Video : Baju Melayu Bukan Pilihan Mohd Faiz Subri?

TANDA tanya apakah pakaian yang akan dipakai Mohd. Faiz Subri dalam majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya terjawab apabila dia akhirnya memilih untuk memakai sut.

Penjelasan Faiz Subri Kerana Tidak Memakai Baju Melayu...

JIKA sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.

Tun Hasmah Ketua Srikandi PPBM Yang Baru?

TAHNIAH diucapkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana selepas lebih 100 hari, maka mereka telah melancarkan lagu dan laman sesawang rasmi sendiri. Tidak lagi sekadar merintih picisan dari pihak-pihak lain.

Langkah Guan Eng Terdesak Tipu Rakyat Malaysia?

"Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang akan berada dalam defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah negeri"

Rakyat Malaysia Setuju Mekah Di Serang

PADA Jumaat 28 Oktober 2016 lalu dunia telah dikejutkan dengan serangan peluru berpandu balistik oleh pemberontak Syiah Houthi gerila Yaman keatas Arab Saudi, lebih khususnya dipercayai kepada Kota Suci Mekah.

Sunday 25 May 2014

#FBP14 Auto Show Tentera Malaysia.


Tentera Malaysia meletakkan pameran kenderaan yang di gunakan oleh Tentera Malaysia di Festival Belia 2014.

#FBP14 PR1MA Rumah, Komuniti ku.


Festival Putrajaya 2014 meletakkan booth PR1MA untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program Rumah PR1MA dan bagaimana untuk memiliki rumah pertama anda. PR1MA merupakan inisiatif kerajaan dalam memenuhi permintaan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan inginkan kediaman berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden.

Booth PR1MA di letakkan untuk tuan-tuan mendaftar secara terus dan mendapat bantuan penerangan di booth tersebut. Ini adalah sangat baik kerana secara pribadi ramai yang tidak tahu cara-cara untuk mendaftar secara online tersebut.


PR1MA tidak mengunakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketidak dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.


#FBP14 Kehadiran Karnival Jom Heboh di Festival Belia 2014.


Jom Heboh di Festival Belia 2014 mendapat sambutan mengalakkan walaupun menekankan konsep rekriasi dan riadah apabila booth-booth di Karnival Jom Heboh ada mempromosikan barangan tempatan dan rancangan telivisyen yang menarik. Jom Heboh yang terletak di Zon Timur yang terletak di belakang Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3.


Jom Heboh pada Festival Belia 2014 merupakan karnival yang menekankan konsep rekriasi dan riadah khususnya untuk seisi keluarga dan bukan bersandarkan pada hiburan semata-mata. Selain itu, ia juga menemukan peminat-peminat serta orang ramai dengan barisan personaliti dan artis-artis popular tanah air.


Saturday 24 May 2014

{Video} #FBP14 Pavilion Negeri Mendapat Sambutan.


Pavilion Negeri mendapat sambut yang menggalakkan.

#FBP14 Perasmian HELB Hub Centre.


Majlis di sempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Festival Belia Putrajaya 2014. Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) yang dipengerusikan oleh YB Anuar Manap Ahli Parlimen Sikijang. Booth HELB yang terletak bersebelahan 'BN Youth Job Fair' jom ke HELB Hub Center  menyediakan sesi jaringan perniagaan, padanan perniagaan dan macam-macam lagi.








#FBP14 Youth Job Fair Mendapat Sambutan.


Festival Belia Putrajaya 2014 menyediakan para belia untuk mencari peluang pekerjaan untuk para belia di Festival Belia Purtajaya. BN Youth Fair banyak memberi peluang pekerjaan dan untuk para belia memilih peluang pekerjaan.


Youth Job Fair akan berakhir pada 25 Mei ini. Ayuh para belia jangan lepaskan peluang untuk mencari peluang pekerjaan yang diidamkan khususnya untuk anda tidak kiradari peringkat kemasukan baru mahupun peringkat profesional. 


Jika tuan hadir sila sertakan 'resume' tuan untuk di serahkan.


#FBP14 @khairykj Merasmikan Pelancaran 'Riuh di Brazil'


YB Khairy Jamaluddin telan merasmikan Pelancaran 'Riuh di Brazil' sempena kehadiran Piala Dunia pada tahun ini. Sejumlah 32 negara bakal beraksi di Piala Dunia yang dijadual berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Khairy melancarkan program ini di Festival Belia Putrajaya 2014 yang terletak di pentas utama Jom Heboh.




