Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Wednesday, 7 October 2015

Bagi Yang Tak Faham Apa Itu TPPA. Ini Sedikit Penerangan.


Presepsi
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Jawapan
Ianya merupakan perjanjian 2 hala antara semua 12 negara yang terlibat, usahawan kita jugak mempunyai peluang berniaga dinegara mereka.. seperti mereka dengan negara kita tetapi masih tertaluk pada perlembagaan negara tersebut .. tppa tidak mengubah perlembagaan mana-mana negara cuma perjanjian dasar ekonomi antara negara terlibat.

Presepsi
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Jawapan
Perbincagan antara wakil negara masing-masing adalah melibatkan dari segi terma dan syarat tppa, persetujuan dari kata putus mengenai syarat dan terma tppa akan dibawa ke meja rudingan, dewan atau parliment diperingkat negara masing-masing bagi dibincang dan dibahas mengenai kebaikan & keburukan terma dan syarat tppa sebelum sebarang persetujuan keanggotaan dibuat.
Selama laporan media barat menyatakan 12 negara yang berbincang selama 5 tahun mengenai syarat dan terma tppa yang hendak diguna pakai mencapai kata putus persetujuan untuk syarat dan terma tppa yang hendak diguna pakai bukan persetujuan inplimitasi tppa

Presepsi
Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Jawapan
Tiada sebarang rahsia, didalam peringkat perbincangan tiada terma dan syarat yang tetap kerana masih dalam pindaan adalah tidak wajar untuk diumumkan sesuatu yang tidak tetap.
keputusan mengenai terma dan syarat hanya diumumkan persetujuan semalam dan kemudianya akan dibawa keperingkat parlimen bagi pembentangan dan dibahas sebelum keputusan persetujuan menanggotai tppa ditandatanggani. Jadi tiada apa yang dirahsiakan.

Presepsi
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Jawapan bagi i - vi 

TPPA berlandaskan pada perlembagaan setiap negara yang meanggotai, jika 11 negara lain yang terlibat ingin berniaga di malaysia perlembagaan malaysia tetap perlembagaan malaysia mereka tetap kena ikut perlembagaan tiada kekebalan malah jika perniga melanggari perlembagaan atau menipu ianya boleh dibawa kepada perundangan antara bangsa kerana perjanjian persefaham tppa begitu jugak pada perniaga yang berniaga dinegara mereka perniaga tempatan tidak berdepan masalah ini kerana penggunaan tempatan, cuma perniaga tempatan perlu tingkatkan kualiti dan berpatutan, keuntungan pada penguna yang mempunyai pilihan kepenggunaan produk .. persaingan sihat. perniaga yang takut adalah perniaga yang rakus mengaut keuntungan dan menipu pelanggan mengenai kuality dan jenama produk. 

Adakah hari ini tiada barang import beteraskan berteraskan pertanian & pertenakan ?
jadi tiada masalah, pengguna tempatan tetap akan kepasar dan pasar tani serta pasar malam, perniaga tetap berniaga seperti biasa .. hasil pertanian kita jugak boleh dieksport keluar.

Dalam isu hak-hak harta intelek, Malaysia mempunyai pendirian yang tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan yang mampu dimiliki dan penjagaan kesihatan, pada masa yang sama memastikan insentif perlu bagi inovasi farmaseutikal untuk menghasilkan ubat-ubatan baru dan ubat-ubatan.

Sehubungan itu, semua negara telah mencapai keseimbangan yang dipersetujui bersama untuk memastikan bahawa kepentingan semua negara diambil kira. Lagipun di Malaysia Hospital dan Klinik Kerajaan cuma mengenakan RM 1.00 sahaja berbanding negara TPPA yang lain.

