh dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah pihak kerajaan tidak berbuat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan. Berilah kesempatan dan ruang secukupnya kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan semua permasalahan dengan sebaik mungkin.

KENYATAAN MEDIA
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri
8 Oktober 2015

Kezaliman IPP Milik YTL Ciptaan Mahathir



LEGASI Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun Mahathir telah berkubur. Akhirnya IPP ciptaan Mahathir sebagai pembekal tenaga kepada TNB yg dianggap paling kejam di dunia tutup buku.


Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September yg lalu. Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yg tidak adil kepada TNB itu adalah DS Najib yg Tun M cuba gulingkan.

Ia perjanjian paling kejam kerana TNB dipaksa membeli "Tenaga" dengan harga paling mahal daripada YTL yg menyebabkan Tarif Elektrik di Malaysia mahal dan membebankan rakyat.

Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia. Bos YTL sebelum ini dalam satu majlis forum pernah dgn angkuh menyatakan kejayaan YTL adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.

YTL yang merupakan kroni Tun M semasa dia jadi PM memang pembohong besar.

Apakah IPP bukan projek kerajaan? Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central?

Apakah projek Bestarinet yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan?

Sekarang terbukti, projek 1Bestarinet gagal terutama untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia.

Tun M membenarkan syarikat tycoon Cina YTL mengaut "wang percuma" selama 21 tahun. Tetapi terima kasih Najib kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat dan kesemua ini berlaku melalui 1MDB yg membeli beberapa IPP tersebut.

Dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli "tenaga" dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak perlu tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai "lebihan" tenaga.

Beli tetap kena beli walaupun tidak digunakan. Sebab itu perjanjian PPA ciptaan Mahathir itu dianggap paling kejam di dunia.

Paling kejam sekali ialah dalam PPA tersebu ada klausa yg mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yg tetap dan tidak berubah. Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL.

Memang kejam.

TS Arne Arope mendedahkan kos sebenar kepada TNB untuk mengeluarkan "tenaga" ialah 8 sen sahaja.

Tetapi EPU melalui Mahathir memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM23 sen.

Akibatnya Arne Arope bersemuka dgn Mahathir dan menyatakan "Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it".

Dianggarkan YTL untung RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun. Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?

Alhamdulillah Najib tidak sambung lesen YTL Energy.

Sedih sekali kerana Arne Arope yg berani itu tidak sempat melihat kezaliman IPP YTL ciptaan Mahathir telah berakhir kerana dia meninggal dunia pada bulan Disember 2014.

Maka bukan Najib yg mesti digulingkan tetapi Tun M yang mesti bermuhasabah bahawa dia bukan manusia maksum yang semuanya mesti dipercayai dan diikuti.

OLEH LIM SIAN SEE.

Lagu-2 popular masa kecik-2



"polis century / entry??
one two jaga
polis mati
pencuri jaga"

ahahaha..sapela wat lirik ni:
"lailaili lilai tamplom
beranak dalam tong
anaknya sotong"

"rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba
anak kancil patah kaki
anak kancil pandai menari"

pnh dgr budak2 main:

"assalamualaikum (waalaikumsalam)"
kom apa kombat
bat apa batman
man apa mantol
tol apa tolak
lak apa laksa
sa apa satu
tu apa tunang
nang apa nangka
ka apa kayu
yu apa yu BODOH (yg ni kena cepat2 la cakap bodoh kat org baru menang)"

Lagu best ni:

"di malam yg sepi pi pi"
"pak abu(@pak mat) jual topi pi pi"
"topi nya koyak yak yak"
"pak abu jual tempoyak yak yak"
"bla bla bla smpai abis"
tempoyak nya basi si si..
pak abu jual topi pi pi
topi nya hilang lang lang,
pak mat jual gelang lang lang,
gelangnya patah tah tah
pak abu jual getah tah tah,
getah nya putus tus tus,
pak abu jual tikus kus kus
tikusnya mati ti ti
pak abu bunuh diri ri ri..
malam jumaat at at
pak abu jadi mayat
malam sabtu tu tu
pak abu jadi hantu"

Ni pun best gak:

"ola oli diberi nama"
"saudara saudari cikebum cikebum"
ahahaha
siang , siang hari,
malam, malam minggu,
disko, disko,
putih2 melati ali baba,
merah2 delima, pia-pia
sapa yang baik hati , cinderela,
tentu disayang emak,
satu , dua , tiga , empat.
siapa gelak kena cuuuubiiiitttt..."

"anak itik tok wi mandi dalam kolam
sakit apa tok wi sakit sendi tulang
ubat apa tok wi ubat limau lelam
... "

Wednesday, 7 October 2015

Muhyiddin Menjunjung Kasih Titah DYMM Raja-Raja Melayu



Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat. Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

DYMM Raja-Raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.

Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri.

Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu.

Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.

Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis. Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.

Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB. Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.

Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB. Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.

Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme. Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan? Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.

Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali. Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.

Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita. Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.

Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO

Rakyat Malaysia 'Obses' Dengan Media Sosial



Dalam keputusan kaji selidik terbaharu yang dilakukan Google, rakyat Malaysia menduduki tangga teratas sebagai multi-tasker di dunia.

Multi-tasker yang dimaksudkan adalah menggunakan telefon bimbit ketika melakukan perkara lain, seperti menonton televisyen dan membuat kerja rumah.

Keputusan kajian Google Barometer Study itu meletakkan Malaysia di tempat pertama dengan 91% koresponden boleh melakukan multi-tasking, diikuti Thailand dan Vietnam dengan 90%.

