Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?
TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.
Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...
JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.
Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?
TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.
Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?
"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"
Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang
PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.
Wednesday, 10 September 2014
Video : Rakyat Di Perbodoh Oleh Siapa?
Sunday, 25 May 2014
#FBP14 PR1MA Rumah, Komuniti ku.
Festival Putrajaya 2014 meletakkan booth PR1MA untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program Rumah PR1MA dan bagaimana untuk memiliki rumah pertama anda. PR1MA merupakan inisiatif kerajaan dalam memenuhi permintaan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan inginkan kediaman berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden.
Booth PR1MA di letakkan untuk tuan-tuan mendaftar secara terus dan mendapat bantuan penerangan di booth tersebut. Ini adalah sangat baik kerana secara pribadi ramai yang tidak tahu cara-cara untuk mendaftar secara online tersebut.
PR1MA tidak mengunakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketidak dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.
#FBP14 Kehadiran Karnival Jom Heboh di Festival Belia 2014.
Jom Heboh di Festival Belia 2014 mendapat sambutan mengalakkan walaupun menekankan konsep rekriasi dan riadah apabila booth-booth di Karnival Jom Heboh ada mempromosikan barangan tempatan dan rancangan telivisyen yang menarik. Jom Heboh yang terletak di Zon Timur yang terletak di belakang Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3.
Saturday, 24 May 2014
#FBP14 Perasmian HELB Hub Centre.
#FBP14 Youth Job Fair Mendapat Sambutan.
Festival Belia Putrajaya 2014 menyediakan para belia untuk mencari peluang pekerjaan untuk para belia di Festival Belia Purtajaya. BN Youth Fair banyak memberi peluang pekerjaan dan untuk para belia memilih peluang pekerjaan.
Jika tuan hadir sila sertakan 'resume' tuan untuk di serahkan.
#FBP14 @khairykj Merasmikan Pelancaran 'Riuh di Brazil'
YB Khairy Jamaluddin telan merasmikan Pelancaran 'Riuh di Brazil' sempena kehadiran Piala Dunia pada tahun ini. Sejumlah 32 negara bakal beraksi di Piala Dunia yang dijadual berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Khairy melancarkan program ini di Festival Belia Putrajaya 2014 yang terletak di pentas utama Jom Heboh.
Sebelum ini juga Khairy pernah melancarkan 'Riuh di Brazil' bersama-sama dengan Media Prima Berhad (MBP). Menurut Sumber kempen yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu bakal menyediakan pelbagai rancangan menarik dari rangkaian televisyen Media Prima - TV3, ntv7, TV9 dan 8TV - bermula hari ini hingga ke final kejohanan.
Friday, 23 May 2014
#FBP14 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Progrem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang mensasarkan penglibatan remaja berusia 14 hingga 25 tahun (ARPRM) telah mula diperkenalkan semula di negara ini pada tahun 2000. Program ini adalah adaptasi daripada program The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali dengan nama The International Award for Young People yang telah bermula di United Kindom pada tahun 1956.
Penglibatan remaja dalam program ini adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam menanamkan nilai-nilai semangat kesukarelawan ke arah mencapai personaliti unggul.
Sejak 2002 sehingga 2013 seramai 63,622 remaja telah menerima pentauliahan di semua peringkat anugerah dengan 48,599 pada tahap Gangsa, 14,892 Perak dan 135 Emas.Pada hari ini, seramai 111 oranf remaja akan ditauliahkan tahap emas yang akan disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Objektif pelaksanaan adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mahir dan berkualiti melalui pogrem ini. Ianya juga memberi galakan kepada Badan Operasi di seluruh negara untuk lebih aktif dalam melahirkan peserta-peserta anugerah Tahap Emas ARPRM seluruh negara yang lebih luas.
Melalui Pengiktirafan yang diberikan ini diharapkan agar dapat menyuntik semangat selain memberi dorongan kepada para remaja yang terlibat. Proses dan tahap cabaran yang dilalui sepanjangmelengkapkan Anugerah ini juga diharapkan dapat meningkatkan pembangunan diri yang seimbang di kalangan remaja yang dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara suatu hari nanti.
#FBP14: Malam Selawat Belia Mendapat Sambutan
Majlis yang menjadi pembuka pada hari pertama kepada festival tersebut menampilkan kumpulan Qasidah terkenal Abu Sya'ar dari Syria,Al-Habib Muhammad,kumpulan Al-Mawlid,kumpulan nasyid Inteam,kumpulan Anak Warisan Kasih dan kumpulan Ahbaabul Musthofa.
Persembahan selama dua jam setengah itu mendapat sambutan yang hangat dari para belia yang datang untuk bersama-sama memeriahkan majlis berzikir mendekatkan diri mencintai Allah dan Rasulullah SAW.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin,Ketua Setiausaha KBS Dato Jamil,Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Mohd Maliki dan beberapa pegawai tinggi kementerian. Majlis berakhir jam 11.30 malam
Thursday, 22 May 2014
Kehangatan Festival Belia 2014 Dirasai. #festivalbelia14
Festival Belia Putrajaya 2014 bermula pada 23, 24, & 25 Mei 2014.
Festival Belia Putrajaya datang lagi. Semestinya Festival Belia Putrajaya 2014 pada tahun ini menjanjikan yang terbaik untuk para belia-belia di Malaysia. Kerana minat para belia yang berbagai-bagai.
Untuk meraikan Hari Belia kepada para belia Kementerian Belia dan Sukan telah mengadaan Festival Belia Putrajaya setiap tahun untuk para-para belia. Tema yang di perkenal pada tahun ini adalah "Dari Belia Untuk Belia".
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga tidak pernah gagal untuk meraikan Hari Belia Negara (HBN) sejak tahun 1964 ini di nyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak.
Apa yang dipertengahkan nanti perlulah ditunggu kerana ianya mungkin menbawa kejutan. Festival Belia Putrajaya 2014 dipecahkan kepada 4 Zon iaitu Zon Utara, Timur, Barat, dan Selatan ke empat-empat zon tersebut pasti akan menarik minat para belia untuk mempamer minat-minat yang mungkin akan di ketengahkan.
Kehangatan Festival Belia Putajaya 2014 sudah dirasai oleh para-para belia di Malaysia.
#festivalbelia14 #FBP2014 #MySGB
Wednesday, 21 May 2014
Perkhidmatan Awam Di Sediakan Di Festival Belia Putrajaya 2014 #festivalbelia14
Sila letak kereta anda di lokasi "Park-And-Ride" yang telah disediakan memandangkan TIADA tempat meletak kereta di perkarangan festival. Perkhidmatan Shuttle akan disediakan untuk membawa anda terus ke tapak festival.
- KLIA Transit
- KTM
Beberapa laluan bas mungkin akan diubah dan dialihkan namun pekhidmatan bas Putrajaya akan beroperasi seperti biasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.ppj.gov.my
https://www.facebook.com/putrajaya
Bas khas untuk orang kurang upaya (OKU) juga akan disediakan sepanjang hari festival.