Adakah selama hari ini kerajaan malaysia hanya berteraskan pada ekonomi tempatan sahaja tanpa ada pelabur asing datang melabur dinegara kita ? situasinya sama, kilang semiconductor akan mendapat peluang yang lebih besar dari kilang kilang utama yang bakal dibuka disebabkan supply and demand ..
Pada akses pasaran, elemen asas dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas, Malaysia telah memeterai rundingan dengan semua negara sebelum ini.
Tawaran baik telah dibuat oleh semua negara dimana duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan.
Pada asasnya, hasilnya akan menyediakan syarikat-syarikat Malaysia dengan peluang-peluang pasaran akses yang lebih besar, terutamanya dalam pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia tidak mempunyai FTA

Presepsi
Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

Jawapan
TPPA akan dibentang di parlimen dan tiada rahsia disembunyikan
TPPA akan berlandaskan pada perlembangaan negara yang meanggotainya jadi tiada yang tergadai
Tak munkin 12 negara yang berbincang mengenai resolusi TPPA semuanya bodoh-bodoh berlaka untuk mengadaikan negara mereka 

Tenyata andaiyan dan presepsi ini tidak berlandaskan fakta sebenar, penulis presepsi ini mengatakan rundingan tppa semuanya rahsia jadi mana munkin penulis presepsi ini tahu isi kandunganya sedangkan draf asal tppa dimuktamadkan pada 4 oktb 2015 .. siapa yang berbohong kerajaan atau anda. fikirkan ..


Tuesday, 6 October 2015

Faktor-Faktor Kepopularitian Novel Cinta Melayu di Kalangan Masyarakat




Hai apa khabar pembaca? Adakah anda merupakan seorang yang suka memerhatikan keadaan sekeliling? Contohnya, jika anda pergi kerja menaiki komuter, adakah anda akan pandang kiri kanan usha makwe ataupun pakwe mencuci mata sambil menghidu aroma ketiak mereka? Jika jawapan anda ya, berapakah kebarangkalian anda akan melihat gadis-gadis sedang membaca novel cinta Melayu? Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh majalah Mangga, 7 daripada 10 orang gadis mengaku gemar membaca novel cinta Melayu. Yang lagi 3 orang tu pengkid dia marah bila kita panggil dia gadis so tak kira. Sana-sini, kita boleh melihat lambakan novel-novel cinta yang muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR).

Aku mula menyedari scene novel cinta Melayu ni semasa orang sedang hangat memperkatakan tentang siri Nora Elena. Lepas aku senyap-senyap tengok siri TV dia masa tiada orang di sekeliling, aku dapat tahu siri itu diadaptasi daripada novel dengan tajuk 'Kasih Yang Suci' yang dikatakan menjuarai carta top 40 Novel Cinta Melayu bersama Fafa Fauzina. Selepas itu BOOM! berlakulah 'Raihan Effect'. Efek Raihan ni macam kumpulan nasyid Raihan dululah, dia jadi trendsetter sekaligus menaikkan kepopularitian novel cinta di kalangan masyarakat norma. Sebelum tu novel cinta Melayu mungkin popular di kalangan peminat tegar saja, tetapi dengan adanya kemajuan teknologi maklumat khususnya laman sosial, kini kita dapat lihat peminat-peminat fanatik novel cinta Melayu bertukar-tukar pendapat serta mengagung-agungkan siri kegemaran mereka. Bagi individu di luar kelompok ini, seperti anda dan saya misalnya, mungkin tidak akan dapat memahami mengapa mereka boleh ada nafsu nak baca novel yang bertajuk "Playboy Itu Suami Aku" (sekadar contoh), tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengkaji mengapa fenomena ini terjadi. Ayuh teruskan membaca.

1) Memenuhi fantasi percintaan

Sebagai seorang penulis, anda harus bijak bermain dengan kata-kata di samping bermain dengan emosi para pembaca. Bergantung kepada tema novel itu sendiri, target audience sesuatu novel itu mungkin para remaja, ataupun mungkin para isteri yang suami mereka sibuk bekerja dan sudah tidak romantik seperti sebelum kahwin dahulu. Novel cinta dapat memberi mereka harapan, memberi mereka gambaran tentang kemanisan percintaan yang ingin mereka kecapi. Mungkin dengan suami sendiri tak dapat nak rasa, tetapi dengan membaca novel cinta, mereka dapat penuhi fantasi mereka untuk dipeluk oleh Seth Tan daripada belakang, sambil rambut mereka ditolak di belakang telinga sebelum mendengar lafaz "Betapa ku cinta padamu katakanlah kau cinta padaku ooo uu ooo". Perkara ini sama saja jika dibuat perbandingan dengan novel Twilight di mana para remaja ingin leher mereka dipagut oleh Edward sebelum hidup selama-lamanya sambil lagu Christina Perri bermain di latar belakang.