Peratusan itu jauh meninggalkan negara-negara maju seperti Britain (63%), Australia (60%), Amerika Syarikat (57%), Jerman (53%) dan Perancis (49%).

Keputusan itu juga menyebut kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit untuk melayari laman sosial, video atas talian (online videos) dan bermain games.

Ia bagaikan satu indikatif ketaksuban rakyat Malaysia terhadap penggunaan laman sosial, terutama sekali apabila mengambil kira fakta pengguna Facebook di Malaysia adalah antara paling ramai di dunia.

Sementara itu, kaji selidik itu mendapati bahawa 67 peratus rakyat Malaysia memilih untuk mengguna telefon pintar dan 20 peratus memilih untuk guna telefon pintar, komputer dan tablet.

Tentang tabiat membeli belah secara online, majoriti rakyat Malaysia (51 peratus) memilih untuk guna internet untuk membuat kajian tentang sesebuah barang dan kemudian membeli di kedai.

Hanya 29 peratus yang membuat kajian di internet dan seterusnya membeli secara online.

Telefon pintar juga sering digunakan untuk melayari media sosial (87 peratus), enjin carian (79 peratus) dan mencari maklumat tentang produk (58 peratus).

Kaji selidik ini ditadbir oleh TNS Infratest bagi pihak Google yang dilakukan pada tahun 2014 dan 2015.

Menurut dua pakar media sosial, Judi James dan Joanne Stephenson, seperti yang dilaporkan Mirror UK, isu demam media sosial perlu difahami jika ia ingin ditangani dengan bijak.

Apa itu social media addict?

Penggunaan, dan pergantungan yang melebihi had, terhadap media sosial, selain kegagalan mengawal penggunaannya walaupun telah mencuba.

Apa simptomnya?

Resah dan merasa perlu untuk menyemak laman Facebook, Twitter, Instagram, emel dan sebagainya, beberapa kali sehari malah mungkin juga beberapa kali sejam.

Apa penyebabnya?

Ia bermula sebagai hobi, atau aktiviti yang dilakukan apabila dilanda kebosanan. Namun keseronokan apabila mengetahui apa yang dilakukan orang lain, atau apa yang berlaku di sekeliling, akan membuatkan hobi menjadi tabiat.
Daripada menjadi pemerhati, lama-kelamaan kita merasakan perlu turut sama melibatkan diri; meletakkan status dan gambar tentang setiap aktiviti yang dilakukan ke laman sosial.

Ada kesan negatif?

1. Kurangnya skil sosial, interaksi dan pergaulan yang konvensional.

2. Terdedah kepada jenayah, kerana maklumat yang terlalu mudah didapati.

3. Kewujudan new form of loneliness, memandangkan manusia lebih ramai rakan di alam maya berbanding realiti, sedangkan rakan di alam realiti lebih diperlukan untuk kestabilan emosi.

-Awani

Propaganda Mahathir, Melakukan Kejahatan Atas Nama Perjuangan dan Kepentingan Rakyat?


Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

“Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.

“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu.

Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya sebelum ini.

Gerakan Mahathir untuk menggulingkan Najib bukan lagi rahsia, ia ekoran dari serangan dan kritikan yang dilakukan yang dilakukan secara berterusan.

Walaupun Mahathir mendakwa tindakan itu dilakukan demi untuk kepentingan negara, namun umum seakan adapat menghidu niat jahat sebenar Mahathir.

Malah sejarah dengan jelas membuktikan, selain Pak Lah, mantan perdana menteri yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman turut menjadi mangsa kerakusan Mahathir dalam mengejar kuasa.

Persoalannya sampai bila rakyat harus ditipu dengan propaganda licik Mahathir yang melakukan kejahatan atas nama perjuangan dan kepentingan rakyat?

Kesan Obesity Terhadap Manusia



Psikologi
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit ‘gila’ atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.

Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan individu dengan berat badan berlebihan.

Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang ‘besar’ badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek.

Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.

Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar.

Pelbagai kajian untuk mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara.

Sebagai kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.

kesihatan seksual terjejas

Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.

Dalam kajian tersebut seramai 12,300 orang dewasa berumur 18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibat menghadapi isu obesiti.

Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin.

Manakala wanita yang mengalami obesiti pula 4.3 kali lebih cenderung untuk mengandung tanpa dirancang berbanding mereka yang tidak mengalami masalah obesiti.

Kajian tersebut telah dilakukan di Perancis dan United Kingdom dan diterbitkan di British Medical Journal (BMJ) yang dimiliki oleh British Medical Association.

Walaubagaimanapun kajian tersebut juga menyebut faktor lokasi, budaya dan gaya hidup mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian sekiranya dijalankan di tempat lain.

Kerugian dari segi wang ringgit dan muncul masalah yang lebih parah kesan daripada pegambilan pil-pil pelansing dan rawatan pembedahan ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan.

Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk.

Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis.

Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan.

Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka.

Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan.

Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan ‘adipose’ (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan.

Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.

Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan.

Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Pebedahan-pembedahan yang bertujuan untuk buang lemak juga tidak berkesan, merugikan kewangan atau menelan belanja yang tinggi malah boleh meragut nyawa individu yang menjalani pembedahan ini.

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Batu hempedu, Diabetes (kencing manis), Paras kolestrol darah yang tinggi, Gout, Sakit di bahagian bawah belakang badan, Sukar bernafas, Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut gangguan pembuangan air kecil, Penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti.

Gambar Hiasan