Sebelum ini juga Khairy pernah melancarkan 'Riuh di Brazil' bersama-sama dengan Media Prima Berhad (MBP). Menurut Sumber kempen yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu bakal menyediakan pelbagai rancangan menarik dari rangkaian televisyen Media Prima - TV3, ntv7, TV9 dan 8TV - bermula hari ini hingga ke final kejohanan. 






Friday 23 May 2014

#FBP14 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda



Progrem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang mensasarkan penglibatan remaja berusia 14 hingga 25 tahun (ARPRM) telah mula diperkenalkan semula di negara ini pada tahun 2000. Program ini adalah adaptasi daripada program The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali dengan nama The International Award for Young People yang telah bermula di United Kindom pada tahun 1956.

Penglibatan remaja dalam program ini adalah satu wadah bagi memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam menanamkan nilai-nilai semangat kesukarelawan ke arah mencapai personaliti unggul.






Sejak 2002 sehingga 2013 seramai 63,622 remaja telah menerima pentauliahan di semua peringkat anugerah dengan 48,599 pada tahap Gangsa, 14,892 Perak dan 135 Emas.Pada hari ini, seramai 111 oranf remaja akan ditauliahkan tahap emas yang akan disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Objektif pelaksanaan adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mahir dan berkualiti melalui pogrem ini. Ianya juga memberi galakan kepada Badan Operasi di seluruh negara untuk lebih aktif dalam melahirkan peserta-peserta anugerah Tahap Emas ARPRM seluruh negara yang lebih luas.

Melalui Pengiktirafan yang diberikan ini diharapkan agar dapat menyuntik semangat selain memberi dorongan kepada para remaja yang terlibat. Proses dan tahap cabaran yang dilalui sepanjangmelengkapkan Anugerah ini juga diharapkan dapat meningkatkan pembangunan diri yang seimbang di kalangan remaja yang dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara suatu hari nanti.



#FBP14: Malam Selawat Belia Mendapat Sambutan











Majlis selawat belia telah diadakan jam 9 malam tadi dengan kehadiran lebih 20,000 orang memenuhi ruang bawah pentas utama berhadapan dengan Kementerian Kewangan. Majlis ini yang membawa tema 'Malam Belia Berselawat' diadakan sempena Festival Belia Putrajaya anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis yang menjadi pembuka pada hari pertama kepada festival tersebut menampilkan kumpulan Qasidah terkenal Abu Sya'ar dari Syria,Al-Habib Muhammad,kumpulan Al-Mawlid,kumpulan nasyid Inteam,kumpulan Anak Warisan Kasih dan kumpulan Ahbaabul Musthofa.

Persembahan selama dua jam setengah itu mendapat sambutan yang hangat dari para belia yang datang untuk bersama-sama memeriahkan majlis berzikir mendekatkan diri mencintai Allah dan Rasulullah SAW.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin,Ketua Setiausaha KBS Dato Jamil,Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Mohd Maliki dan beberapa pegawai tinggi kementerian. Majlis berakhir jam 11.30 malam

Thursday 22 May 2014

Kehangatan Festival Belia 2014 Dirasai. #festivalbelia14


Festival Belia Putrajaya 2014 bermula pada 23, 24, & 25 Mei 2014.

Festival Belia Putrajaya datang lagi. Semestinya Festival Belia Putrajaya 2014 pada tahun ini menjanjikan yang terbaik untuk para belia-belia di Malaysia. Kerana minat para belia yang berbagai-bagai.

Untuk meraikan Hari Belia kepada para belia Kementerian Belia dan Sukan telah mengadaan Festival Belia Putrajaya setiap tahun untuk para-para belia. Tema yang di perkenal pada tahun ini adalah "Dari Belia Untuk Belia".

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga tidak pernah gagal untuk meraikan Hari Belia Negara (HBN) sejak tahun 1964 ini di nyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak.

Apa yang dipertengahkan nanti perlulah ditunggu kerana ianya mungkin menbawa kejutan. Festival Belia Putrajaya 2014 dipecahkan kepada 4 Zon iaitu Zon Utara, Timur, Barat, dan Selatan ke empat-empat zon tersebut pasti akan menarik minat para belia untuk mempamer minat-minat yang mungkin akan di ketengahkan.

Kehangatan Festival Belia Putajaya 2014 sudah dirasai oleh para-para belia di Malaysia.

#festivalbelia14 #FBP2014 #MySGB

Wednesday 21 May 2014

Perkhidmatan Awam Di Sediakan Di Festival Belia Putrajaya 2014 #festivalbelia14


Pengangkutan awam / taman & perjalanan pilihan untuk Festival Belia 2014. Mari kita mengurangkan jejak karbon untuk Festival Belia tahun ini!