Fantasi ni pulak bermacam-macam jenis. Lain novel, lain fantasinya, sebab itulah kena beli banyak-banyak novel. Ada yang fantasi mereka suka dilayan secara angkuh dan acuh tak acuh (Love You Mr. Arrogant), ada yang fantasi mereka nak boyfriend dia jadi pilot bersikap playboy sebelum berubah memakai ketayap dan bertemu cinta agung di Mekah (Adam dan Hawa) dan ada juga yang fantasi mereka mahu berpacaran dengan penulis blog Yang Penting Rupa walaupun dah tahu dia sudah berkahwin (Sebenarnya, Saya Minat Ijaicool). Atas dasar itulah novel-novel cinta semakin laris di parasan sekaligus memajukan scene novel cinta Melayu.

2) Pengaruh rakan sebaya

Setiap permulaan perkara baik mahupun perkara yang buruk, pasti ada pencetusnya bukan? Salah satu faktor utamanya adalah pengaruh rakan sebaya. Biar aku beri contoh. Kawan aku Khairul Afandi bin Kasim dulunya dia tak hisap rokok, tetapi setelah masuk matrikulasi dia duduk sebilik dengan arbok. Arbok tu pulak asyik layan video cakera padat zina lelaki dengan lelaki. Semakin hari Khairul Afandi semakin tergoda lalu dia pun mulalah menghisap rokok. Apa kaitannya pun aku tak tahu. Berbalik kepada tajuk asal, kalau kita nampak semua rakan sekerja kita asyik membaca novel cinta, takkan kita tak rasa tersisih bukan? Time lunch depa dok pi mai pi mai pasai novel hang sepatah haram pun tak faham. Untuk tidak mahu rasa terus tersisih, kau pun pinjamlah sebuah novel cinta daripada mereka. Walaupun rasa terpaksa, tetapi anda habiskan juga sebab anda nak menyertai perbincangan novel dalam group Fesbuk "Kami Peminat-Peminat Novel Cinta Melayu di Petronas Seksyen 4". Biasalah, macam dalam novel juga, mula-mula benci kat hero dalam novel lama-lama jatuh cinta juga. Mula-mula pinjam novel member, lepas dah ketagihan anda pula yang jadi supplier.

3) Berhadap agar novel diadaptasi kepada siri TV

Dua poin di atas dikupas dari pandangan pembaca. Bagaimana dengan penulis novel pula? Macam yang aku katakan tadi, setelah melihat salah satu novel meletup-letup dan diadaptasi kepada siri TV, semua orang pun berlumba-lumba nak tulis novel. Pengalaman menulis surat cinta pun boleh dijadikan inspirasi untuk menulis. Tajuk-tajuk novel seperti 'Jurutera Hati Saya', 'Mr. Sirap Bandung' dan 'Biarkan YM Terus Berbicara' mula membuat kemunculan di pasaran. Sumpah aku tak reka tajuk-tajuk novel tersebut. Jika ditanya penulis-penulis novel tersebut mengapa mereka menulis novel, mungkin mereka akan menjawab untuk kepuasan diri. Tetapi jauh di lubuk hati, mereka sebenarnya ingin watak dalam novel mereka dimainkan oleh Aaron Aziz dan Kartina Aziz di kaca TV. Meh aku bagi tips, kalau kau nak novel kau diadaptasi jadi siri TV, kau gunakan saja template ni; Kau kena kahwin paksa dengan seorang lelaki yang ehsol, mula-mula kau tak suka lama-lama jatuh cinta. Boleh kira berapa banyak novel yang guna stail kahwin paksa jatuh cinta ni. BOOM! malatopz noksss.

4) Mudah didapati, murah sekali!

Sekarang ni kau pergi mana-mana pun boleh jumpa novel cinta. Semua kedai buku ada tak kiralah yang popular macam MPH mahupun yang tak popular macam Kedai Buku Shuhada Zakaria. Sampaikan macha yang jual surat khabar kawasan rumah aku pun ada jual novel cinta harap misai je tebal. Apapun aku faham, sebab ada demand kan. Harga pun berapa lah sangat kalau susah kau boleh pinjam kawan kau punya lepastu pergi fotostet sendiri.

Ternyatalah apa yang ditaip di atas hanyalah berdasarkan pemerhatian yang ditokok tambah oleh aku sendiri. Akan tetapi, benarkah apa yang ditulis di atas? Jika anda merupakan seorang pembaca novel cinta Melayu yang tegar, adakah anda setuju dengan poin-poin di atas? Diharap anda boleh memberi pendapat anda tentang scene novel cinta ini. Eh gadis je ke jejaka takkan tak baca kot hikhik. Apapun baguslah fenomena ini kalau itu yang boleh memupuk minat untuk membaca. Cuma diharapkan agar gadis-gadis tidak set expectation yang apa yang berlaku di dalam novel tersebut akan berlaku di dalam percintaan sebenar. Realiti tidaklah seindah fantasi yang dikarang oleh Aisya Sofea mahupun Meen Zulaikha.

Najib Terserempak PM Israel, Ini Kisah Ssebenarnya


Ramai yang panas dan melompat membuat spekulasi yang meracau bila melihat gambar PM Najib Razak terjumpa Benjamin Netanyahu, PM Israel.

Menurut YAB Perdana Menteri, adalah tidak benar beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu sepertimana didakwa pembangkang.



Menurut Najib “saya hanya terserempak dengan beliau dekat pintu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebab dia berucap sebelum saya”

“Lepas tu saya berucap. Bila saya keluar, waktu saya keluar untuk menunggu kereta, kebetulan dia ada tepi tu”, jelas Najib lagi.

“Jadi dia salam dgn saya, saya salam dengan dia lah. Bukan ada apa-apa . bukan pertemuan, terserempak. By sheer coincidence i bumped into him at the entrance of united nations”, tegas PM.

Menurut Najib lagi, “Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di US serta wakil tetap kita ke PBB. Banyak orang yang boleh sahkan ini bukan pertemuan tetapi secara kebetulan”.

Ramai yang tahu Netanyahu berhenti selama 45 saat ketika berucap. Beliau merenung satu persatu perwakilan PBB selepas menyebut “deafening silence”. Netanyahu sebelum itu bercakap mengenai ancaman Iran terhadap Israel.

Barangkali dalam renungan 45 saat itu Netanyahu tidak terjumpa PM Malaysia. Netanyahu juga tidak menyangka ucapan selepas itu akan membidas Israel atas sebab kezaliman mereka terhadap Palestin.

Suara lantang dan keberanian PM Najib Razak nampaknya mengentarkan musuh musuh Islam. Sewajarnya orang Islam di Malaysia bersama sama dengan PM Najib bukan bertindak mengulas gambar dengan separuh masak.



Tun M juga pernah bertemu Soros dan Bush, itu pertemuan yang dirancang bukan terjumpa secara tidak sengaja. Esok PM Najib akan pulang, ramai yang bimbang aura PM Najib esok.

Teruskan perjuangan PM. Usah bimbang musuh musuh Islam ini. Rakyat Malaysia tetap berdiri teguh bersama PM Najib.

Thursday, 1 October 2015

Masjid, Surau Seluruh Pulau Pinang Dilarang Guna Pembesar Suara


Persatuan Qariah Masjid Pulau Pinang akur dengan cadangan Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk menghadkan penggunaan pembesar suara masjid dan surau di negeri itu hanya untuk laungan azan dan iqamah.
Yang DiPertuanya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata pihaknya percaya perkara itu telah diperhalusi oleh pihak berkaitan demi memelihara imej agama islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.
Dalam masa sama, beliau menyarankan kepada mana-mana ahli jawatankuasa qariyah masjid yang mahu mendapatkan penjelasan terperinci mengenai keputusan itu supaya merujuk kepada Jabatan Mufti Dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP).
“Kita berpendapat ini, adalah keputusn yang dibuat Majlis Fatwa Negeri. Ia dibuat selepas mengambil kira persekitaran. Itu satu keputusan yang dibuat sewajarnya kita hormat sebagai umat islam dan qariah.
“Kita kena hormat keputusan yang dibuat majlis fatwa jadi kita jangan terpengaruh dengan keputusan. Kalau sekiranya kita mahu mendapatkan penjelasan lebih, wajarlah qariah buat pertemuan dengan mufti kerana ia dibuat oleh majlis negeri. Biar apa jua yang dibuat, sebagai umat islam kita kena hormat,” tambah Mohd Yusoff.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pembesar suara hanya dibenarkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja dan tidak lagi dibenarkan bagi tujuan kuliah agama, bacaan zikir dan alunan ayat suci Al-Quran sebelum laungan azan.
Cadangan menghadkan penggunaan pembesar suara luar masjid di Pulau Pinang dinyatakan dalam pekeliling dari Jabatan Mufti Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai lalu.
Penggunaan pembesar suara di bahagian dalam masjid dan surau bagi program-program tersebut bagaimanapun dibenarkan.
Larangan dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.
-Astro Awani

Mati Keranai Tak Cukup Tidur Kerana Pembesar Suara Di Pulai Pinang?