PARK & RIDE

Sila letak kereta anda di lokasi "Park-And-Ride" yang telah disediakan memandangkan TIADA tempat meletak kereta di perkarangan festival. Perkhidmatan Shuttle akan disediakan untuk membawa anda terus ke tapak festival.



TREN

  • KLIA Transit
Perkhidmatan shuttle juga akan membawa anda ke tapak festival sekiranya anda datang menerusi perkhidmatan tren dari KL-Sentral ke Putrajaya.

  • KTM
Perkhidmatan shuttle turut disediakan di stesen Serdang.


BAS

Beberapa laluan bas mungkin akan diubah dan dialihkan namun pekhidmatan bas Putrajaya akan beroperasi seperti biasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari

http://www.ppj.gov.my
https://www.facebook.com/putrajaya

Bas khas untuk orang kurang upaya (OKU) juga akan disediakan sepanjang hari festival.




Kerana 100 Plus, PA Pengkid Dihencap Azwan Ali!


Dah lama jugak Murai Batu tak dengar kisah sensasi pasal Diva AA, Azwan Ali. Yelah, selalunya apa saja cerita pasal Azwan yang sampai kat telinga Murai Batu.
Tapi, sejak kebelakangan ini, Azwan Ali dah makin senyap pulak. Apa kes? Sibuk kuruskan badan ker. Sebab Murai Batu dengar Azwan Ali, semakin kurus sekarang ini. Ya ker, wahai editor-editor di Murai?
Yang penting dalam pada Murai Batu sibuk nak cari gambar terkini Azwan Ali sebab nak tengok sendiri betapa langsingnya badan pengacara yang terkenal dengan mulut laser ini, tiba-tiba Murai Batu dapat satu panggilan telefon lewat malam tadi.
Yang telefon Murai Batu adalah kengkawan yang sibuk nak bergosip. Mengalahkan Cik Wok dalam siri Tiga Dara Pingitan. Cerita yang dibawa adalah tentang si Azwan Ali.
Eh! Macam tahu-tahu pulak diaorang yang Murai Batu tengah nak korek cerita pasal perkembangan terbaru Azwan. Tapi, cerita yang dibawa bukan pasal cerita Azwan Ali dah mengecut sekarang ini.
Tapi pasal satu kejadian yang berlaku di Tesco Sungai Petani baru-baru ini. La apa lagi kes si Azwan ni? Khabarnya, Azwan telah diundang menjayakan rakaman program Ketuk Ketuk Ramadan musim baru ini untuk produksi Sheila Rusly yang kini sudah bergelar Hajah.
Eh! Bila masa pulak diaorang ni dah berbaik semula. Tapi, baguslah...Suka Murai Batu bila Azwan Ali dengan Sheila Rusly sudah kembali berdamai serta mengetepikan persengketaan mereka.
Okey, so untuk musim baru Ketuk Ketuk Ramadan ini, Murai Batu dengar ramai lagi artis top yang bakal menjayakan rakaman program ini. Antaranya ialah Mawi serta Arja Lee.
Azwan Ali adalah salah seorang daripadanya. Tak kisahlah. Tapi setahu Murai Batu, Azwan Ali bukan orang Kedah. So, apasal pulak Azwan dibawa ke Kedahkan? Agaknya, penerbitnya iaitu Hajah Sheila Rusly memang pilih artis tak ikut negeri kot.
Sambung cerita balik, khabarnya meriah betul Sungai Petani Kedah apabila Azwan Ali dengan Sheila Rusly menjayakan rakaman program masakan tersebut.
Namun, ada juga cerita yang tidak begitu sedap. Sewaktu menjayakan rakaman program tersebut, Azwan Ali kehausan dan meminta air minuman 100 Plus daripada Pengurus Produksi atau PM.
Pengurus Produksi atau PM ini pulak bukan nak membantu. Tapi, boleh pulak merungut-rungut serta mendengus-dengus. Malah dengan nada biadap, dia beritahu 100 Plus tidak ada.
Bila tengok perangai dia yang acuh tak acuh dan macam malas nak melayan tu, Azwan Ali pun naik hantulah. Apa lagi straight dia panggil pengutus Tesco Sungai Petani.
Bukan setakat 1 atau 2 botol, Azwan Ali terus diberikan 18 botol 100 Plus. Tahulah Murai Batu macam mana rupa PM tu bila tengok Azwan dapat berbotol-botol air minuman isotonik tu. Mesti bera kot.
Apapun, Kes tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Azwan Ali dan Azwan Ali pun teruslah menceritakan apa yang telah berlaku kepada penerbit dan juga pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu. Pendek kata, penerbit sudah take note!
MURAIBATU: Jangan lupa bayar saman kereta, kalau tidak nanti kena masuk lokap pula!
Murai