TOLERANSI antara agama di negara ini nampaknya semakin hilang sejak DAP mula dapat pengaruh hasil bantuan parti-parti politik macam PKR dan PAS (kini diteruskan oleh Amanah).

Mula-mula dulu cover juga, sekarang dah tak boleh nak selindung-selindung lagi dah. Demi nak bendung kemarahan orang cina kerana arahan untuk bunuh anjing jalanan akibat penyakit anjing gila, DAP macam jadikan aktiviti keagamaan di surau/masjid sebagai mangsanya.

Semua aktiviti agama di masjid/surau yang menggunakan pembesar suara kini dah nak diharamkan oleh DAP di Pulau Pinang termasuk bacaan Al-Quran. Memang Majlis Fatwa negeri yang putuskan, tapi orang-orang yang menganggotai majlis ini masih orang yang sama, kecuali beberapa orang yang dilantik atas kapasiti politik oleh kerajaan negeri.

Kenapa dulu takde masalah, sekarang ada masalah?

Logiknya disini, Islam dah wujud sejak beratus-ratus kalau tak beribu-ribu tahun di negara kita ni. Pembesar suara untuk kegunaan aktiviti agama di masjid dan surau pulak dah berpuluh-puluh tahun digunakan tanpa sebarang masalah.

Nak masuk 60 tahun negara kita merdeka, dah nak masuk beratus tahun nenek moyang bangsa-bangsa lain berhijrah ke negara ini, belum ada kes sesiapa mati tak cukup tidur kerana bacaan Al-Quran di surau dan masjid.

Tak tahulah kalau di Pulau Pinang sekarang sudah ada kes, ada ke? Kalau ada, siapa, boleh namakan satu? Islam adalah agama persekutuan, dijamin oleh perlembagaan, suka tak suka itulah keadaannya.

Nak kira gangguan, macam-macam gangguan oleh amalan agama lain yang boleh kita sebut tapi atas nama toleransi, kita serap semua ‘gangguan’ tersebut, tak jadikan masalah pun. Itu yang kita amalkan sejak dulu, itulah yang kita amalkan hari ini. Toleransi itu kata kuncinya.

DAP ternyata gagal menghayati toleransi ini. DAP ternyata tak boleh menguruskan toleransi antara agama dan kaum di negara ini kerana memang sukar bagi parti yang dibarisi hampir keseluruhan orang Kristian berketurunan cina ini nak menjamin keadilan untuk semua kaum, bangsa dan agama.

Hanya BN sahaja yang boleh.

Pun begitu persoalannya apa selepas ini? Apa lagi yang nak diharamkan untuk jaga keselesaan dan hak asasi manusia sesetengah orang?

Azan dan Iqamah: Sekatan Penggunaan Speaker Di Pulau Pinang Strategi Awal DAP??



Menghakis, itulah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam mengenalpasti apakah yang sedang dilakukan oleh negeri yang ditadbir DAP ke atas norma-norma kehidupan orang Islam di negara ini.

Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa dan mengapa tidak diharamkan terus azan dan iqamah dari berkumandang di corong-corong pembesar suara. Inilah kelicikan kerajaan negeri dalam berpolitik. Strategi diatur dengan sabar, dan tidak menghasilkan keputusan dalam sekelip mata. Namun, penamatnya tetap sama; iaitu menghapus.

Lee Kuan Yew, samada ada anda bersetuju atau tidak, adalah pengasas kepada strategi yang sedang digunapakai oleh DAP. Terbukti berkesan, penampilan Lee Kuan Yew bersongkok, di samping rakaman ucapannya dalam bahasa Melayu berjaya menyakinkan orang Melayu ketika itu untuk memberi undi kepadanya. Sungguh simple dan berbaik sangka, itulah orang Melayu.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu kerana mereka kenal siapa Melayu itu. Masakan tidak, di dalam kamus Oxford sahaja boleh kita dapati perkataan “amuk”, yang maksudnya merujuk terus kepada orang Melayu.

Penjelasan secara logik tentu akan digunapakai dalam usahanya untuk menghadkan penggunaan pembesar suara oleh surau dan masjid. Pasti mereka akan bersungguh berkata bahawa kerajaan negeri tidak sekali-kali akan mengharamkan azan dan iqamah kerana menghormati Islam. Penulis juga tidak akan berasa hairan jika pihak berkenaan selepas ini menuduh UMNO kononnya UMNO memfitnah dengan menakut-nakutkan orang Islam bahawa kerajaan negeri telah melarang azan dan iqamah di pembesar suara.

Dengan membenarkan perkara ini berlaku, maka pada waktu itu, umat Islam telah pun dihakis norma kehidupannya. Kalau dahulu kita boleh mendengar ceramah agama di majlis-majlis ilmu hanya dengan berada di kawasan sekitar, selepas ini segalanya hanyalah kenangan. Alunan merdu bacaan kitab suci Al Quran juga tidak lagi boleh berkumandang untuk menjadi santapan halwa telinga.

Alunan ayat-ayat suci bukanlah sekadar alunan semata, kerana sirah Islam sendiri membuktikan watak dan kekuatan alunan-alunan tersebut dalam menyebarkan syiar Islam.

Penggunaan pembesar suara untuk rutin-rutin keagamaan di surau dan masjid bukanlah perkara baru. Ia telah terpatri dan difahami oleh semua sejak dahulu lagi. Mengapa perlu dirungkai sesuatu yang terpatri rapi?

Maka, ia adalah bersifat menghakis, sebelum menuju matlamat utamanya iaitu menghapus. Bertepatan dengan slogan “ubah”, tentu mereka tahu Melayu itu jangan dilawan, tetapi “diubah”, sedikit demi sedikit. Maka, untuk ubah, carilah orang-orang Melayu sendiri untuk mengubah masyarakat Melayu itu sendiri

Demi Allah, Melayu tidak akan menyerah kalah.

Perhimpunan 40 NGO Jumaat Ini Bantah Pencerobohan Masjid Al-Aqsa


Ribuan anggota daripada lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini Jumaat ini bagi membantah pencerobohan rejim Israel terhadap masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Perhimpunan aman itu, yang dinamakan ‘Hari Kemarahan’, akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Mohamad Raimi, yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, berkata pada perhimpunan itu, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel.

“Kita telah memaklumkan kepada pihak kedutaan mengenai perhimpunan aman itu dan telah membuat permohonan kepada Polis Kuala Lumpur untuk kebenaran menganjurkan perhimpunan itu. Setakat ini semuanya positif,” katanya dalam sidang media mengenai perhimpunan itu, di pejabatnya di sini, hari ini.



Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk menembak di dalam rumah ibadat itu serta cuba memisahkan ruang ‘ibadat dan masa’ antara orang Islam dan Yahudi.

Mohamad Raimi berkata melalui Kempen Selamatkan Al-Quds, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan kewangan hasil derma orang ramai kepada usaha pembelaan Masjid Al-Aqsa melalui ‘Tabung Baitulmaqdis’.

Pada sidang media sama, Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata perhimpunan itu bukan saja boleh dihadiri oleh umat Islam malah penganut agama lain, terutamanya penganut Kristian.

“Orang Kristian juga terancam dengan tindakan rejim Israel yang kini melaksanakan program Judaism di seluruh dunia. Jadi mereka juga boleh sertai perhimpunan ini,” katanya.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin berkata rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum perlu bersama menentang tindakan Israel kini, yang menindas hak asasi manusia atas tiket menentang keganasan.

Sidang media itu dihadiri wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Penyayang Uswah, MyCare, Aqsa Syarif, HALUAN, Yayasan Al Quds Malaysia dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin.

Turut hadir, Exco Pemuda UMNO Armand Azha dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Mohd Faiz Mohd Nawi.- BERNAMA

103 Kawasan Lembah Klang Bakal Berdepan Gangguan Bekalan Air



Sebanyak 103 kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual, dan proses pemulihan kerja menaik taraf sistem bekalan air dijangka mengalami kelewatan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Afred berkata kelewatan terhadap kerja-kerja penggantian ‘Inlet Valve’ di Tangki Sedut Bukit Gasing dan ‘By-Pass Valve’ ke Rumah Pam Bukit Gasing di Petaling Jaya yang dijalankan semalam, adalah disebabkan beberapa isu teknikal di luar jangkaan.

“Berikutan kelewatan dalam menyiapkan kerja menaik taraf ini, proses pemulihan bekalan air di kawasan terlibat secara berperingkat selepas kerja disiapkan, dijangka mengalami kelewatan dan akan mengambil masa lebih lama berbanding jangka masa pemulihan.

“Syabas sedang berusaha dan mengambil tindakan perlu untuk proses pemulihan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sejumlah 78 kawasan terlibat di Wilayah Petaling, antaranya Taman Lian Hoe, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Taman Bukit Indah, Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Tasek Selatan, Pantai Dalam, Bandar Baru Bukit Jalil dan Kuchai Lama.

Sementara, Wilayah Kuala Lumpur melibatkan 25 kawasan termasuk TUDM Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Wisma Putra, Jalan Bukit Petaling, Persiaran Syed Putra, Taman Seputeh, KL Sentral dan Brickfields.

Priscilla berkata bagi mengurangkan kesulitan pengguna, Syabas akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki kepada pengguna terlibat.

Syabas turut menasihatkan orang ramai menggunakan bekalan air kecemasan itu secara berhemah.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mySYABAS untuk maklumat lanjut dengan memuat turun ke telefon pintar melalui Google Playstore dan Appstore secara percuma. 

– Bernama

Pengalaman Hadapi Tragedi Mina


ALLAH Yang Maha Berkuasa dan Perancang atas segala-galanya. Jadual penerbangan pulang penulis pada 27 September 2015 yang lalu terpaksa ditangguhkan 4 jam sebelum berlepas apabila mendapat berita seorang rakyat Malaysia, iaitu Zulkifly Samad terlibat dalam kejadian rempuhan di Mina.

Sidang media yang diatur pada awalnya oleh Tabung Haji bagi merumuskan perjalanan jemaah haji setelah selesai semua manasik haji telah bertukar fokus. Bilik hotel penulis di Jeddah kemudiannya bertukar menjadi bilik operasi media bagi menyelaras segala maklumat dengan tepat sebelum disampaikan kepada masyarakat Malaysia.

Pada malam itu juga, penulis bergegas kembali ke Makkah untuk bersama-sama dengan isteri Allahyarham Zulkifly Samad di Rumah Mayat Muassim bagi tujuan proses pengecaman dan pengesahan waris, seterusnya membantu mempercepatkan proses pengurusan jenazah.

Sejujurnya penulis sendiri berasa sedih dan terkilan kerana makluman awal yang diperoleh daripada hasil semakan yang dibuat oleh pihak Tabung Haji telah mendapati tiada jemaah Haji Malaysia ang terlibat.

Ini berasaskan semakan melalui siar raya di semua khemah jemaah pada jam 12.30 tengah hari iaitu sejam selepas berita tragedi rempuhan diperoleh. Proses semakan ke atas semua khemah yang menempatkan semua jemaah haji Tabung Haji dan agensi-agensi swasta selesai sekitar jam 3 petang pada hari kejadian. Sepanjang semakan tersebut tiada sebarang aduan daripada waris mahupun rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang kehilangan jemaah.

Pada sebelah malam jam 11, Suria Hanim Abdul Hamid, isteri kepada arwah Zulkifly Samad telah membuat laporan rasmi bahawa suaminya tidak pulang ke khemah. Dalam laporan tersebut, barulah isterinya mengakui dan menceritakan bahawa suaminya tidak bersama dengan jemaah Tabung Haji dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasulullah ke Mina.

Panggilan terakhir Suria kepada suaminya telah dibuat pada jam 7.15 pagi, 10 Zulhijah. Dalam perbualan telefon tersebut, suaminya memaklumkan bahawa beliau telah selamat tiba di Mina dengan jemaah haji negara lain dari Muzdalifah.

Kelegaan tersebut rupanya hanyalah buat seketika apabila Suria mulai berasa tidak sedap hati apabila mengetahui akan berita kejadian rempuhan pada jam 1.30 petang. Peringkat awal beliau mula memaklumkan kepada sahabat Tabung Haji mengenainya pada sebelah petang.

Setelah menerima aduan tersebut, para petugas haji memulakan usaha mencari jemaah yang dikategorikan tersasar itu di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan di Mina. Untuk pengetahuan adalah lumrah setiap tahun ada sahaja jemaah yang tersasar. Malah terdapat 38 lagi laporan kehilangan sepanjang hari-hari melontar iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah di Mina.

Namun apabila masuk hari ketiga iaitu 13 Zulhijah didapati, hanya Zulkifly Samad masih hilang. Justeru petugas Tabung Haji mengambil keputusan untuk meninjau di Rumah Mayat Muassim yang kebetulan sudah mula dibuka kepada awam kira-kira 10 pagi hari sama. Sebagaimana kejadian kren tumbang 13 hari sebelumnya, rumah mayat ini mula memaparkan gambar-gambar semua mangsa yang terkorban di dinding.

Pada kira-kira 1.30 petang apabila disemak setiap gambar yang tertera, pasukan perubatan Tabung Haji berjaya menemui mangsa yang dalam keadaan sempurna, bahkan berwajah jernih bersama tag nama Zulkifly Samad pada lehernya.

Hanya pada sebelah malamnya waris arwah dibenarkan masuk untuk membuat pengecaman dan pengesahan.

Penulis dan isteri berserta pengurusan tertinggi Tabung Haji turut bersama Suria bagi memastikan segala urusan pengebumian jenazah dapat dipercepatkan memandangkan sudah tiga hari kejadian berlaku.

Alhamdulillah, penulis bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Saudi yang telah membantu mempercepatkan urusan pengebumian – dilakukan pada jam 2.50 pagi 28 September (waktu Saudi) di Perkuburan Syuhada Mu’aisim, tidak sampai lima jam selepas proses pengecaman oleh isteri arwah.

Teruja penulis melihat semangat kental yang ditunjukkan oleh isteri arwah walaupun dalam keadaan bersedih. Teringat kata-kata beliau kepada penulis, “Arwah seorang yang baik. Dia seorang yang begitu menyayangi Rasulullah dan selalu menceritakan kisah-kisah Rasulullah. Arwah benar-benar mahu mengerjakan haji mengikut sunnah Rasulullah SAW dengan berjalan dari Muzdalifah ke Mina, walaupun saya nasihati agar jangan berpisah daripada jemaah Tabung Haji”.

Sesungguhnya pengalaman menguruskan dua tragedi dalam musim haji kali ini benar-benar menguji penulis selaku Timbalan Menteri yang diamanahkan oleh Menteri Datuk Seri Jamil Khir untuk mengetuai Jemaah Haji Malaysia buat kali pertama tahun ini.

Sekalung penghargaan dan tahniah juga penulis ucapkan kepada pengurusan dan petugas-petugas Tabung Haji yang banyak membantu penulis semasa berada di tanah suci ini. Merekalah yang penulis istilahkan sebagai pahlawan yang tidak didendangkan. Moga ALLAH merahmati semuanya.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
* Penulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Wednesday, 30 September 2015

Bajet 2016 Imbangi Ekonomi, Rakyat



JOHOR BAHRU - Bajet 2016 yang akan dibentangkan 23 Oktober ini menekankan keseimbangan modal ekonomi dan rakyat sekali gus memberi kesan kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata, Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan menyaksikan kesinambung-an Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Selain meneruskan program transformasi yang di-rencanakan, Perdana Menteri memikirkan berhubung modal ekonomi dan ekonomi rakyatyang seimbang... kita akan lihat dalam Bajet 2016 nanti.

'Apa yang dimasukkan dalam Bajet 2016 ini juga perlu diteliti kerana ia akan beri kesan kepada RMK11. Ia (ekonomi) akan meningkat, tetapi harus meningkat dengan mampan," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada siri persidangan Invest Iskandar Malaysia 2015 (IIM2015) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, semalam

Dalam perkembangan lain, Idris berkata, situasi pe-nyusutan nilai ringgit harus direbut pelabur dan menyifat-kan ia waktu sesuai untuk membuat pelaburan.

Katanya, tempoh kejatuhan ekonomi adalah waktu sesuai untuk melabur kerana ketika itu haiga saham rendah.